Tengok bahan mentah dan mee masih banyak lalu terfikir nak masak resepi mee hailam. Nak makan nasi sebab hari-hari makan jadi dah bosan. Jadi kita masak sesuatu yang lain daripada menu kebiasaan.
Juadah pada kali ni sangat special kerana ianya akan dihidangkan untuk tetamu saya. Saya jer panggil kawan-kawan datang makan kat rumah. Sebab dah lama tak berkumpul sama-sama lepas semua dah bawa haluan hidup masing-masing.
Dah lama dah plan nak buat makan-makan tapi baru kali ni plan betul-betul menjadi. Rasa tak sabar pula nak masak dan bagi tetamu makan. Lagi pun nak tahu feedback daripada mereka macam mana rasa juadah ni.
Kalau ramai yang berpuas hati kita repeat buat selalu hehe. Anda semua beruntung kerana saya akan ajar cara membuat mee hailam mudah dan sedap. Dengan menggunakan resepi mee hailam ni pasti mudah dan sedap juadah yang dimasak.
Bagi yang tak pernah cuba juadah ni anda mesti rasa keenakan masakan ni sendiri. Memang kalau yang tak minat makan mee akan kata tak sedap. Tapi kalau anda cuba makan mee hailam ni pasti hati jadi tertawan dengan keenakannya.
Haa tak percaya cuba sendiri nanti tahu la langit tu tinggi ke rendah.
Tips memasak mee hailam mudah dan sedap
-
Guna Bahan Mentah Yang Segar
Yang pertama bahan mentah yang digunakan untuk memasak resepi mee hailam mesti fresh dan baru. Supaya rasa yang dihasilkan nanti sedap, fresh dan mengancam nafsu makan kita. Baru la umphh dan kaw rasanya tu.
-
Celur Mee Terlebih Dahulu
Selain itu, saya syorkan untuk anda celur terlebih dahulu mee sebelum dimakan. Baru la rasa kuah mee hailam dan mee akan bergabung lalu meletop bersama. Berbeza tau rasa mee yang tak celur dengan yang dicelur.
Mee yang dicelur terlebih dahulu lagi sedap daripada yang tak dicelur. Kalau sesiapa pernah makan kedua-dua jenis mee ni mesti akan tahu mana yang lagi sedap. Tapi bergantung kepada citarasa masing-masing sebab ada yang suka makan mee tanpa dicelur.
-
Lebihkan Sayur-Sayuran Di Dalam Masakan
Resepi mee hailam ni lagi sedap jika menggunakan sayur-sayuran yang banyak. Fuhh rasanya tu memang sedap sangat. Yer la mee, seafood, ayam dan sayur dimasukkan sekali.
Memang meletop kebabom la jawabnya. Kali ni saya masukkan sayur kegemaran saya iaitu sayur sawi, carrot dan bunga kubis. Sebenarnya nak letak cendawan butang sekali tapi tak perasan dah habis.
Jadi guna mana yang ada dalam peti ais jer la. Kalau untuk seafood saya memang suka masukkan udang dan sotong. Tapi kalau letak kupang dan kerang rasa mee hailam kita lagi umphh tau.
Hai tak mampu dah nak gambarkan dengan kata-kata sedapnya tu macam mana. Baik anda cuba jer sendiri baru la nanti akan tahu sendiri. Mesti nanti ada jer yang tambah berpinggan-pinggan.
Silap hari bulan siap mengigau lagi bayangkan keenakannya. Mana tahu ada yang sampai tahap tu mengidam nak makan. Sebab cara nak masaknya sungguh simple, cepat dan paling penting mesti la sedap kan.
Kalau tak mana mungkin jadi igauan makhluk-makhluk di bumi ni haha. Selalu ingat yang bila memasak kita jangan kedekut untuk lebihkan apa yang patut. Contohnya, sayur dan lauk seperti seafood dan ayam.
Sebab tu antara rahsia mee hailam kita masak lebih sedap. Lagipun disini ada cara membuat mee hailam guna udang dan sotong. Jadi boleh la gunakan resepi ni untuk memasak.
Terima kasih buat Cik Puan Julieta yang sudi kongsikan resepi mee hailam untuk kita cuba bersama. Tak sabar nak masak kan?
Jom kita usha bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nak tak?
Resepi Mee Hailam
Bahan-bahan:
- 5 ekor sotong
- 10 ekor udang
- 2 ketul isi ayam potong dadu
- 1 sdk minyak bijan
- ½ ketul pati kuib ayam
- ½ sdk lada hitam tumbuk kasar
- 3 sdb sos tiram
- 2 sdb kicap pekat
- 2 sdb tepung jagung bancuh dgn sedikit air
- 3 ulas bwg putih ketuk
- 2 biji bwg merah hiris
- 6 biji cili padi ketuk
- Kalau nak lagi pedas tambah 1 sdb cili kisar ( terpulang pada citarasa masing-masing)
- Garam
- Bunga kobis
- Putik jagung
- Sawi, carrot
Bahan hiasan:
- Daun sup, bwg goreng
Cara penyediaan:
- Kuali dipanaskan menggunakan minyak dan minyak bijan secukupnya. Bawang putih ditumis hingga keperangan. Kemudian, bawang merah, cili padi dan isi ayam dimasukkan satu persatu (jika nak masukkan daging pun boleh).
- Biarkan semua bahan separuh masak dengan kacau ia seketika. Tambahkan air secukupnya (mengikut banyak mana kuah yang anda suka, jika dimasukkan air yang digunakan untuk merebus daging rasanya akan lagi sedap dan manis).
- Kemudian, tambahkan lada hitam di dalam masakan. Masukkan sos tiram, kicap, pati kiub ayam, udang, sotong, carrot, bunga kobis, putik jagung. Kacau biar sebati dan biarkan hingga mendidih.
- Untuk pekatkan sedikit kuah mee hailam tambahkan tepung jagung. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali, masukkan sayur sawi yang dicuci bersih.
- Biarkan semua bahan masak dengan sempurna. Tutup api, angkat dan hidangkan bersama mee.
Semoga sedikit perkongsian yang diberikan dapat memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang. Selamat mencuba.