resepi kaswi pandan 1

Dah lama kita tak makan resepi kaswi pandan yang sedap, lembut dan gebu gebas. Memang kuih tradisional ini enak dimakan ketika sarapan dan minum petang. Penyediaannya juga sangat mudah kerana menggunakan sukatan cawan.

Jadi sangat rugi jika anda tak nak belajar buat sendiri kuih ini. Takkan la anda nak lepaskan peluang untuk belajar buat kuih ini sendiri kat rumah. Rela ke berhabis duit nak beli kat kedai dan kalau nasib tak baik.

Ditambah pula, kuih yang kita beli kurang enak dan tidak kena dengan selera tekak kita. Memang rasa nak menangis kan kalau sesiapa pernah kena macam ni. Lepas tu nak salahkan siapa kalau kita beli kuih yang kurang enak dan tak kena dengan selera kita.

resepi-kaswi-pandan-2 Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Sedap Giler.  Tak Nak Cuba Ke?
parenting.co.id

Betul juga, takkan la nak salahkan diri kita yang tak belajar sendiri membuat kuih ni. Lepas tu, nak salahkan penjual yang menjual kuih ni. Yer la kita faham yang dunia sekarang ni semua orang sibuk dan tiada masa.

Kalau ada masa takkan la wujud Food Panda yang menyediakan perkhidmatan menghantar makanan yang kita pesan. Tapi kita kena ingat yang air tangan seorang ibu, isteri dan anak lagi power daripada Food Panda ke apa. Lagi pula resepi kaswi pandan ni senang jer nak disediakan.

Lagi-lagi kalau kita menggunakan sukatan cawan yang resepinya akan diberi sebentar lagi. Fuhh memang sesiapa yang buat pasti akan kembang kempis hidungnya nanti. Yer la sebab pakat puji rasa kuihnya yang sedap dan teksturnya yang lembut, gebu dan cantik.

resepi-kaswi-pandan-2 Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Sedap Giler.  Tak Nak Cuba Ke?
pinterest.com

Lumrah setiap manusia kan. Kalau tengok benda cantik sikit pasti hati akan tertawan. Sama juga dengan rupa kuih ni yang cantik, kemas dan menarik. Membolehkannya menjadi sebab kenapa ramai yang menggemarinya.

Bukan jer orang tua yang sukakan resepi kaswi pandan ni. Malah kadang-kadang kanak-kanak dan orang dewasa pun sukakannya. Disebabkan ianya lembut dan senang dikunyah.

Masa kunyah pula, rasa cair jer di dalam mulut sebabkan lembut hehe. Haa takkan la tak tergoda lagi dengan keenakan kuih ni.  Ni kalau silap hari bulan, bila dah siap masak.

resepi-kaswi-pandan-2 Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Sedap Giler.  Tak Nak Cuba Ke?

Disebabkan rasanya yang sedap tu boleh dijual kat kedai-kedai tau. Jangan pandang rendah dengan kuih ni tau. Bukannya calang-calang kuih ni keenakannya itu setanding dengan kuih-kuih lain tau.

Memang syok sangat makan. Lagipula, warna kuih ni begitu menarik. Warna hijau bukan sembarangan hijau tau.

Hijau ni kalau orang yang takde selera makan tengok. Pasti mereka akan jadi terliur disebabkan warnanya yang menarik. Tu belum rasa lagi, tengok warna jer tau.

resepi-kaswi-pandan-2 Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Sedap Giler.  Tak Nak Cuba Ke?
pinterest.com

Kalau dah rasa pasti sekali makan nak lagi dan lagi. Haa siapa yang macam tu? Baik mengaku sekarang.

Mula-mula sombong kata tak nak cuba yer la sebab kuih tradisional kan. Lepas tu bila dah cuba sekali. Terus nak lagi dan lagi.

Haa tahu pun yang kuih ni bukan sembarangan kuih tradisional. Kalau tak sedap takde la sampai ke hari ni ianya merupakan antara kuih kegemaran ramai. Jadi sekarang dah percayakan dengan keenakan kuih ni.

Cara Buat Kuih Kaswi Pandan Lembut dan Sedap

resepi-kaswi-pandan-2 Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Sedap Giler.  Tak Nak Cuba Ke?
merdeka.com

Ramai yang bertanyakan ada ke cara buat resepi kaswi pandan lembut dan sedap. Haa memang ada yer. Kalau anda ikut betul-betul cara, tips dan tekniknya maka hasilnya akan lagi sedap.

  • Elakkan Penggunaan Tepung Ubi Yang Terlalu Banyak

Kalau belum buat maka belum tahu tau. Pertama, jangan masukkan tepung ubi terlalu banyak semasa proses untuk mengadun. Jika tidak, kuih akan menjadi liat, keras dan kurang sedap.

Pastikan anda menggunakan tepung ubi dalam kuantiti yang betul. Ala senang jer nak pastikan kuantitinya betul dan tepat. Gunakan jer resepi ni sebagai panduan kerana resepi ni menggunakan sukatan cawan.

  • Panaskan Kukusan Terlebih Dahulu

Jadi senang la untuk kita semua anggarkan kuantiti tepung yang nak dimasukkan. Selain itu, sebelum mula mengukus kuih anda perlu panaskan terlebih dahulu kukusan. Hal ini kerana, sebelum mula mengukus kuih kena pastikan air dalam kukusan panas terlebih dahulu.

Baru la kuih akan masak dengan sempurna, sedap dan lembut. Memang menggiurkan tau kuih ni. Kalau anda tak cuba takkan tahu tau sedapnya tu sampai tahap mana.

  • Balut Penutup Periuk Kukusan Menggunakan Kain

Seterusnya, sebelum mengukus kuih anda perlu balut penutup periuk kukusan menggunakan kain. Tujuan penutup kukusan dibalut menggunakan kain bagi mengelakkan air wap kukusan menitik pada permukaan kuih. Ramai yang tak menitikberatkan soal ni bila memasak.

Kalau anda ikut cara ni pasti permukaan kuih anda akan lagi cantik, kemas dan menarik untuk dimakan. Aumm senang cerita memang sedap sangat. Kalau tak sedap takkan la ramai yang menggemarinya.

  • Penggunaan Air Kapur Mengikut Kuantiti Yang Betul

Penggunaan air kapur memang perkara yang wajib jika kita nak buat kuih ni. Tapi perlu diingatkan yang jika kita gunakan air kapur dalam kuantiti yang berlebihan. Nanti kuih kita akan rasa pahit.

Jadi untuk mengelakkan kuih kita menjadi pahit gunakan air kapur dalam kuantiti yang sepatutnya. Jika terkurang nanti kuih tak sedap tapi jika terlebih kuih jadi pahit. Maka gunakan dalam kuantiti yang sedang-sedang sahaja la yer.

Fungsi kapur makan dalam sesuatu makanan ialah menjadikan adunan kuih likat dan kental. Maka, kuih kita akan jadi kental dan tidak lembik. Jadi masa nak kukus, ia tidak akan melekat pada loyang.

resepi-kaswi-pandan-2 Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Sedap Giler.  Tak Nak Cuba Ke?
indozone.id

Haa maka hasilnya kuih akan nampak cantik, kemas dan menarik tertarik kau memang debomm. Rasa pun memang yummy. Perut pun tiba-tiba jadi berkeroncong bila cerita soal makanan.

Mmm mesti dah tak sabar nak rasa kuih yang sedap ni. Ehh jap, kita tak habis lagi. Nak hasil kuih yang cantik, kemas dan menyelerakan selepas dipotong.

  • Sejukkan Kuih Seketika Sebelum Potong

Senang jer. Caranya, selepas kukus sejukkan kuih seketika sebelum mula potongnya. Dan sebaiknya, gunakan pisau plastik yang disapukan sedikit minyak padanya.

Supaya masa nak potong ia akan lebih senang, cepat dan paling penting cantik. Nanti takde la kuih kita jadi cepat comot dan tak kemas. Haa cara potong yang betul pun kena belajar tau.

Nanti tiada la nampak kekok sangat masa nak potong kuih ni. Sebab dah tahu cara yang betulnya macam mana. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi kaswi pandan untuk dicuba bersama.

Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya.

 

Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Yang Lembut Dan Sedap

Bahan-bahan:

-1 1/2 cawan tepung gandum
-1/2 cawan tepung ubi
-1 sudu besar tepung beras
-1 cawan gula
-2 1/2 cawan santan(kalau guna santan kotak kecik tambahkan air untuk
cukup kan 2 1/2 cawan santan
-1 cawan air pandan(dikisar bersama 2helai daun pandan)
-1 sudu besar air kapur(ambil yang jernih)
-1/2 sudu kecil garam
-nina tambah 1 sudu kecil pandan emulco(tak letak pun takpe)

**kelapa parut digaul bersama sedikit garam

Cara Penyediaan:

  1. Kukusan dipanaskan seketika. Sementara itu, masukkan tepung gandum, tepung ubi, tepung beras, gula, garam dan santan ke dalam bekas sederhana. 
  2. Kacau bahan-bahan tadi hingga sebati. Kemudian, tuangkan air kapur (nak blend pun tiada masalah). Tapis adunan tadi untuk elakkan daripada berketul.
  3. Sapukan sedikit minyak pada loyang. Kemudian, masukkan adunan tadi ke dalamnya. 
  4. Bila air dalam kukusan dah mendidih, masukkan loyang ke dalam pengukus. Balutkan penutup kukusan menggunakan kain.
  5. Kukus ia selama 40 minit menggunakan api sederhana. Bila kuih dah masak dengan sempurna, angkat dan sejukkan ia seketika sebelum dipotong.
  6. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

resepi-kaswi-pandan-2 Resepi Kaswi Pandan Sukatan Cawan Sedap Giler.  Tak Nak Cuba Ke?

Selamat mencuba. Semoga perkongsian tentang resepi pada kali ni memberikan manfaat kepada anda semua. Untuk menyediakan menu yang sedap lagi mengenyangkan.

Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda.