Resepi Laici Kang Sedap

Tercari-cari minuman yang sedap dan boleh menyejukkan badan? Resepi laici kang penyelesaiaanya. Betul ke sedap?

Wuishh namanya pun dah sedap. Takkan la rasanya tak sedap kan? Sesiapa yang belum cuba mesti cuba minuman ini ya. Jika dah rasa maunya tak mengigau nakkan minuman ni setiap hari haha.

Ruginya kalau kita tak cuba minuman laici kang ni. Sebab rasanya sedap dan mampu menyejukkan tubuh kita tau. Sesiapa yang badannya tak bermaya dan lesu boleh amalkan minuman ini.

resepi-laici-kang-1040x730 Resepi Laici Kang Sedap Sangat.Sejuk Badan Tau

Betul ke apa yang saya cakap ni? Ya Allah betul la. Tak tipu, tipu kan berdosa. Betul tak? Ehh anda semua kena cuba baru la tahu nikmatnya minuman ni.

Mesti semua tertanya-tanya macam mana saya dapat idea nak buat laici kang kan? Hahaha sebenarnya kawan sekerja saya yang jual. Lepas tu dia la yang promote kat saya suruh try.

Sebab dia tahu saya suka cuba masakan baru. Jadi, dia syorkan kepada saya untuk mencuba resepi ini. Lagi pun minuman laici kang ni banyak khasiatnya.

Kebaikan Minuman Laici Kang Kepada Kita

Ehh betul ke? Laa anda tak tahu ke banyak kebaikan minum minuman ini? Ok meh saya nak kongsi sikit apa khasiatnya.

Pertama, minuman laici kang ni bagus untuk wanita tau. Ianya membantu memperbanyakkan susu badan kaum wanita. Jadi ibu muda yang ada masalah susu badan yang sikit boleh la amalkan minuman ini.

Selain itu, minuman ini juga mengandungi kurma merah. Haa mesti ada diantara kita yang tak pernah dengar tentang kurma merah kan? Haa mai nak cerita sikit tentang khasiat kurma merah ni.

Laici Kang Pun Bantu Imun Badan Tau

Ianya berkhasiat untuk mencegah osteoporosis dan anemia, membantutkan sel kanser, meningkatkan imun badan dan sebagainya. Ehh kalau nak cerita satu- satu tentang kebaikan kurma merah ni sampai esok pun tak habis.

Kalau nak tahu kurma merah ni famous di kalangan masyarakat cina. Kalau famous mesti ada sebabnya kan? Kalau tak kenapa nak famous.

Kurma merah mengandungi vitamin C yang tinggi sehingga 70-80 kali berbanding anggur dan epal. Tu baru cerita tentang kurma merah. Tak cerita lagi tentang khasiat bahan-bahannya yang lain.

resepi-laici-kang-1040x730 Resepi Laici Kang Sedap Sangat.Sejuk Badan Tau

Maunya sampai esok la tak habis. Jadi anda semua google la sendiri akan kebaikannya kalau tak percaya. Apa kebaikan longan, kembang semangkuk, kismis dan sebagainya.

Saya beli satu paket jenama tihani cikang harganya RM13 sahaja. Harganya sangat berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki. Memang padan la dengan khasiatnya yang tak habis untuk saya ceritakan sampai esok.

Menyesal tau tak cuba beli dan buat sendiri. Lagipun minuman laici kang ni boleh di minum ketika panas dan sejuk tau. Jadi kita boleh bancuh minuman ni ikut kesukaan kita sendiri.

resepi-laici-kang-1040x730 Resepi Laici Kang Sedap Sangat.Sejuk Badan Tau

Bestnya. Mana nak dapat kalau kat lain kan? Dengan harga yang mampu milik lepas tu boleh diminum ketika panas atau sejuk.

Yer la kan namanya pun boleh sejukkan badan. Jadi, saya syorkan anda buat air ni lepas tu letak dalam peti ais siap-siap. Nanti kalau nak minum tinggal teguk sahaja.

Senang bukan? Lepas tu kalau nak minuman kita lagi sedap tambah nata de coco, puding berperisa buah dan sebagainya. Nanti ianya lebih menarik dan enak untuk diminum seisi keluarga.

resepi-laici-kang-1040x730 Resepi Laici Kang Sedap Sangat.Sejuk Badan Tau

Saya dah cuba dan sememangnya enak dan menyejukkan badan kita. Elok la kalau para isteri hidangkan minuman ini kepada suami yang baru balik kerja. Baru la suami lagi sayang.

Kalau yang bujang macam saya ni takpe kita hidangkan minuman ni untuk ibu dan ayah. Haa tak perlu sedih-sedih. Single ni bukannya perkara yang tak best.

Best Jadi Single Ni Tau

Sebenarnya, best tau jadi single boleh pergi ke mana sahaja sebab tiada komitmen. Enjoy dengan kawan dan family. Haa kalau dah berumah tangga nanti dah kurang dah masa nak buat benda macam tu.

So, masa single ni la kita pulun biar habis buat aktiviti yang kita suka. Contoh kalau saya suka melancong, jadi saya bebas melancong ke mana sahaja saya suka.

Saya dah tak sabar ni nak kongsikan bahan untuk membuat laici kang. Jom kita intai apa bahan-bahan yang diperlukan?

Resepi Laici Kang

Bahan-bahan:

  • 1 paket tihani cikang- mengandungi longan, kembang semangkuk, kurma merah, white fungus, biji selasih, kismis, kacang shandong, gula batu, gula kundur dan gula melaka
  • air secukupnya
  • 1 helai daun pandan- jika nak lebih wangi
  • laici, nata de coco, puding perasa buah-buahan- masukkan jika anda suka

Cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk. Masukkan air secukupnya. Kemudian, masukkan gula melaka dan longan. Biarkan seketika biar gula melaka cair.
  2. Kemudian masukkan semua bahan dalam paketĀ  kecuali kacang shandong dan kismis. Dan masukkan daun pandan (jika suka).
  3. Bila semua bahan mendidih, tutup api dan taburkan kacang shandong dan kismis.
  4. Angkat dan tuangkan ke dalam gelas atau mangkuk.
  5. Jika ingin dihidangkan sejuk, tuang laici kang ke dalam ais dan masukkan hiasan tambahan seperti laici, nata de coco dan puding berperisa buah. Dan jika ingin diminum ketika panas tuangkan ke dalam cawan dan hirup perlahan.

 

Selamat mencuba. Nikmati laici kang ini samaada dihidangkan ketika panas atau sejuk mengikut kesukaan anda. Semoga sedikit perkongsian ini memberikan manfaat untuk kita semua. Jangan lupa untuk like dan subscribe video masakan di channel bujang masak. Paling penting sekali, kongsikan resepi ini kepada yang tersayang.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.