resepi kek marble moist 1

Dah lama tak makan resepi kek marble. Jadi hari ni walau apa yang jadi kita akan tunaikan permintaan tekak ni. Resepi ini sangat mudah dan teksturnya gebu kerana menggunakan sukatan cawan.

Mmm memang kalau makan masa minum petang atau santai bersama keluarga lagi best. Kalau keluarga saya mereka memang amat menggemari kek. Semua kek mereka suka. Jadi, memang kami pandai juga la masak kek.

Yer la sebab keluarga pun jenis yang suka makan kek. Jadi, kalau setiap hari saya kena beli memang lama kelamaan kering duit dalam dompet. Kalau sekali sekala takpe lagi.

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer

Ni kalau dalam seminggu 3-4 kali nak kena beli baik kita buat sendiri kan. Lebih-lebih lagi resepi kek marble merupakan resepi yang paling mudah nak masak. Hasilnya juga tak pernah mngecewakan saya.

Teksturnya yang gebu dan cair di mulut memang mengasyikkan. Sekali makan memang nak lagi. Kalau kek ni ada di depan mata saya jamin anda pun tak boleh nak tepis godaannya.

Kalau sesiapa yang tengah diet memang confirm hancur la diet anda semua. Sebab kek ni best dan awesome sangat. Rugi tau kalau tak cuba rasa sendiri.

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer
mommiesdaily.com

Kenapa saya bagi resepi kek marble yang menggunakan sukatan cawan? Haa mesti anda pelikkan. Mesti la sebab saya memahami anda.

Kalau yang dah pandai masak mereka dah pandai anggarkan bahan-bahannya. Tapi untuk yang baru nak belajar masak dan orang bujang mereka memerlukan sukatan cawan. Nanti senang mereka nak anggarkan bahan-bahan yang diperlukan.

Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri waktu mula-mula nak belajar masak kek dulu. Perghh sebab kita tak reti jadi memang susah giler kalau tiada sukatan cawan. Kek ini kebiasaannya dihidangkan semasa jamuan hari raya, minum petang dan sebagainya.

Tips Memasak Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Gebu dan Mudah

Sesiapa yang nakkan resepi kek marble yang gebu. Mereka perlu gunakan teknik dan cara yang betul untuk memasaknya. Kalau guna teknik hentam jer labu memang takkan menjadi kek kita.

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer
facebook.com
  • Pastikan Anda Menggunakan Tepung Kek

Antara tips yang nak dikongsikan ialah kalau nak tekstur kek lebih gebu gunakan tepung kek. Tepung kek berbeza dengan tepung gandum. Tepung kek mengandungi agen penaik yang menjadikan kek kita lembut dan gebu.

  • Pastikan Anda Menggunakan Ovelette

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer
alaf21.com.my

Selain itu, untuk memasak resepi ini sebaiknya gunakan ovelette. Ia berfungsi sebagai penstabil yang menjadikan tekstur kek lebih lembut dan gebu. Biasanya ovelette terdapat dalam kek span atau mana-mana kek yang ada menggunakan telur.

Dijamin kalau guna ovelette pasti kek anda bertambah gebu dan lembut. Aumm yummy. Kalau tak nak percaya anda kena cubanya sendiri baru anda tahu samaada tipu atau tak.

Kalau anda perasan yang kek ini teksturnya sangat stabil. Diyakini bahawa kek ni takkan jatuh semasa ia dikacau atau dibakar. Elok jer terletak kan mesti ada yang pelik kenapa kek ini begitu stabil.

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer
food.fnr.sndimg.com

Rahsianya mesti la sebab kita gunakan ovelette. Kalau tak mesti kek tu akan hancur lebur tak sempat nak bakar. Sebab itu penting untuk kita tahu fungsi setiap bahan-bahan yang digunakan.

Supaya lagi mudah kita nak sediakan bahan-bahannya. Hasilnya, kek yang kita buat cantik, kemas dan paling penting gebu gitu. Haa dah la tekstur gebu kemudian ditambah pula dengan rasanya yang sedikit moist.

Memang kena sangat dengan selera tekak saya. Bosan la asyik makan kek yang kering jer. Tekak pun terasa kering dan kasar masa nak telan.

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer
pinterest.com

Kalau yang jenis moist macam kek ni lagi best. Betul tak? Saya yakin ramai yang akan meminati kek ni tidak kira tua atau muda.

Pasti akan sukakan kek ini. Kalau anda nak jadikan kek ni sebagai bekal untuk anak-anak ke sekolah pun tiada masalah. Kita faham kanak-kanak akan cepat bosan dengan menu yang sama setiap hari.

Haa apa kata anda cuba masakkan kek ini. Pasti mereka anda suka dan puji masakan anda nanti. Cuba yer nanti kalau tak cuba kita tak tahu sejauh mana sedapnya kek ni.

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer
amazonaws.com

Tapi setakat sekarang ramai yang puji kek ni sedap. Kata mereka tak rugi kalau kita nak belajar masak kek ni. Syaratnya anda kena ikut sukatan yang telah diberikan baru la meletop.

Terima kasih buat Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi kek marble untuk kita cuba bersama. Semoga beliau dimurahkan rezeki kerana tidak pernah lokek berkongsi ilmu. Mesti anda semua dah tak sabar nak memasak kan.

Perut pun dah berkeroncong ni. Apa kata, kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Jom!!!

 

Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Gebu dan Mudah

Bahan-bahan:

-1 cawan butter@planta@marjerin
-3/4 cawan gula halus
-3 biji telur(gred A)
-1+3/4 cawan tepung gandum(ayak)
-sedikit esen vanila
-1 sudu teh baking powder(ayak)
-3 sudu besar susu pekat
-2 sudu besar serbuk koko@milo
-pewarna kuning(optional je)

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan butter dan gula kedalam mixer. Mix bahan-bahan tadi selama 10 minit hingga ia kelihatan kembang.
  2. Kemudian, tambahkan telur satu demi satu serta mix sekali lagi.
  3. Perlahankan dulu mixer kemudian tuangkan esen vanila, tepung gandum, baking powder dan susu pekat. Pukul lagi sekali biar semua bahan tadi sebati.
  4. Kemudian, asingkan bahan yang diadun kepada 2 bahagian iaitu warna asal dan warna coklat.
  5. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin. Kemudian, ambil 2 sudu besar adunan yang asal dan letak ia ditengah loyang. Hanya letakkan jer tak perlu ratakan.
  6. Ambil adunan warna coklat kemudian tindih ia pada adunan pertama. Ulang lagi dan lagi proses ini hingga semua adunan habis.
  7. Bakar adunan tadi pada suhu 170 celcius lebih kurang 40 minit. Menggunakan api atas bawah. Anda disyorkan guna loyang yang bersaiz 6@7 inci.
  8. Bila kek dah masak dengan sempurna. Angkat dan potong cantik-cantik serta hidangkan untuk seisi keluarga.

resepi-kek-marble-moist-1 Resepi Kek Marble Moist Sukatan Cawan Yang Gebu Dan Mudah Jer

Selamat mencuba. Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua orang. Belajar untuk memasak kelak kita juga yang akan rasa kepuasannya.

Tak rugi orang yang pandai memasak. Bahkan ianya merupakan satu kelebihan. Kenapa?

Dengan memasak anda boleh membantu menampung keperluan keluarga dengan menjual apa yang anda masak. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan, ahli kelurga dan orang-orang yang kita sayang. Biar mereka pun berpeluang untuk rasa keenakan kek ini.

Selamat mencubanya di rumah. Kalau pertama kali masak tak menjadi. Jangan cepat putus asa.

Bangkit untuk cuba lagi dan lagi. Bila apa yang kita masak membuahkan hasil. Kita juga yang akan rasa puas hati.

Bayangkan kepuasan yang kita dapat setelah kita berjaya memasak sendiri juadah kegemaran kita. Tanpa berharap untuk membelinya di kedai. Cukup berbaloi kerana kita boleh masak dan rasanya setanding  dengan kat kedai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.