Bila saya sebut resepi lontong. Mesti semua akan terbayangkan nasi impit, sambal ikan bilis dan kuah lodeh yang enak lagi menyelerakan. Juadah ini memang menjadi kegemaran seisi keluarga saya untuk sarapan.
Ramai yang menggemari juadah ni. Tapi bila bab nak masak ramai yang kata malas sebab ia sedikit rumit. Memasak kalau tiada minat dan takde usaha nak belajar memang terasa sedikit rumit.
Tapi kalau kita ikut cara dan teknik yang betul maka semuanya akan jadi mudah. Sampai bila nak bagi alasan rumit kan. Kena la belajar slow-slow nanti lama kelamaan akan expert la memasak.
Setelah cuba sendiri baru laa saya tahu kenapa ramai yang menyukainya. Memang orang kata berbaloi sangat bila dah cuba sendiri. Sebab ramai yang bertanyakan resepi lontong jadi saya akan kongsikan hari ni.
Kalau anda tak cuba sendiri memang rugi giler. Yer laa siapa jer yang nak tolak benda yang best kan. Lagi-lagi kalau bab makan aishh ruginya kalau lepaskan peluang keemasan ni.
Lagipun resepi ini sesuai dimakan bila-bila masa sahaja yang kita suka. Selain dimakan ketika sarapan pagi. Ada jer antara kita yang jadikan ia sebagai juadah ketika musim perayaan aumm enaknya.
Juadah ini menjadi permintaan semua tidak kira lapisan umur. Yer la macam mana tak digemari semua jika ianya enak kan.
Mesti ada yang pelik kenapa nama juadah resepi lontong tapi ramai yang gunakan nasi impit. Sebenarnya ramai yang beranggapan proses nak membuat lontong rumit. Jadi, mereka menggunakan nasi impit untuk menggantikan lontong.
Lontong dihasilkan bila beras dibalut menggunakan daun pisang kemudian dikukus hingga masak sempurna. Bila dah masak, rupa lontong akan kelihatan seakan-akan nasi impit. Dan juadah ini sangat popular di Malaysia dan Indonesia.
Cara Masak Resepi Lontong yang Tahan Lama dan Tak Mudah Basi
Ramai yang merungut macam mana nak masak biar resepi lontong tahan lama dan tak cepat basi. Jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian.
Jadi tak perlu nak risau ke apa. InshaAllah kalau ikut tips yang saya akan kongsikan ni. Anda akan dapat hasilkan kuah lontong yang tahan lama.
-
Masak Biar Sesuai Untuk Waktu Nak Makan
Pertama, kalau nak makan untuk waktu pagi sebaiknya masak ia pada waktu subuh atau waktu pagi. Ehh kenapa pula tak sediakan pada waktu malam kan? Tak kalut sikit lagipun pagi tu boleh makan terus.
Haa sebabnya proses penyediaan juadah ni tak memakan masa yang lama. Jadi, kalau kita masak ia pada waktu malam lagi nanti mudah la basi. Kalau nak cepat pada sebelah malam anda boleh potong siap-siap bahan-bahannya.
Nanti waktu pagi nak masak takde la kalut sangat. Hanya perlu campak-campak sahaja semudah ABC. Maka siap la resepi lontong kita.
-
Reneh Kuah Dalam Tempoh Yang Lama
Selain itu, kita perlu renehkan kuah biarkan lama agar bahan kisar masak dengan sempurna. Kalau bahan kisar tak dimasak dengan sempurna nanti akan berlaku kes cirit birit. Haa nanti siapa juga yang susah?
Kita juga yang susah kan. Jadi masak la dengan penuh kasih sayang dan teliti agar juadah yang kita masak sedap dan menyihatkan. Bila bahan kisar kita dah masak dengan sempurna.
Nanti kita boleh la masukkan bahan-bahan lain seperti sayur-sayuran. Fuhh nanti rasanya akan lagi umphh tau. Kalau anda nak kuah lodeh lagi tahan lama.
-
Asingkan Santan Dan Sayur Ketika Memasak
Saya syorkan kepada anda semasa nak masak kuah lodeh. Asingkan santan dan sayur ketika memasak. Caranya, didihkan sayur sahaja tanpa anda masukkan santan.
Nanti bila nak makan, masak semula bahan yang didihkan tadi bersama dengan santan. Nanti perasakan sahaja seperti biasa kuah lodeh dengan gula dan garam secukupnya. Bila nak makan nanti rasa kuah lodeh kita akan lebih segar dan sedap.
Kalau tak percaya juga boleh la cuba sendiri. Sebab kebiasaannya, kita takkan mudah percaya kalau tak cuba sendiri. Haa nanti cuba yer kalau tak rugi besar anda semua.
Yer la rugi besar. Sebab tak sempat nak rasa juadah yang setiap hari makin meniti dari bibir ke bibir. Kalau nak bagi kuah lodeh lagi sedap dan kaw.
Anda mesti guna kunyit hidup dalam kuah lodeh kerana ia akan menambahkan lagi keenakan kuah. Memang mereciks sungguh rasa kuah lodeh. Dengan rasa sedikit berlemak ditambah dengan aroma dan rasa yang sungguh menggiurkan.
Aumm. Enak sungguh. Terima kasih kepada Cik Raja Amanina di atas perkongsian resepi lontong.
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk mula memasak juadah ini?
Resepi Lontong
*Kuah Lontong@Lodeh*
Bahan kisar:
-2 biji bawang besar
-2 ulas bawang putih
-kunyit hidup
-2 sudu besar udang kering
-sedikit belacan
-halia 1 hiris
-lengkuas 1 hiris
**kisar hingga halus bahan di atas
-serai 2 batang diketuk
-santan secukupnya
-asam keping 1 keping
-gula@garam secukup rasa
Bahan-bahan yang diperlukan.
Lauk@Sayur
-udang segar
-tauhu
-tempe
-suhun@fucuk
-sengkuang
–carrot
-kacang peas@buncis
Bahan-bahan yang diperlukan.
Cara Penyediaan:
- Masukkan minyak dalam periuk dan biarkan hingga panas seketika. Masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis hingga naik bau dan masak sempurna.
- Tuangkan santan. Kemudian masukkan serai dan asam keping. Pastikan anda kacau dengan kerap supaya santan tidak pecah minyak.
- Bila kuah dah nak mendidih tambahkan udang basah, carrot, sengkuang, suhun, kacang peas, tauhu, tempe. Kemudian, letakkan gula dan garam secukupnya. Kacau seketika biar semua bahan sebati.
- Biarkan kuah mendidih dan masak dengan sempurna. Angkat dan hidangkan.
Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan-bahan:
*sambal nak sedap saya xletak bawang putih
-bawang besar 2@3biji
-bawang merah 5@6ulas
-cili kering 2 genggam direbus
-cili merah besar 2,3 biji
-sedikit belacan
-sedikit asam jawa
-gula
-garam
Cara Penyediaan:
- Masukkan bawang merah, bawang besar, cili kering, cili merah dan belacan di dalam mesin pengisar. Kisar hingga halus.
- Panaskan minyak kemudian masukkan bahan kisar serta tumis hingga betul-betul pecah minyak.
- Tambahkan air asam jawa. Letakkan gula dan garam secukupnya. Kacau biar sebati. Kemudian masukkan ikan bilis.
- Kacau hingga semua bahan masak dengan sempurna. Tutup api. Angkat dan hidangkan bersama lontong dan kuah lodeh.
Semoga sedikit perkongsian ini memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda dan orang tersayang. Selamat mencuba.
Do not give up. Always remember that we must learn from our mistake. Then, find way to overcome the mistake that has happenend before this.
In order to make sure it is not happen again.
? Jom join link Telegram dibawah ini..
? Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.
? Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com
? Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.
+6011-13141039