resepi kerabu maggi 1

Sekarang ni masakan Thailand makin digemari oleh rakyat Malaysia terutama resepi kerabu maggi. Kalau ada pesta Thai, juadah ini antara salah satu masakan yang digilai ramai. Yer la sebab selera tekak masyarakat Thailand dengan Malaysia tak jauh beza.

Semuanya suka makan makanan yang pedas-pedas. Baru la menyangkut dengan selera kan. Kalau pedas tu pula mesti tahap kaw sebab lagi umphh rasanya.

Resepi ini antara resepi yang paling senang nak masak. Walaupun ianya mudah dan simple tapi rasanya memang enak. Sekali cuba pasti nak lagi.

resepi-kerabu-maggi-1 Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Simple. Grrr Pedas Gilerr

Kalau nak lagi sedap sebaiknya masukkan seafood seperti udang dan sotong. Perghh memang sedap sangat. Kalau nak tahu masakan ni seimbang dari segi rasa masam, masin dan pedas.

Memang puas hati kalau makan masakan ni sebab semua rasa ada dan seimbang jer. Mula-mula saya makan kerabu maggi kat festival makanan Thailand tahun lepas. Terus jatuh cinta sampai ke hari ni.

Sebenarnya ragu-ragu nak makan sebab takut tak sedap. Tapi bila tengok semua makan dan komen sedap giler. Apa lagi terus saya makan tak ingat dunia hehe.

resepi-kerabu-maggi-1 Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Simple. Grrr Pedas Gilerr
kredit gambar: drgreene.com

Masih ingat lagi bila pertama kali saya makan juadah ni. Terasa lucu pula kalau diingatkan kembali. Yer la orang baru pertama kali makan masakan ni.

Memang diakui yang juadah ini sedap sangat memang kena dengan selera saya yang suka makan pedas. Sekarang ni kalau saya tiada selera nak makan nasi. Menu ini akan menggantikan nasi dan menjadi alas perut saya seharian.

Mmm yummy. Tak hairan kalau hari ni resepi kerabu maggi makin digemari dan disukai oleh semua lapisan umur rakyat Malaysia. Yer la sebab sedap kan kalau tidak takkan ramai yang suka makan.

resepi-kerabu-maggi-1 Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Simple. Grrr Pedas Gilerr
kredit gambar: depositphotos.com

Juadah ini bila-bila masa yang kita suka pun kita boleh makan. Bagi yang tak suka makan seafood atau alergik dengan seafood. Anda boleh jer tukar seafood dengan ayam atau fishball.

Ikut citarasa masing -masing. Yer la kita tak boleh paksa orang lain suka apa yang kita suka. Sebab setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.

Rugi kalau anda semua tak belajar cara nak masak juadah ni. Takkan la kita asyik nak makan makanan kedai atau orang Thai buatkan. Kalau kita tak cuba maka kita tak tahu samaada sedap ke tidak.

resepi-kerabu-maggi-1 Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Simple. Grrr Pedas Gilerr
kredit gambar: maskulin.com.my

Entah-entah air tangan kita lagi sedap daripada yang dijual kat kedai hehe. Lain kali kalau mengidam nak makan takkan nak cari sampai ke negara Thailand. Yer la sebab nak makan masakan yang sebijik macam orang Thai masak.

Haa tak pasal-pasal menyusahkan diri sendiri nanti. Jadi cara yang paling jimat dan senang belajar jer masak resepi kerabu maggi ini sendiri. Noktah.

Cara Memasak Resepi Kerabu Maggi Sedap dan Simple

Nak memasak resepi kerabu maggi perlu ada teknik dan cara yang betul. Baru la masakan kita rasanya sedap seakan-akan orang Thailand masak. Pertama, biasa kalau kita tengok orang Thai masak kerabu ni.

  • Guna Maggi Siam

resepi-kerabu-maggi-1 Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Simple. Grrr Pedas Gilerr
kredit gambar: shopee.com.my

Mereka guna maggi siam yang peknya berwarna merah. Tapi kalau anda susah nak cari anda gunakan sahaja maggi asam laksa buatan Malaysia. Rasanya lebih kurang dengan maggi siam.

  • Memasak Menggunakan Kaedah Celur

Tak jauh beza sangat. Selain itu, masakan ini menggunakan kaedah celur. Maggi, sayur-sayuran dan lauk yang digunakan untuk membuat resepi ini dicelur terlebih dahulu.

Bila dah siap celur baru la digaul hingga sebati. Yummy. Fuhh memang membangkitkan selera makan saya la.

Mesti ada dalam kalangan anda yang tengah membaca sekarang sedang telan air liur berkali-kali kan. Sebab menahan rasa yer la nak makan sebab takde kat depan mata. Tapi perut dan mulut dah meminta-minta disuapkan hehe.

resepi-kerabu-maggi-1 Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Simple. Grrr Pedas Gilerr
kredit gambar: indozone.id

Sabar yer nanti kita kongsikan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi ni. Memang anda akan rasa berbaloi sangat sebab belajar resepi ni. Sebab nak memasak ia pun kos yang diperlukan sangat murah.

Saya yakin semua mampu nak beli bahan-bahannya. Terima kasih buat Raja Amanina kerana sudi berkongsi resepi kerabu maggi untuk kita semua cuba. Semoga anda dilimpahkan rezeki dan kesihatan yang baik untuk terus berkongsi dengan kami.

Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak juadah ni. Kalau tak kenal maka tak cinta tapi berlainan pula dengan bahan-bahan. Kalau tak kenal bahan-bahan nanti takut tertukar serai dengan daun sup hehe.

Sebab tu penting untuk semua tidak kira jantina tahu bahan asas yang ada di dapur. Nanti kalau orang tanya takde la malu sangat kan sebab kita dah tahu. Betul tak?

Memasak perlukan kita fokus, sabar dan yang paling penting rajin nak belajar. Kalau pandai memasak tapi malas tak menjadi juga. Sebab tu dalam kehidupan kita kena seimbangkan semua benda.

Kerjaya, memasak dan keluarga kerana ia saling melengkapi. Mana boleh kita nak buang salah satu. Nanti akan ia akan menjadi tidak sempurna.

Jadi la manusia yang bijak mengurus semua itu. Kelak diri kita sendiri yang akan untung bukannya orang lain. Tepuk dada tanya hati kita betul ke tak apa yang saya cakap.

 

Resepi Kerabu Maggi Sedap dan Simple

Bahan-bahan:

-2 bungkus maggi siam (jenama Serda)
-lauk lauk optional ikut suka boleh letak apa2 je(sotong,udang,isi ayam,sosej@crabstick)
-cili padi dihiris
-3 biji bawang merah dihiris
-1 batang serai dihiris halus
carrot hiris panjang2
-kubis dihiris halus
-2 biji tomato dipotong dadu
-2,3 biji limau nipis@limau kasturi
-daun ketumbar kalau nak letak
-gula garam secukup rasa

Cara penyediaan:

  1. Panaskan air di dalam periuk. Bila air dah mendidih, celur atau rebus maggi dan lauk pauk. Angkat dan toskan seketika. Pastikan anda menyimpan air yang diguna untuk rebus/celur maggi untuk dijadikan sebagai kuah.
  2. Sediakan mangkuk sederhana. Masukkan perencah maggi bersama bahan dihiris kemudian gaul biar sebati.
  3. Tambahkan maggi dan lauk-lauk yang dah siap dicelur tadi. Masukkan perahan air limau nipis. Letakkan gula dan garam secukupnya.
  4. Gaul semua bahan tadi hingga betul-betul sebati. Angkat dan hidangkan.

resepi-kerabu-maggi-1 Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap dan Simple. Grrr Pedas Gilerr

Resepi ini diakui sangat simple dan menjimatkan masa kerana kita tidak perlu memasak. Orang bujang pun boleh cuba untuk memasaknya dirumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua.

Jangan lupa kongsikan resepi ini untuk kenalan rapat, kaum keluarga dan insan yang tersayang yer. Selamat mencuba.

Selamat menikmati juadah ini bersama insan yang tersayang ketika waktu santai. Hargai keluarga anda dengan masakkan mereka sesuatu yang menyelerakan. Kalau tiada idea, boleh cuba buat resepi ini.

Pasti ramai yang akan puji sedap dan menyelerakan sama macam orang Thai buat. Kalau mula-mula masak tak sedap atau tidak menjadi. Jangan mudah putus asa.

Terus bangkit dan cuba dan cuba lagi. Lama kelamaan masakan kita akan menjadi makin sedap sebab kita dah perbaikinya dari masa ke masa. Mesti dah ada yang teruja nak masak kan.

Teruskan niat anda nak belajar masa. Jangan pedulikan kata-kata sindiran dari orang sekeliling yang mengkritik masakan anda. Semua itu adalah perkara biasa dalam proses kita nak belajar.

Fighting!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.