Tiada idea nak masak apa hari ni? Apa kata anda cuba buat resepi kerabu pucuk paku kampung. Dijamin sedap, sihat dan menyelerakan untuk santapan seisi keluarga.
Resepi ini memang sedap tau. Kalau orang yang dah biasa makan memang akan mengakui keenakan masakan ini. Biasanya orang makan resepi ini dengan nasi putih.
Tapi ada yang suka makan ratah begitu sahaja jer. Memang sedap sungguh. Rugi tau kalau sesiapa yang tak cuba.
Resepi kerabu pucuk paku kampung memerlukan sayur pucuk paku yang segar. Baru la sedap dan menepati cita rasa.
Tips Memilih Sayur Pucuk Paku Segar
Tips memilih sayur pucuk paku yang segar di pasar mudah jer. Sebelum anda nak beli, perhatikan dulu daun pada sayur yang tidak layu dan kelihatan segar. Mesti ada yang tertanya, ada ke cara nak tahu sayur pucuk paku segar atau tidak.
Ada, dan sememangnya cara yang paling mudah tengok pada daunnya. Selain itu, jika kita nak tahu sayur yand dah lama dipetik dan tidak berapa segar. Cuba perhatikan bahagian daun pucuk paku.
Jika daun bertukar warna gelap pada hujungnya maka sayur tersebut tidak segar. Jadi elakkan daripada membeli sayur yang tak segar. Biasanya kita dapat bezakan sayur yang tak segar dengan yang segar.
Tanpa ilmu ni pun kita dapat tahu dan bezakan. Tapi tips ini sangat berguna untuk dijadikan panduan pada anda semua untuk membeli nanti. Betul tak?
Cara Nak Potong Sayur Pucuk Paku
Jika anda baru nak cuba resepi kerabu pucuk paku kampung. Mesti anda tertanya-tanya macam mana cara nak potong sayur pucuk paku. Caranya mudah sahaja.
Jangan risau yer. Caranya bersihkan kemudian potong sayur pucuk paku. Dengan cara anda ambil bahagian daun dan batang yang lembut sahaja.
Jangan ambil hingga bahagian batang yang keras yer. Nanti bila nak makan tak sedap sebab ianya memang keras. Haa mudah buka cara nak potong sayur pucuk paku.
Siapa yang kata susah, senang jer sebenarnya. Asalkan kita rajin nak belajar semuanya akan rasa mudah. Ni tak belum sempat belajar atau buat dah cakap susah.
Ish ish ish jangan amalkan tau sikap sebegitu. Nanti boleh la guna tips diatas untuk masak resepi kerabu pucuk paku kampung. Bertambah-tambah sedap la nanti hehe.
Tips Goreng Kelapa Parut Tahan Lama dan Rangup
Terdapat 4 tips goreng kelapa parut tahan lama dan rangup. Nanti anda boleh gunakan tips ni untuk goreng kelapa parut khas untuk resepi kerabu ini.
-
Jenis Kelapa
Anda kena ingat bahawa sebelum goreng kelapa parut kita kena pilih jenis kelapa yang betul. Bukannya main guna jer mana yang ada depan mata. Ni bukan pasangan jer yang kita kena pilih.
Jenis kelapa pun kena pilih juga tau. Baru la kerabu kita sedap dan menggiurkan. Untuk resepi kerabu anda mesti gunakan kelapa yang sedang-sedang atau sederhana tua.
Elakkan daripada guna kelapa muda. Nanti tak menjadi semasa proses nak goreng sebab terlalu lembik.
-
Kelapa Parut Dijemur Untuk Seketika
Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa perlu jemur? Tujuan kita jemur seketika kelapa parut supaya ia sedikit kering dan teksturnya jadi cantik. Jemur sekitar 30 minit dah cukup untuk pastikan kelapa parut sedikit kering.
Nanti bila dah sedikit kering proses menggoreng pun jadi lebih singkat. Tapi kalau anda tak nak jemur untuk seketika pun tiada masalah. Semuanya bergantung pada anda.
Sesetengah orang suka jemur terlebih dahulu baru la mereka goreng. Ikut jer mana-mana cara yang anda suka dan rasa mudah.
-
Menggunakan Api yang Kecil
Semasa proses menggoreng kelapa parut. Anda dinasihatkan untuk menggunakan api yang kecil sahaja. Ini untuk memastikan kelapa parut masak dengan sekata dan berwarna perang.
Anda juga kena selalu kacau kelapa parut semasa proses menggoreng. Elakkan daripada tinggalkan kelapa parut tanpa tak kacau. Nanti akan ada bahagian yang tak masak dengan sekata.
Kalau anda nak tahu samaada kelapa parut dah garing dan masak senang jer. Anda hanya perlu periksa menggunakan jari jer. Bila anda rasa guna jari ia terasa kering dan rangup maka tu tandanya ia dah masak.
Elakkan daripada menggunakan api besar. Nanti kelapa parut tidak masak dengan sekata. Dan paling penting ianya tidak akan tahan lama dan mudah berbau hapak.
-
Tumbuk Ketika Masih Panas
Tujuan kelapa parut ditumbuk ketika masih panas kerana ia mudah lumat. Selain itu, minyak santan juga akan keluar dalam kuantiti yang banyak. Kalau dah sejuk baru nak tumbuk.
Maka proses nak keluarkan minyak santan susah sikit. Tips yang keempat ni sesuai jika anda nak gunakan bagi tujuan pembuatan kerisik. Kalau anda rasa proses menggoreng kelapa parut ni sedikit renyah itu sememangnya lumrah.
Tapi bila dah siap kita akan rasa segala yang memenatkan semuanya berbaloi. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin sudi berkongsi resepi kerabu pucuk paku kampung. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?
Resepi Kerabu Pucuk Paku Kampung
Cara Penyediaannya:
Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.