resepi mee bandung 1

Minggu lepas sembang dengan kawan tentang resepi mee bandung. Ada salah seorang dari kami ingatkan juadah ini berasal daripada Bandung, Indonesia. Sebabkan nama juadah ni sama dengan tempat kat Indonesia.

Tapi ramai tak tahu yang mee bandung atau mi bandung ni adalah juadah popular dari Muar, Johor. Tapi kenapa diberi nama ‘bandung’ bukannya ‘muar’? Kalau nak tahu ‘bandung’ bukannya nama tempat tapi memberi makna ‘berkembar’, ‘berpasangan’ dan ‘berganda’.

Kalau sesiapa pernah makan mee bandung mesti mereka faham kenapa ia digelar begitu. Sebabnya dulu juadah ini merupakan masakan ‘berkembar’ antara mee dan telur. Seiring dengan peredaran waktu ia dimasak dengan pelbagai jenis bahan lain seperti udang dan daging.

resepi-mee-bandung-1 Resepi Mee Bandung Mudah Dan Sedap Untuk Dimakan Sambil Berborak Dengan Jiran

Dan seperti yang semua sedia maklum kalau nak cuba mee bandung untuk pertama kali. Saya syorkan untuk anda semua cuba mee bandung muar yang memang rasa kuahnya begitu pyorr dan sedap. Tapi pada kali ni saya akan kongsikan resepi mee bandung yang bukan dari Muar yer.

Tapi jangan kecewa sebab kalau ada masa nanti saya akan kongsikan resepi dari Muar ok. Saya pernah cuba mee bandung Muar dan betul apa yang orang kata. Rasanya berbeza dengan mee bandung yang pernah saya makan sebelum ni.

Tips dan Cara Memasak Mee Bandung Simple

  • Pekatkan Kuah Mee Bandung

Nak memasak mesti kena ada tips kan supaya masakan kita sedap dan kuahnya lebih kaw. Antara tips yang saya nak kongsikan ialah cara nak pekatkan kuah resepi mee bandung. Caranya rebus ubi keledek oren dan kisar biar hancur.

Kemudian, masukkan dalam kuah dan kacau biar sebati. Jangan terkejut nanti kerana aroma kuah kita ada berbau sedap dan menggiurkan. Kalau susah nak cari ubi keledek boleh jer guna tepung jagung untuk pekatkan sedikit kuah mee bandung.

Tapi ada juga sesetengah orang ajar kalau nak pekatkan kuah kena blendkan biskut marie. Siapa pernah cuba pasti akan tahu rasanya macam mana. Tapi saya tak pernah cubanya lagi.

Satu lagi cara untuk bagi kuah rasa sedikit pekat ialah daging direbus dengan kiub ayam. Boleh la cuba mana-mana cara yang menepati citarasa anda. Belum cuba belum tahu.

resepi-mee-bandung-1 Resepi Mee Bandung Mudah Dan Sedap Untuk Dimakan Sambil Berborak Dengan Jiran
anitanet.staff.ipb.ac.id

Jadi kena try and error baru la tahu cara mana yang sesuai dengan citarasa kita. Nanti confirm resepi mee bandung kita akan jadi sedap dan kuahnya lagi kaw. Aumm.

Dah berhari-hari kempunan nak makan juadah ni. Lepas singgah satu kedai mee bandung hari tu hati dah terpikat dengan keenakannya. Lepas tu kalau nak singgah kedai tu mesti ada jer benda yang menghalang.

Busy, tiada masa dan penat selalu tu jer alasan yang menghalang saya. Jadi sempena hujung minggu dengan mode santai saya nak cuba masak juadah ni. Yer la kalau sering makan kat luar nanti pokai juga biarpun hidup bujang.

resepi-mee-bandung-1 Resepi Mee Bandung Mudah Dan Sedap Untuk Dimakan Sambil Berborak Dengan Jiran
facebook.com

Sebab duit gaji kita ni bukannya nak dihabiskan untuk makan di luar sahaja. Kena bayar itu ini dan akhirnya tinggal sikit jer untuk berbelanja. Jadi kita kena bijak uruskan kewangan agar hujung bulan takde la asyik kena makan maggi jer.

Walaupun perlu berjimat cermat tapi kita jangan skip makan makanan yang berkhasiat tau. Because we are what we are. If we want to stay healthy we must eat something that healthy.

Selain makan sihat kita kena amalkan gaya hidup yang sihat barulah complete semua aspek. Terima kasih Cik Puan Julieta yang sudi sumbangkan resepi mee bandung untuk kita cuba bersama. Meh kita tengok bahan yang diperlukan untuk memasak?

Resepi Mee Bandung

Bahan-bahan:

  • Sedikit isi ayam potong kecil
  • Sedikit daging potong nipis
  • Fish ball, fish cake
  • Tauge, sayur sawi, sayur lobak
  • 1½ senduk kecil sos tomato
  • 1 senduk kecil sos cili
  • 1 sdb kicap manis
  • 2 sdb cili kisar
  • 2 biji telur
  • 3 ulas bwg putih ketuk
  • Sedikit garam dan gula untuk seimbangkan rasa
  • Air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Kuali dipanaskan dengan menggunakan minyak kemudian bawang putih dimasukkan dan diumis hingga naik bau dan kekuningan. Kemudian, daging dimasukkan dan kacau seketika.
  2. Masukkan cili kisar dan kacau hingga terbit minyak. Tuangkan sedikit air lalu ayam, fish ball, fish cake, sos cili, sos tomato dan kicap dimasukkan. Kacau seketika biar rata dan masak hingga kuah mendidih.
  3. Letakkan garam dan gula secukupnya. Masukkan mee dan kacau biar sebati dengan kuah. Lalu masukkan sebiji telur dan biarkan tanpa perlu dikacau.
  4. Tambahkan sayur-sayuran yang dicuci bersih kemudian kacau kuah seketika. Bila semua bahan dan telur dah masak dengan sempurna tutup api.
  5. Angkat dan hidangkan untuk yang tersayang.

P/s: Portion resepi diatas untuk 2 orang makan sahaja.

resepi-mee-bandung-1 Resepi Mee Bandung Mudah Dan Sedap Untuk Dimakan Sambil Berborak Dengan Jiran

Semoga sedikit perkongsian ini mampu memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang. Selamat mencuba.

Kebahagian adalah pilihan, berbuat baik adalah pilihan, optimis adalah pilihan. Jadi, pilih la pilihan yang betul sebab apa yang kita pilih tu yang menjadikan kita pada hari ni. Sama juga dengan memasak, jika kita pilih untuk belajar dan tak putus asa untuk memasak.

Lama kelamaan kita akan berjaya untuk masak dengan baik. Sebab memasak ni perlukan ketekunan, kerajinan dan kesabaran. Fikir-fikirkan la yer.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.