resepi kuah kacang sedap 1

Biasa salah satu menu wajib ketika raya Aidilfitri ialah resepi kuah kacang sedap. Perghh memang laku sungguh juadah ni bila dimakan bersama nasi impit dan satay. Memang menggamit memori sungguh kalau dapat makan juadah ni.

Ketika sambutan hari raya atau open house. Tapi kalau hari ni rakyat Malaysia hari-hari makan menu ni. Biasa kalau kita bertandang ke negeri Johor.

Menu ni dijadikan juadah ketika sarapan. Aumm sedap sungguh kan? Selain itu, menu ni mejadi kegemaran semua rakyat Malaysia.

resepi-kuah-kacang-sedap-2 Resepi Kuah Kacang Sedap. Pelengkap Bila Makan Dengan Nasi Impit Dan Satay.
kredit gambar: karteldakwah.com

Bukan sahaja orang Melayu. Bahkan orang Cina dan India pun sukakannya. Paling tak sangka sekali, setiap pelancong yang bertandang ke Malaysia. Mereka pun sukakan resepi kuah kacang sedap yang dimakan bersama nasi impit dan satay.

Salah satu perkara yang menyatukan hati rakyat Malaysia yang berbilang bangsa. Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana kepelbagaian makanan yang ada. Aumm hebat kan penangan resepi kuah kacang sedap?

resepi-kuah-kacang-sedap-2 Resepi Kuah Kacang Sedap. Pelengkap Bila Makan Dengan Nasi Impit Dan Satay.

Jadi kalau sesiapa yang belum cuba lagi. Anda semua memang wajib kena cuba. Hehehe pada yang memang menu ni merupakan makanan kegemaran mereka.

Mesti anda semua dah tak tahan kena telan air liur kan? Hahaha bestnya makan kuah kacang yang dimasak hingga pecah minyak. Perghh kuahnya memang kaww dan superb.

Rahsia Kuah Kacang Sedap

Rahsia kenapa resepi kuah kacang sedap adalah kalau kita masak kuahnya hingga pecah minyak. Rasa kuah kacang akan lagi sedap dan kaww daripada biasa. Memang betul la kalau nanti ianya menjadi rebutan semua.

Lagi-lagi kalau makan bersama nasi impit dan satay. Aumm memang kena dengan selera sungguh. Sesiapa yang tiada selera makan bila terhidu aroma kuah kacang ni.

Mesti akan kembali semula selera makannya tu. Hehehe hebat tau penangan juadah ni. Jangan dibuat main haha.

Cara Membuat Kuah Kacang Sedap

Mesti semua dah tertanya-tanya macam mana cara membuat kuah kacang yang sedap. Betul tak? Disini saya akan kongsikan cara membuat kuah kacang yang sedap dan marvellous. 

Dijamin sekali rasa terus nak lagi dan lagi.

  • Proses Sangai Kacang Tanah

Seperti yang semua sedia maklum. Nak membuat kuah kacang bahan utama sudah semestinya kacang tanah. Jadi kita perlu sangai atau goreng kacang tanah tanpa menggunakan minyak.

Api pula kita gunakan api yang perlahan sahaja bagi membolehkan kacang tanah masak sekata. Pastikan jangan terlebih goreng hingga hangit kacang tanah tadi. Nanti rasanya akan menjadi pahit.

resepi-kuah-kacang-sedap-2 Resepi Kuah Kacang Sedap. Pelengkap Bila Makan Dengan Nasi Impit Dan Satay.
kredit gambar: keluarga.my

Seterusnya akan mempengaruhi rasa kuah kacang kita. Bila dah masak sekata ketepikan seketika. Seterusnya, kita boleh kisar atau tumbuk kacang tanah tadi.

Kalau nak jimat masa, kita kisarkan jer guna air. Pastikan kita kisar tidak terlalu halus yer. Biar kacang tanah tadi hancur sekitar 85% sahaja.

Nanti bila nak makan kuahnya lagi syok sebab rasa kacang tanah tu.

  • Tambahkan Gula Perang Atau Gula Merah

Semua orang nakkan kuah kacang mereka bukan sahaja sedap. Malah, warnanya juga menarik dan cantik untuk dipandang. Nanti lagi best masa nak makan bersama nasi impit dan satay ayam.

Jadi rahsianya ialah tambahkan gula perang atau gula merah ke dalam kuah kacang. Perghh mesti selain daripada rasanya akan sedap. Warna kuah kacang juga lagi cantik tau.

  • Tumis Bahan Kisar Hingga Pecah Minyak

Ramai yang masih tidak tahu cara tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Takpe itu semua perkara biasa jer. Sebelum kita tahu, kita mesti terlebih dahulu tak tahu kan?

Jadi sebab tu la kita kena tanya orang yang tahu atau belajar. Jangan diam jer kalau tak tahu. Ni kalau diamkan jer sampai bila-bila kita takkan tahu.

Bahan kisar dan minyak sudah terapung dan terpisah di bahagian tepinya. Kemudian, warna bahan kisar juga sudah bertukar menjadi sedikit gelap. Ia merupakan tanda apabila bahan kisar dah pecah minyak.

resepi-kuah-kacang-sedap-2 Resepi Kuah Kacang Sedap. Pelengkap Bila Makan Dengan Nasi Impit Dan Satay.
kredit gambar: keluarga.my

Kiranya, bahan kisar tadi sudah masak dengan sempurna. Mudah jer kan? Rahsia lain kalau nakkan bahan kisar pecah minyak ialah sabar.

Kalau kita ni jenis yang tak sabar. Belum pecah minyak kita dah masukkan bahan-bahan lain. Maka kesabaran tu penting ketika memasak.

Lebih-lebih lagi bila bahagian menumis. Rahsia kuah kacang tahan lama adalah bila bahan kisar kita tumis hingga pecah minyak. So, take note guys.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi kuah kacang sedap untuk kita cuba. Semoga dimurahkan rezeki untuk sentiasa berkongsi dengan kita semua. Jom kita sama-sama lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuah kacang?

Saya faham mesti semua dah tak sabar kan? Hehehe let’s check it out.

 

Resepi Kuah Kacang

Bahan-bahan:
-3 cawan kacang tanah digoreng dan dibuang kulit
*nina buang separuh je kulit tu
*kacang ditumbuk@dikisar
-5 biji bawang merah
-3 ulas bawang putih
-2 batang serai
-1 inci halia
-1 inci lengkuas
-5 sudu besar cili giling@cili kisar
-1 sudu besar udang kering
-santan 1 senduk(yang ni nina letak sebab lagi lemak lagi sedap)
*taknak letak santan pun boleh je
-gula melaka
-garam
-air secukupnya

Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang merah, putih, serai, halia, lengkuas dan udang kering.
  2. Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar, cili kering hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah dan air sedikit demi sedikit.
  4. Kacang tu masukkan sikit-sikit dulu tengok kepekatan kuah. Masak dengan api perlahan je kemudian masukkan santan.
  5. Perasakan gula garam dan masak hingga kuah pecah minyak@pekat.

Bahan-bahan Untuk Satay

-bawang merah 5 ulas
-bawang putih 5ulas
-2 biji bawang besar
-halia 2 inci
-serai 7-8 batang
-3 inci lengkuas
-3 inci kunyit hidup
-jintan manis 2 sudu makan
-jintan putih 1 sudu makan
-rempah kari adabi 1 sudu makan
-gula(lebihkan sebab satay kena ada rasa manis manis)
-gula melaka
-garam

Cara Penyediaan:

  1. Kisar semua bahan hingga halus dan gaulkan bersama isi ayam.
  2. Kemudian, perasakan gula garam.
  3. Perap 1@2 jam lagi lama lagi sedap.

resepi-kuah-kacang-sedap-2 Resepi Kuah Kacang Sedap. Pelengkap Bila Makan Dengan Nasi Impit Dan Satay.

Selamat mencuba resepi ni dirumah. Good luck guys. Percaya yang semua orang boleh masak.

Tiada yang mustahil. Jangan pula jadikan malas sebagai alasan untuk kita belajar memasak. Fighting!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.