resepi nasi ayam penyet 1

Hari- hari asyik fikir bila la nak masak resepi nasi ayam penyet. Resepi asal juadah ini adalah dari Jawa Timur Indonesia. Tapi kini ia merupakan juadah yang makin dikenali dan digilai oleh rakyat Malaysia.

Juadah ini biasa dimakan dengan nasi, ayam yang digoreng atau dipanggang, tempe, ulam-ulaman dan sambal. Sebab kenapa orang suka makan juadah ini juga kerana sambalnya yang umphh dan padu. Siapa jer yang tak suka kan?

Seperti yang kita sedia maklum, rakyat Malaysia kebanyakan suka makan masakan yang pedas. Jadi memang kena sangat juadah ni dengan tekak masyarakat Melayu. Maka tak pelik juadah ni mudah mendapat tempat di hari rakyat Malaysia.

resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu

Dalam bahasa Jawa ‘penyet’ bererti lumat. Hal ini kerana, semua bahan di dalam juadah ni akan ditumbuk sedikit lumat. Terutamanya ayam yang dipenyet untuk memudahkan ia dimakan dan isi ayam menjadi lagi lembut.

Proses penyediaan untuk masak resepi nasi ayam penyet sedikit rumit. Disebabkan bahan-bahan yang diperlukan disediakan untuk memasak sedikit banyak. Yer la contohnya bahan untuk ayam, nasi, sambal dan sup.

Tapi takpe sebab kalau nak dibandingkan masak sendiri dengan beli kat kedai. Tentu sahaja lagi berbaloi kita masak sendiri. Bila masak sendiri kita lagi puas hati nak makan sebab kuantitinya banyak.

resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu
pngmart.com

Tambahan pula, kita boleh masak ikut citarasa kita sendiri serta terjamin kebersihannya. This because people always said that we are what we eat. If we eat something that healthy we become healthy as well.

That’s why I prefer to cook compare to buy it at the restaurant. We should be aware before anything that unexpected happened to us. Same goes with our daily life.

Contoh, kalau kita tak nak rumah dimasuki pencuri. Kita kena ambil langkah berjaga-jaga dengan mengunci pintu rumah. Jika ditakdirkan pencuri nak juga masuk maka tu bukan salah kita sebab kita dah usaha.

resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu
redbubble.net

Dan kalau kita pilih untuk masih makan di luar kita kena sabar dengan ujian yang mendatang. Contohnya, makanan kita pesan tak sedap, terlebih masin macam lori garam terbalik dalam periuk dan sebagainya.

Kalau kita jenis tak sabar baik kita masak sendiri resepi nasi ayam penyet. Bagi mengelakkan orang trigger kita dengan benda-benda sebegitu. But it’s depend to you whether to cook or to buy.

There is no problem which one you should choose. Just remember, every choice that we make makes us. So, it is better to us choose wisely.

resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu
amazingnara.com

Lagipun kalau kita nak pikat family, kawan-kawan atau yang tersayang kita kena pikat perutnya dahulu. Dengan cara masak masakan yang sedap dan mengenyangkan. Baru la betul kan.

Tips Masak Sambal Ayam Penyet

  • Hilangkan Ketajaman Rasa Pedas Cili

Dulu nenek ada bagi tips untuk sambal resepi nasi ayam penyet. Katanya, kalau nak hilangkan sikit ketajaman rasa pedas cili. Masa kita nak kisar cili, kita jangan buang tangkainya.

Kiranya, blend semua sekali hingga halus. Hasilnya, sambal kita akan rasa kurang sikit pedas. Nanti takde la yang makan sampai berasap telinga.

resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu

  • Kurangkan Penggunaan Air Semasa Kisar Bahan

Dan rasa sambal kita masih akan rasa umphh dan best. Kemudian, kurangkan penggunaan air bila nak mula mengisar. Masukkan air sekadar untuk nak kisar sahaja.

Saya syorkan guna sahaja air rebusan ayam tadi untuk kisar cili. Untuk bagi sambal tahan lama dan tak mudah basi. Lepas kisar kita kena tumis bahan hingga pecah minyak.

resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu
juzwater.com
  • Simpan Sambal Dalam Bekas Kedap Udara

Kalau cara nak simpan pula, kita kena masukkan sambal ke dalam bekas kedap udara. Dan setiap kali nak makan. Gunakan sudu yang bersih untuk ambil sambal bagi mengelakkan sambal tahan lagi lama.

Mesti semua dah tak sabar nak masak kan? Tapi sebelum tu, terima kasih diucapkan kepada Cik Raja Amanina. Beliau sudi untuk berkongsi resepi ayam penyet untuk kita cuba bersama.

Jom kita tengok bahan-bahan untuk mula memasak.

Resepi Nasi Ayam Penyet

Sambal Penyet:
1 genggam cili padi merah&hijau
5 biji cili merah
3 biji tomato
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu makan ikan bilis
1 inci belacan
resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu

Bahan untuk sambal penyet.

Cara Penyediaannya:

  1. Goreng@tumis sehingga layu&naik bau.
  2. Blend bersama minyak tumisan(blend kasar je nak tumbuk pun boleh lagi sedap)
  3. Masak sekali lagi hingga mendidih&pecah minyak masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan gula garam
Untuk Perapan Ayam:
Ayam potong 4(cucuk cucuk pakai garfu)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
1 sudu ketumbar
1 sudu jintan manis
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan serbuk kari
Garam
Sedikit gula(untuk rangup)

Cara Penyediaannya:

  1. Kisar bawang merah bawang putih,halia, serai, lengkuas, kunyit, ketumbar dan jintan.
  2. Satukan semua bahan dan perap ayam lebih kurang 1jam(perapkan sekali tempe&tauhu).
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu
Ayam yang dah siap diperap.
resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu
Goreng ayam hingga garing.
Untuk Sup Kosong:
Kaki ayam
Sup bunjut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam
Daun sup

Cara Penyediaannya:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan masukkan kaki ayam, air, sup bunjut.
  2. Masak hingga kaki ayam empuk dan perasakan garam.
  3. Taburkan daun sup.

resepi-nasi-ayam-penyet-1 Resepi Nasi Ayam Penyet Simple Untuk Mulut Kata Sedap Perut Kata Mahu

Semoga sedikit perkongsian dari saya dapat memberi manfaat untuk semuanya. Jangan lupa untuk kongsikan keenakan resepi ini dengan orang sekeliling. Selamat mencubanya di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.