resepi kuih bakar 1

Sebagaimana yang semua ketahui, resepi kuih bakar merupakan antara kuih tradisional masyarakat Melayu. Kuih ini menjadi kegemaran rakyat Malaysia kerana rasanya yang lemak manis dan lembut. Di sesetengah negeri di semenanjung Malaysia, kuih bakar lebih dikenali sebagai bingka atau bengkang.

Tapi sebenarnya ia merujuk kepada kuih yang sama iaitu kuih bakar. Tak sabarnya nak masak sendiri dan makan kuih yang sangat sedap ni. Kebiasaannya, kuih ini dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang.

Memang sedap sangat makan sambil hirup teh o panas. Perghh memang sampai terbawa-bawa dalam mimpi kita tengah kunyah kuih tu lepas tu telan. Aumm.

resepi-kuih-bakar-1 Resepi Kuih Bakar Lembut, Cair Di Mulut Tiada Kat Kedai. Confirm Tak Menyesal Cuba.

Kuih ni kalau kita tengok dari segi teksturnya pun dah menarik dan mengancam selera makan. Tak percaya, tengok sahaja permukaan kuih ini yang ditabur dengan bijan. Ditambah pula permukaannya garing di luar dan lembut di dalam.

Kuih ini bukan sahaja menjadi kegemaran no. 1 orang dewasa dan golongan tua. Malah, kanak-kanak pun menggemarinya kerana teksturnya yang sungguh lembut bila dikunyah. Eh lupa nak bagitahu yang resepi kuih bakar ni sedap kerana menggunakan bahan istimewa tau.

Cara Memasak Resepi Kuih Bakar Sedap dan Rangup

  • Rahsia Dari Daun Pandan

resepi-kuih-bakar-1 Resepi Kuih Bakar Lembut, Cair Di Mulut Tiada Kat Kedai. Confirm Tak Menyesal Cuba.
berita.yahoo.com

Mesti tertanya-tanya kan apa bahan istimewa yang menjadikan kuih yang dimasak sangat sedap. Haa rahsia rasa yang enak adalah dari daun pandan yang dikisar kemudian ditapis untuk diambil jusnya. Jus pandan la yang menjadikan kuih yang kita masak lagi sedap dan enak.

  • Lebihkan Masa Untuk Membakar Kuih

resepi-kuih-bakar-1 Resepi Kuih Bakar Lembut, Cair Di Mulut Tiada Kat Kedai. Confirm Tak Menyesal Cuba.
butterkicap.com

Jika anda suka permukaan resepi kuih bakar rangup dan sedikit berkerak. Caranya ialah dengan tambahkan masa kita bakar kuih. Confirm bila masak nanti kuih jadi sedikit berkerak tapi dalamnya masih lembut.

  • Sapukan Minyak/Marjerin Pada Permukaan Acuan

resepi-kuih-bakar-1 Resepi Kuih Bakar Lembut, Cair Di Mulut Tiada Kat Kedai. Confirm Tak Menyesal Cuba.
rasa.my

Selain itu, untuk mengelakkan kuih melekat pada loyang, acuan atau sebagainya. Sapukan sedikit minyak atau marjerin sebelum membakarnya. Baru la nanti kalau nak potong kuih tidak akan melekat pada acuan, loyang dan sebagainya.

  • Tapis Adunan Sebelum Dibakar

Tips untuk mengelakkan adunan tidak berketul. Selepas kacau sebati atau kisar pastikan anda tapis dahulu adunan sebelum dibakar. Kalau adunan masih berketul. Nanti tekstur kuih dan rasa kuih akan kurang sedap dan tidak nampak begitu menarik.

Begitu la sedikit sebanyak cara memasak dan tips yang saya sering gunakan untuk memasak kuih ini. Untuk menghasilkan masakan yang enak kita mesti practice try and error. Bukan semua masakan kita dapat kuasainya dalam masa yang singkat.

Kalau cuba masak resepi kuih bakar untuk kali pertama anda gagal. Jangan putus asa. Bangkit dan tukar mindset kepada ‘aku boleh buat, kalau orang lain boleh kenapa aku tak boleh’.

resepi-kuih-bakar-1 Resepi Kuih Bakar Lembut, Cair Di Mulut Tiada Kat Kedai. Confirm Tak Menyesal Cuba.
berempat.com

Kita memasak mana-mana masakan pun perlukan kesabaran, fokus dan ketekunan. Kuncinya mudah sahaja. Don’t easily give up on things that you do not sure. 

If you try today and you fail maybe if you try next day it will become success. Who know’s right? Dan kalau la kita dah putus asa hari ni tapi sebenarnya kalau kita sabar sikit lagi.

Mungkin esok atau lusa kita akan temui kejayaan. Tak ke semua yang kita dah buat tu jadi sia-sia. Haishh ni tak suka cakap pasal ni.

resepi-kuih-bakar-1 Resepi Kuih Bakar Lembut, Cair Di Mulut Tiada Kat Kedai. Confirm Tak Menyesal Cuba.
thumbs.dreamstime.com

Kang dah jadi membebel macam mak cik-mak cik haha. Saya suka sangat ayat yang mak saya selalu pesan kat saya. Ayat tu la menjadi pembakar semangat saya untuk terus masak biar la tak sedap mana pun.

Ayatnya berbunyi, kita tak dilahirkan untuk menjadi tukang masak yang hebat. Tapi kita dilahirkan untuk belajar menjadi hebat. Perghh ayat ni takde jual kat pasar tau.

So take note yer. Sebelum kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak. Terima kasih buat Cik Puan Julieta yang sudi berkongsi resepi kuih bakar untuk kita cuba.

 

Resepi Kuih Bakar

Bahan-bahan:

  •  210g Tepung Gandum
  • 1 tsp garam
  • 3 biji telur
  • 180g gula caster
  • 400ml air
  • 30g daun pandan (kisar dan tapis)
  • 250ml santan
  • Perwarna hijau
  • Bijan secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam bekas kemudian gaul biar sebati. Bila adunan dah sebati, tapis terlebih dahulu adunan untuk elakkan ia daripada berketul.
  2. Sapukan minyak pada acuan kemudian panaskan acuan tadi. Bila acuan dah cukup panas. Masukkan adunan ke dalam acuan dengan cermat.
  3. Kemudian, untuk nampak kuih lebih menarik taburkan bijan di atas setiap acuan kuih. Masukkan ke dalam oven yang suhunya sekitar 180celcius. Biarkan kuih masak selama 60 minit.
  4. Bila dah masak, keluarkan acuan dan biarkan ia sejuk seketika sebelum dipotong cantik-cantik. Hidangkan bersama teh o panas.

resepi-kuih-bakar-1 Resepi Kuih Bakar Lembut, Cair Di Mulut Tiada Kat Kedai. Confirm Tak Menyesal Cuba.

Selamat mencuba. Jangan lupa untuk share resepi ini yer. Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan memberi manfaat kepada semua.