cara memilih udang di pasar

Rasa rindu nak makan resepi masak lemak udang bersama pucuk ubi yang mak masak? Dah tak perlu sedih-sedih lagi sebab kali ni saya akan kongsikan resepinya untuk anda semua. Menu ni memang sesuai sangat dengan selera orang Melayu.

Setiap kali makan menu ni pasti akan terimbau nostalgia dulu-dulu. Fuhh makan bersama keluarga di luar rumah bersama angin sempoi-sempoi bahasa. Rindunya lahai pada zaman kecil dulu-dulu.

Sekarang ni susah sikit nak makan sama-sama. Yer la disebabkan negara kita dilanda ujian COVID 19. Maka kita kena patuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) bagi memastikan kita semua dapat putuskan rantaian jangkitan.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-2 Resepi Masak Lemak Udang Bersama Pucuk Ubi. Sesuai Dengan Selera Melayu
astroawani.com

Memang rasa berat ujian ni. Tapi kita kena ingat yang Allah SWT takkan uji melebihi kemampuan kita. Bila kita letakkan mindset begitu maka hati kita akan jadi lapang untuk terima segala ujian ni.

Berbalik kepada resepi masak lemak udang bersama pucuk ubi. Saya kongsikan reseppi sebab rasa mengidam pula nak makan hehe. Yer la nak tunggu habis tempoh PKP kita tak tahu bila kan.

Jadi apa salahnya kalau kita belajar masak sendiri dan tak perlu tunggu mak masakkan. Nanti bila dah balik kampung kita boleh tolong masakkan untuk keluarga tersayang pula. Begitu la proses dalam kehidupan kita.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-2 Resepi Masak Lemak Udang Bersama Pucuk Ubi. Sesuai Dengan Selera Melayu
keluarga.my

Mula-mula kita tak tahu. Selepas kita belajar maka kita makin tahu. Hehehe betul tak? Jadi ringankan tulang anda semua untuk belajar memasak tau.

Lepas ni kalau rasa nak makan jer. Dah tak perlu pergi beli atau makan di kedai. Terus ke dapur dan masak jer.

Resepi masak lemak udang bersama pucuk ubi menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Sebab apa? Haa betul tu kerana ianya sesuai dengan selera kita terutamanya tekak orang Melayu.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-2 Resepi Masak Lemak Udang Bersama Pucuk Ubi. Sesuai Dengan Selera Melayu

Pi mana pun menu ni akan sentiasa meniti di bibir para penggemarnya. Biar la kita dihidangkan dengan makanan western sekalipun. Tapi jika dibandingkan dengan menu ni perghhh memang kalah western tu.

Resepi masak lemak udang bersama pucuk ubi sesuai dimakan bersama nasi putih. Perghh bestnya kalau hirup kuah masak lemak udang yang kaww tu. Mesti ada yang dah telan air liur tu kan?

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-2 Resepi Masak Lemak Udang Bersama Pucuk Ubi. Sesuai Dengan Selera Melayu
clipartstation.com

Hehehe sabar-sabar kejap lagi kita masak tau. Sekarang jom kita belajar dulu cara memilih udang di pasar. Nanti bila nak pergi beli dah tak perlu terkebil-kebil mata tu nak pilih.

Cara Memilih Udang Di Pasar

Rasa udang yang segar memang sangat manis dan sedap. Memang sesuai sangat udang yang segar untuk memasak resepi masak lemak udang bersama pucuk ubi. Jadi amat penting untuk kita semua pelajari cara memilih udang di pasar.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-2 Resepi Masak Lemak Udang Bersama Pucuk Ubi. Sesuai Dengan Selera Melayu
timeout.com
  • Pastikan Udang Masih Segar

Nak tahu udang yang masih segar senang jer. Anda kena pastikan bila anda hidu udang tidak berbau busuk atau hanyir. Kalau udang dah berbau busuk dan hanyir itu tandanya udang dah tak segar.

Udang yang masih segar biasanya tidak berbau busuk ataupun hanyir. Kita nak pilih udang segar adalah untuk memastikan rasa masakan kita lagi sedap. Udang yang segar mempengaruhi rasa masakan kita nanti.

  • Periksa Tekstur Udang

Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak periksa tekstur udang kan? Caranya ialah dengan anda picit sikit udang tersebut. Tujuannya untuk memastikan udang masih keras, tegap, pejal dan tidak berlendir.

Kalau ada ciri-ciri seperti di atas maka udang tersebut masih segar. Kalau masa anda pegang dan picit sedikit udang. Anda rasa ianya lembik, berlendir serta bahagian kepala dan badan dah terpisah.

Maka udang tersebut sudah lama atau tidak segar.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-2 Resepi Masak Lemak Udang Bersama Pucuk Ubi. Sesuai Dengan Selera Melayu
shopee.com.my
  • Perhatikan Udang Yang Tidak Berpisah Bahagian Kepala Dan Badannya

Rasa-rasanya cara ni paling senang tau. Anda hanya perlu perhatikan udang yang tidak berpisah bahagian kepala dengan badannya. Maka itu tandanya udang tersebut masih segar.

Sebaik-baiknya elakkan daripada membeli udang yang bahagian kepada dan badannya terpisah. Kemungkinan udang tersebut tidal lagi segar atau sudah lama.

  • Perhatikan Warna Udang

Udang yang masih segar warnya cerah atau putih coklat. Berbeza dengan udang tidak segar warnanya kekuningan, kemerahan atau biru. Jadi sebaiknya anda jangan beli udang yang tidak segar atau sudah lama.

  • Bau Udang

Udang yang masih segar akan ada bau khas laut. Berbeza dengan udang yang tidak segar yang akan berbau hanyir dan busuk. Jadi sebagai pengguna yang bijak.

Anda kena gunakan deria yang anda ada sebaik-baiknya. Lepas ni anda dah tak perlu pening-pening untuk memilih udang di pasar.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi masak lemak udang bersama pucuk ubi. Semoga perkongsian resepi ini memberi manfaat kepada anda semua.

 

Resepi Masak Lemak Udang&Pucuk Ubi

Bahan-bahan:
10-20 ekor udang
2 genggam pucuk ubi(dicelur)
3 inci kunyit hidup
1 kotak kecil santan
8 biji cili padi
1 biji bawang merah
2 batang serai diketuk
1 keping asam keping
Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kisar kunyit hidup, cili padi dan bawang hingga halus.
  2. Satukan bahan kisar di dalam periuk dan masukkan santan, asam keping dan serai.
  3. Masak hingga mendidih. Kemudian, masukkan udang dan pucuk ubi.
  4. Perasakan gula garam.
  5. Siap untuk dihidangkan.

resepi-masak-lemak-udang-bersama-pucuk-ubi-2 Resepi Masak Lemak Udang Bersama Pucuk Ubi. Sesuai Dengan Selera Melayu

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Selamat mencuba.

? Jom join link Telegram dibawah ini..

 


? Jangan lupa like dan share page Kitpramenulis di FB yea.

? Jangan lupa dapatkan lembaran kerja di website kami kitpramenulis.com

? Cikgu-cikgu ada permintaan lembaran kerja dan cadangan? Wasap kami dibawah.

+6011-13141039

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.