Bestnya kalau dapat makan resepi kuih lapis sedap dan mudah untuk juadah makan petang. Lagi menarik nak makan bila kuih tersebut cantik dan warna warni seindah pelangi. Ditambah pula kuih ni sangat mudah untuk disediakan kerana menggunakan sukatan cawan.
Sesiapa yang baru nak cuba buat resepi ni tak perlu nak risau jika kuih tak menjadi. Gerenti kuih nanti akan sedap dan menarik serta warnanya seindah pelangi. Hehehe gerenti semua akan sukakan kuih ni.
Kalau dulu kita suka beli jer kuih kat kedai. Apa kata kali ni kita semua belajar membuat sendiri resepi kuih lapis sedap? Tak salah kalau kita mencuba kan?
![[Tags] resepi-kuih-lapis-sedap-2 Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Mudah Menggunakan Sukatan Cawan. Seindah Pelangi.](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-kuih-lapis-sedap-2.jpg)
Kalau takut nak mencuba kita takkan tahu kemampuan diri kita. So, let’s do it. Ala untuk first try biasa la kita akan gagal dulu. Tapi kuncinya kita kena bangkit daripada kegagalan dan belajar daripada kesilapan lalu.
Contoh kalau dulu masak resepi kuih lapis ni rasanya kurang enak. Kita cuba la kaji atau tanya dengan orang lagi berpengalaman. Apa yang kita perlu perbaiki lagi.
Jangan putus asa tau. Pada kali ni ingin saya kongsikan cara memilih tepung beras yang sesuai supaya kuih menjadi. Pemilihan tepung beras pun penting supaya kuih kita nanti menjadi berkilat, cantik dan lembut.
Cara Memilih Tepung Beras Yang Sesuai Supaya Kuih Menjadi
Nak membuat resepi kuih lapis sedap bahan utamanya sudah semestinya tepung beras. Kalau dulu bila nak beli tepung beras. Kita hanya tengok kat label tu tulis tepung beras dan nampak cap gajah.
Kita pun main rembat beli jer kan hehe. Tapi sebenarnya ada cara memilih tepung beras yang sesuai supaya kuih menjadi. Kalau dulu kita tertanya-tanya juga kenapa kuih tak mejadi.
Rupa-rupanya kita perlu pilih tepung beras yang sesuai baru la menjadi kuih. Jom kita ketahuinya dengan lebih lanjut. Tahukan kita yang tepung beras yang dijual di kedai ada beberapa jenis?
Jenis Tepung Beras
Ehh ye ke? Huhu patut la sebelum ni buat kuih tak menjadi. Tepung beras biasa diimport daripada negara Thailand.
Memang lambang pada tepung beras tu gajah kan? Tapi perasan tak bilangan gajah pada setiap tepung beras adalah berbeza? Mesti ada yang perasan dan ada yang tak kan?
Selain itu, ada juga tepung beras yang ada gambar teratai. Jenis ni pun berbeza tau. Senang cerita, setiap tepung beras tu ada kegunaan yang tersendiri.
Owhh macam tu.. Kalau sesiapa yang baru tahu hari ni. Tiada masalah pun yer.
Biasa la selagi kita hidup kita akan selalu belajar benda baru.
-
Tepung Beras Cap 1 Gajah
![[Tags] resepi-kuih-lapis-sedap-2 Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Mudah Menggunakan Sukatan Cawan. Seindah Pelangi.](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-kuih-lapis-sedap-4.jpg)
Bila kita nak beli cuba perhatikan tepung beras tu berapa bilangan gajah padanya. Jika tepung beras cap 1 Gajah. Ia amat sesuai untuk dibuat adunan untuk goreng pisang, ikan celup tepung dan sebagainya.
Tepung beras ni juga sesuai untuk dibuat adunan untuk goreng cempedak, keledek dan rempeyek. Senang cerita gerenti sedap dan menjadi masakan kita kalau guna tepung beras jenis ni.
-
Tepung Beras Cap 3 Gajah
![[Tags] resepi-kuih-lapis-sedap-2 Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Mudah Menggunakan Sukatan Cawan. Seindah Pelangi.](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-kuih-lapis-sedap-5.jpg)
-
Tepung Beras Cap 5 Gajah
Kalau tepung beras jenis cap 5 Gajah. Ia amat sesuai untuk dibuat mee laksa dan pelbagai jenis mee lain. Kalau kat kedai yang jual mee mereka biasa gunakan tepung beras cap 5 Gajah.
![[Tags] resepi-kuih-lapis-sedap-2 Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Mudah Menggunakan Sukatan Cawan. Seindah Pelangi.](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-kuih-lapis-sedap-6.jpg)
Alasannya kerana tepung beras jenis cap ni akan menjadikan tekstur mee lagi kental. Lepas ni kalau nak masak resepi mee, boleh la guna tepung beras cap 5 Gajah. Pasti rasa mee lagi sedap dan teksturnya pun kental.
-
Tepung Beras Cap Teratai
Kalau tepung beras cap teratai anda semua mesti biasa lihat kat kedai kan? Biasa tepung beras jenis ni amat sesuai untuk dibuat adunan rempeyek serta apam. Kalau kita buat rempeyek atau tumpi menggunakan tepung beras cap teratai.
Rempeyek dan tumpi kacang hijau akan lagi rangup dan enak dimakan. Mmm memang sedap sangat. Jadi pilih la tepung beras yang sesuai untuk masakan kita.
![[Tags] resepi-kuih-lapis-sedap-2 Resepi Kuih Lapis Sedap Dan Mudah Menggunakan Sukatan Cawan. Seindah Pelangi.](https://kitpramenulis.com/wp-content/uploads/2020/07/resepi-kuih-lapis-sedap-7.jpg)
Kalau dulu kita tak tahu tiada masalah. Kan sekarang kita dah tahu? Lepas ni gerenti kalau kita gunakan tepung beras yang sesuai.
Kuih kita akan lebih menjadi serta rasanya lagi sedap. Semoga perkongsian mengenai cara memilih tepung beras yang sesuai supaya kuih menjadi. Pada kali ini, dapat memberikan manfaat buat kita semua.
Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi kuih lapis sedap untuk kita cuba. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi dengan kami. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih?
Resepi Kuih Lapis Anti Gagal
Cara Penyediaan:
- Satukan semua bahan kecuali pewarna. Kacau sebati dan tapiskan.
- Bahagikan kepada beberapa warna. Kemudian, oleskan acuan dengan minyak.
- Panaskan kukusan. Kukus lapisan pertama selama 5minit(api besar).
- Ulang langkah hingga adunan habis.
- Lapisan akhir kukus lagi 15 hingga 20 minit.
- Sejukkan baru potong.
Selamat mencuba resepi ni di rumah. Good luck guys. Believe yourself that you can do it.