resepi nasi ayam 3

Sebut sahaja resepi nasi ayam pasti ramai yang jadi tak tentu arah kerana terbayangkan keenakannya. Walaupun proses penyediaannya sedikit rumit tapi bila tengok orang yang tersayang menikmatinya. Segala penat lelah untuk menyediakan juadah ni terus hilang.

Tak rugi kalau masak sendiri juadah ini kerana diminati oleh semua lapisan umur.  Tidak kira tua ataupun muda. Rata-ratanya pasti meminati juadah ini.

Nasi ayam bukan sahaja sesuai dimakan untuk menu seharian. Malah bila ada majlis, jamuan, atau sambutan ulang tahun pun sesuai. Ini kerana ramai yang menggemari juadah ini jadi ia sesuai dan menjadi kebiasaan dalam kalangan kita.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba

Bukan sahaja ia digemari oleh golongan muda hingga tua. Malah semua bangsa di Malaysia iaitu Melayu, India, Cina dan sebagainya menggemari masakan ini. Makanan mampu menyatukan perpaduan antara kaum di negara ini.

Hebat sungguh masakan resepi nasi ayam ini. Ruginya kalau sesiapa hanya makannya sahaja tapi tak nak belajar untuk memasaknya sendiri. Memang penyediaan bahan-bahannya sedikit rumit tapi alah bisa tegal biasa.

Kalau lama kelamaan nanti kita tak rasa malas atau ianya sesuatu yang merumitkan sebab dah terbiasa. Juadah ini dihidangkan dengan nasi, ayam yang diperap kemudian digoreng. Selain itu, sambal cili, sambal kicap, kuah sup dan sayur-sayuran seperti salad, tomato dan timun.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba

Ramai yang kata masakan ini sedap disebabkan ayamnya yang sedap. Selain itu, ada yang kata juadah ini sedap kerana kuah supnya yang kaw. Tapi sebenar-benarnya juadah ini sedap disebabkan ‘nasi’ yang dimasak mengikut cara yang betul dan menyelerakan.

Kalau nasi tidak dimasak dengan betul maka kita tak panggil resepi nasi ayam. Haa begitu pentingnya penyediaan nasi yang betul tau. Erti kata lain, nasi yang memberikan rasa yang istimewa dan memukau kepada juadah ini.

Selain itu, juadah ini enak kerana penggunaan rempah 4 beradik. Mesti ada yang dah tahu kan. Apa lagi kalau bukan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba
facebook.com

Kalau tiada rempah ini dalam masakan seperti kuah sup atau dalam rebusan nasi. Uishh memang akan rasa berbeza dan tak umphh kalau rempah ini tidak dimasukkan. Sebab ia merupakan salah satu sebab kenapa kuah sup kita sedap dan kaw.

Cara Masak Nasi Ayam Mudah, Simple dan Sedap Meletop Kebabom

Saya yakin semua pandai memasak. Tapi mesti ramai juga kan yang tertanya-tanya. Macam mana cara nak masak resepi nasi ayam yang mudah, simple dan sedap.

Yer la kebanyakan daripada kita pandai jer masak nasi ayam. Tapi ada yang rasanya tak umphh dan tak kena dengan citarasa tekak kan. Jadi saya akan kongsikan beberapa tips yang saya selalu guna untuk memasak juadah ni.

  • Rebus Ayam Sekejap Saja

Tak susah pun dan pasti anda semua dapat follow cara ini nanti. Pertama, ketika rebus ayam pastikan rebus dalam sekejap sahaja. Jika ayam sudah sedikit empuk angkat ia dari rebusan air ayam.

Kenapa tak boleh rebus lama-lama yer. Sebenarnya kalau kita rebus ayam lama sangat nanti semasa nak goreng ayam. Ia akan mudah hancur dan tak cantik ketika dihidang.

  • Sambal/ Sos Yang Sedap

Kedua, mesti ramai antara kita ni suka makan sos yang pedas kan. Jadi kalau suka sangat pedas lebihkan cili padi/cili api semasa membuat sos. Baru la orang kata sos yang kita buat lebih umphh dan merecik kan.

Tapi kalau tak suka pedas atau untuk dihidangkan kepada kanak-kanak sebaiknya kurangkan cili yer. Kesian pada mereka yang tak makan pedas. Semuanya bergantung pada citarasa masing-masing nak yang macam mana.

  • Air Rebusan Ayam

Untuk penyediaan nasi, sos, sambal kicap dan kuah sup kita hanya gunakan air rebusan ayam sahaja. Tak perlu gunakan air putih. Air rebusan ayam adalah rahsia kepada masakan kita lebih sedap dan meletop sebenarnya.

Cuba la nanti kalau nak tahu. Tapi memang berbeza sangat rasa masakan kita jika menggunakan air rebusan ayam. Perghh lagi padu dan kaw gitu.

  • Goreng Ayam Menggunakan Api Sederhana

Seterusnya, untuk menggoreng ayam gunakan api sederhana  bagi mengelakkan ayam jadi cepat hangit. Goreng ayam yang diperap tadi hingga keperangan. Setelah ayam masak dengan sempurna angkat.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba
nakita.grid.id

Kemudian, baru la sapukan madu pada permukaan ayam. Mesti ramai yang pelik kenapa tak sapukan madu masa nak goreng tadi. Haa ni cara yang saya gunakan untuk mengelakkan ayam jadi hitam selepas digoreng tau.

Perasan tak kalau kita goreng ayam sekali dengan madu rupanya akan sedikit hitam. Ini kerana gula yang terdapat dalam madu yang menjadikan ayam sedikit hitam bila digoreng. Tapi terpulang kepada citarasa masing-masing.

Ada yang suka perap madu sekali dengan ayam dan gorengnya sekali kerana katanya lebih enak. Jadi, terpulang kepada anda semua nak ikut cara yang mana. Jika kita fikir cara tu sesuai guna sahaja sebab tak salah pun.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba
riautrust.com

Apa yang saya kongsikan ini merupakan cara yang saya selalu buat bila memasak juadah ini. If you want to use it or not it depend on you. Sebab kita yang masak jadi suka hati kita la kan nak masak macam mana.

Yang penting bila masuk jer tekak rasanya sangat sedap dan enak. Terima kasih buat Puan Suhaila Ila yang sumbangkan resepi nasi ayam untuk dicuba. Memang sedap sangat.

Tanpa buang masa, jom kita usha bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

Resepi Nasi Ayam

Sup ayam

Bahan-bahan:

  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 ekor ayam
  • 2 cm halia
  • kiub ayam
  • bunga lawang, kayu manis
  • lada hitam(biji) secukup rasa
  • garam secukupnya
  • air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Panaskan periuk dengan minyak secukupnya. Masukkan bawang merah, bawang putih kemudian tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam, air secukupnya, halia, kiub ayam, bunga lawang, kayu manis, lada hitam dan perasakan dengan garam.
  3. Kacau biar semua bahan sebati. Biarkan ia mendidih hingga ayam sedikit empuk. Angkat ayam dan toskan dari air rebusan tadi.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba

Nasi ayam

Bahan-bahan:

  • kuah sup/ air rebusan ayam yang dimasak tadi
  • garam secukupnya
  • pewarna kuning
  • 1 batang serai-dititik
  • nasi-ikut sukatan masing-masing

Cara Penyediaan:

  1. Tuangkan sup/ air rebusan ayam ke dalam rice cooker. Masukkan garam, sedikit pewarna kuning, beras dan serai. Masak nasi seperti biasa.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba

Ayam goreng

Bahan-bahan:

  • ayam yang ditoskan selepas dimasak bersama kuah sup tadi
  • kicap
  • madu (agak-agak je)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan ayam di dalam mangkuk sederhana. Kemudian, masukkan kicap dan madu secukupnya.
  2. Perap ayam lebih kurang 30 minit. Selepas itu, panaskan minyak dan goreng ayam hingga keperangan.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba

Sambal

Bahan-bahan:

  • 1 biji tomato
  • 5 biji cili besar
  • 3 biji cili padi (kalau nak lagi pedas tambahkan lagi)
  • 3 ulas bawang putih
  • garam, gula secukup rasa
  • cuka (sikit sahaja)

Cara penyediaan:

  1. Masukkan tomato, cili besar, cili padi dan bawang merah ke dalam blender. Kisar hingga halus.
  2. Panaskan kuali. Masukkan bahan yang dikisar serta garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit cuka dan kacau seketika. Masak hingga membangkitkan aroma. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba

Kicap ayam

Bahan-bahan:

  1. Sediakan mangkuk sederhana. Masukkan kicap dari perapan ayam tadi. Jika sukakan kicap yang banyak. Lebihkan kicap dan madu semasa proses nak perap ayam supaya senang nak gunakan untuk sambal kicap.

resepi-nasi-ayam-6 Resepi Nasi Ayam Kebabom. Simple Giler Rugi Kalau Tak Dicuba

p/s: Hiris tomato, timun dan daun salad untuk dimakan bersama nasi ayam.

Semoga sedikit perkongsian yang diberikan memberi manfaat untuk kita bersama. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tersayang. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.