resepi kuih cara manis 1

Untuk pengetahuan semua, resepi kuih cara manis merupakan salah satu kuih tradisional yang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu. Tekstur kuih ni lembut serta mudah untuk dibuat kerana menggunakan sukatan cawan. Ianya sesuai dimakan ketika sarapan pagi dan minum petang bersama kopi o panas.

Aumm sungguh enak dan menyelerakan. Maka tidak hairan kuih ini popular dan disukai ramai kerana ciri-ciri di atas. Siapa jer yang tak suka kalau kuihnya sedap kan.

Sesiapa yang tak suka atau belum cuba makannya lagi sungguh rugi dan patut cubanya sendiri. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Jadi kalau nak kenal kuih ni rasa macam mana.

resepi-kuih-cara-manis-1 Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Lembut

Kena la cubanya sendiri. Dijamin anda pasti akan suka kuih resepi kuih cara manis ini walaupun tak pernah cubanya sebelum ni. Sekali kunyah nak lagi sebab teksturnya kan lembut dan cair di mulut.

Menu ni sesuai sangat untuk kita yang jemu makan kuih yang sama jer setiap hari. Kalau nakkan kelainan yang pasti tidak mengecewakan anda. Cuba la resepi kuih cara manis pasti akan terkenang-kenangkannya sampai ke dalam mimpi.

Jika ada antara kita yang tak kenal kuih ni. Mudah jer nak kenal kuih ni. Ciri-cirinya ialah berwarna hijau, bentuknya bujur dan bila digigit rasa kuih ni manis.

resepi-kuih-cara-manis-1 Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Lembut
pngwing.com

Rasa manis kuih ni datang daripada air gula yang dijadikan inti. Kalau nak tahu, terdapat pelbagai jenis lauk lain yang biasa dijadikan inti kepada kuih cara. Contohnya jagung, daging dan sebagainya.

Mmm yummy. Mesti dah tak sabar kan nak rasa sendiri resepi kuih cara manis. Tapi sebelum itu kena tahu yang setiap kali nak masak masakan yang kita suka.

Mesti ada petua, tips, teknik serta cara yang perlu kita patuhi dan gunakan. Supaya kuih yang nak dihasilkan nanti akan rasa sedap macam yang ada dalam fikiran kita. Tak nak la indah khabar daripada rupa jer kan.

Cara Nak Buat Kuih Cara Manis

Cara nak buat kuih cara manis ni penting untuk dijadikan panduan kita nak masak. Kalau tiada cara ni alamatnya tak sempurna rasa kuih ni dengan apa yang kita nak. Jadi pastikan baca dan hadam betul-betul supaya tidak tersilap langkah nanti.

  • Sapu Acuan Dengan Sedikit Minyak

Pertama, sebelum masukkan adunan ke dalam acuan. Sapukan dahulu acuan dengan sedikit minyak untuk mengelakkan kuih melekat. Jika nakkan sedikit aroma pandan pada kuih.

  • Gunakan Daun Pandan Sebagai Berus Untuk Sapu Acuan

Ambil beberapa helai daun pandan dan gunakan ia sebagai berus untuk sapukan minyak pada acuan. Hasilnya akan ada aroma pandan pada kuih yang siap dimasak. Kuih kita pun akan rasa lagi sedap dan yummy.

Guna Sarung Tangan Untuk Pegang Acuan

Dan diingatkan untuk anda berhati-hati masa nak keluarkan kuih yang dah masak daripada acuannya. Sebab acuan masih panas sebaiknya gunakan sarung tangan yang tahan panas atau kain yang tebal. Sekiranya anda nak pegang acuan untuk elakkan daripada tangan melecur.

Aspek keselamatan amat penting ketika nak memasak untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Pastikan juga anda sapukan sedikit minyak setiap kali sebelum tuangkan adunan pada acuan. Selain itu, untuk dapatkan perasa sedap yang asli dan warna hijau yang menarik pada kuih.

resepi-kuih-cara-manis-1 Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Lembut
tanny.io

Gunakan kisar beberapa helai daun pandan untuk dijadikan jus pandan. Seterusnya, adunan yang dikacau hingga sebati sebaiknya ditapis dahulu. Sebelum dituangkan ke dalam acuannya.

Ini untuk pastikan yang adunan tidak berketul dan hasilnya kuih cantik, kemas dan lembut. Resepi ni sangat mudah untuk yang baru belajar nak masak atau tidak tahu sukatan bahan. Sebabnya resepi ini menggunakan sukatan cawan yang dijamin memudahkan anda nak anggarkan penggunaan bahan.

Kuih ni rasa manis tapi kalau anda tak sukakan kuih yang terlalu manis. Anda boleh kurangkan penggunaan gula pada inti. Semuanya terpulang kepada citarasa masing-masing yer.

resepi-kuih-cara-manis-1 Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Lembut
pixabay.com

Kalau nak tahu samaada kuih dah masak atau belum senang sahaja. Caranya, jika kesan tepung dah hilang pada permukaan kuih maknanya kuih dah masak dengan sempurna. Untuk yang tiada masa nak masak dan nakkan cara yang cepat.

Jangan risau. Anda boleh kisarkan semua bahan menggunakan blender. Tapi pastikan anda tapis adunan selepas siap dikisar.

Senangkan sebenarnya nak buat kuih ni. Kalau anda rasa ianya susah atau renyah mungkin anda belum cuba buatnya lagi. Ataupun anda tidak menggunakan cara yang betul semasa membuatnya.

resepi-kuih-cara-manis-1 Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Lembut
infopelajar2u.com

Tapi anda kena ingat yang memasak ni bukannya belajar terus pandai. Anda kena praktisnya setiap hari dan belajar daripada kesilapan. Jangan mudah putus asa dan terus positif pada diri yang anda boleh buat.

Fikir dengan logik jer. Kalau orang lain boleh buat takkan la anda tak boleh kan. Setiap orang mempunyai kelebihan yang berbeza. Mungkin dia jenis yang cepat belajar dan boleh buatnya dengan sekali masak jer.

Dan mungkin kita jenis yang kena buat berkali-kali dan kaji apa kelemahan dan kekuatan masakan kita. Betul tak. So, cheer up and do not give up. Buang jauh-jauh toxic people and negative thinking in our mind.

resepi-kuih-cara-manis-1 Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Lembut
siakapkeli.my

Baru la anda akan temui kejayaan yang anda impikan selama ini. Jangan salahkan diri sendiri jika anda berdepan kegagalan semasa memasak untuk kali pertama. Kegagalan merupakan perkara biasa yag kita perlu hadapi semasa proses pembelajaran.

Kalau tak berdepan dengan kegagalan pasti anda takkan temui kejayaan. Perghh, dah macam pakar motivasi dah ni. Haa sebelum saya bertukar passion kejap lagi.

Sebaiknya, saya berhenti kat sini jer haha. Tapi apa yang saya katakan adalah realiti. Bukannya fantasi atau hayalan semata-mata.

So, tepuk dada tanya pendapat masing-masing. I do not force anyone to accept what have said earlier. Because you yourselves know it better than me.

Tak salah rasa sedih sebab gagal tapi belajar untuk bangkit. Kenangan lama jangan dihapuskan daripada ingatan. Tapi jadikan ia pengajaran untuk kita tak ulang kesilapan yang sama.

Haa macam tu juga la dalam kita memasak ni. Jika kita buat sesuatu kesilapan yang tidak dapat dielakkan. Jangan risau.

Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk kita berjaya pada masa akan datang. Sedangkan orang-orang yang hebat seperti Albert Einstein, Bill Gates dan Mark Zuckerberg pernah gagal. Akhirnya, mereka berjaya bangkit daripada kegagalan mereka dan berjaya seperti orang lain.

Jadi, jangan putus asa untuk memasak kalau kita pernah gagal sekalipun tau. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi kuih cara manis. Memang teksturnya lembut dan cair di mulut bila dikunyah.

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih ini.

 

Resepi Kuih Cara Manis

-2 cawan tepung gandum
-3 cawan santan
-2 biji telur
-3 helai daun pandan dikisar dengan sedikit santan dan tapiskan
-1/2 sudu kecil garam
-sedikit pewarna hijau

*gula secukupnya untuk inti

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan bahan-bahan di atas kecuali gula ke dalam blender atau whisk biar sebati. Bila dah siap blender@whisk tapiskan adunan untuk elakkan daripada berketul.
  2. Kemudian, acuan kuih cara dipanaskan untuk seketika. Bila acuan dah panas pastikan anda kecilkan api sedikit. 
  3. Sapukan sedikit minyak pada acuan menggunakan daun pandan yang dilipat serta diikat kemas. Isi adunan yang ditapis ke dalam kole/bekas yang bermuncung untuk mudahkan semasa nak dituangkan.
  4. Kemudian, adunan dituangkan ke dalam acuan. Letakkan gula sebanyak 1/2 sudu di tengah-tengah bahagian kuih.
  5. Acuan ditutup menggunakan tudung periuk selama 4 minit untuk membolehkan kuih masak dengan sempurna. Bila tepung dah tidak kelihatan pada kuih serta kuih tidak melekat pada acuan.
  6. Angkat kemudian lekatkan dua bahagian kuih menjadi satu. Ulang proses di atas hingga adunan habis. Pastikan sapu sedikit minyak pada acuan sebelum tuangkan adunan.
  7. Siap untuk dihidangkan bersama minuman kegemaran anda.

resepi-kuih-cara-manis-1 Resepi Kuih Cara Manis Sukatan Cawan Yang Mudah Dan Lembut

Selamat mencuba. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda yer