Resepi Nasi Ayam Sedap Dimakan Dengan Sos Umphh Versi Raja Amanina

Resepi nasi ayam bukanlah sesuatu hidangan yang asing lagi untuk rakyat Malaysia. Menu ini merupakan kegilaan ramai tidak kira tua ataupun muda. Dengan teknologi yang semakin meluas hari ni.

Nak cari resepi ni pun semakin senang. Hanya perlu klik dihujung jari maka terpampang di depan kita. Semudah ABC sahaja.

Jadi tiada alasan untuk kita semua tidak reti memasak resepi ini. Resepi ini senang sangat hingga lelaki pun boleh memasaknya. Mesti ramai yang tertanya-tanya betul ke masakan ini senang dimasak?

Resepi-Nasi-Ayam-Sedap-Dimakan-Dengan-Sos-Umphh-Versi-Raja-Amanina Resepi Nasi Ayam Sedap Dimakan Dengan Sos Umphh. Memang Gerenti Sedap

Jawapannya anda semua akan ketahui nanti. Dah la mudah malahan sedap dan simple jer tau. Kalau resepi nasi ayam ni tak sedap, mana mungkin ianya menjadi hidangan kegemaran semua.

Tapi kita kena ingat yang setiap masakan yang enak, sedap dan menggiurkan nafsu makan. Pasti mempunyai rahsia atau caranya yang tersendiri. Bukan sedap macam tu jer tau.

Maka, hari ini, kami ingin kongsikan beberapa tips berguna untuk anda semua. Happy ke happy bila baca ni? Okay, kalau nak tahu dengan lebih lanjut.

Jom sambung membaca lagi. Pertama sekali, untuk memasak resepi nasi ayam yang sedap mestilah kita memerlukan ayam yang segar. Jadi, amat penting untuk anda tahu cara-cara untuk memilih ayam segar.

Tips Memilih Ayam Segar

Perlu kita semua tahu yang setiap kali ingin memasak. Kita memerlukan bahan mentah yang segar. Bukan sahaja untuk mengelakkan daripada keracunan makanan.

Malah, bagi memastikan resepi nasi ayam kita enak dan menepati rasa yang diinginkan. Oleh itu, penting untuk semua pembaca tahu akan tips-tips untuk memilih barang mentah. Jangan tahu makan jer tau.

Tips memilih ayam segar khas untuk resepi nasi ayam sedap. Pertama, anda sebagai pengguna perlu perhatikan warna ayam yang hendak dibeli. Warna ayam adalah benda yang kita senang untuk perhatikan.

Resepi-Nasi-Ayam-Sedap-Dimakan-Dengan-Sos-Umphh-Versi-Raja-Amanina Resepi Nasi Ayam Sedap Dimakan Dengan Sos Umphh. Memang Gerenti Sedap

Dari jauh lagi kita boleh tahu samaada ayam itu segar atau tak. Hanya dengan melihat warna ayamnya. Kebiasaannya, ayam segar warna ayamnya adalah putih kemerah merahan.

Kalau anda tengok warna sebegitu. Maknanya ayam tersebut masih segar dan sesuai untuk dibeli. Aumm sedapnya kalau ayam segar ini digunakan untuk memasak resepi ni.

Ehh lupa nak cakap. Tadi tips jika anda nak memilih ayam segar dengan cara tengok warna ayam. Kalau anda nak tahu ayam tidak segar melalui warnanya senang sahaja.

Jika anda lihat dari jauh lagi. Ayam tersebut kelihatan pucat serta kebiru-biruan itu tandanya ayam tersebut tidak segar. Dan ada yang telah diletakkan formalin dan disejuk bekukan.

Maka disini, gunakanlah kuasa pengguna kita semua. Buat pilihan dengan bijak. Jangan main beli jer tau.

Tips kedua pula, anda perlu perhatikan tekstur ayam. Ehh kenapa complicated sangat ni nak beli ayam jer pun. Bukan complicated tapi kita nak pilih bahan-bahan yang berkualiti untuk masakan kita.

Kualiti lagi penting daripada kuantiti. Okay sambung, cara nak tahu tekstur ayam senang sahaja. Cuba anda tarik kepak ayam ke belakang. Jika ianya kembali ke posisi asal maka ayam tu segar.

Resepi-Nasi-Ayam-Sedap-Dimakan-Dengan-Sos-Umphh-Versi-Raja-Amanina Resepi Nasi Ayam Sedap Dimakan Dengan Sos Umphh. Memang Gerenti Sedap

Tapi kalau ayam tu tidak segar. Bila anda tarik kepaknya, ianya tak kembali ke posisi asal. Malah, kepak ayam tersebut hanya mampu terkulai sahaja melihat anda.

Ish ish ish, sedihnya ayam tu. Selain itu, cuba anda tekan permukaan ayam. Kalau ayam segar, bila kita tekan ianya akan kembali ke bentuk asal.

Kalau ayam itu tidak segar, senang jer nak tahu. Bila anda tekan jer terus tenggelam tak timbul-timbul ke permukaan asal. Tapi anda perlu ingat.

Masa tekan tu, janganlah tekan sesuka hati seperti buat doh pulak yer. Kan tak pasal-pasal kejap lagi. Anda pula yang kena kejar dengan tauke ayam.

Tekan tu biar berpada-pada. Jangan over sangat hahaha. Seterusnya, tips ketiga ialah perhatikan darah ayam.

Kalau ayam segar, biasanya darahnya tidak mengalir dengan banyak. Tapi kalau ayam tak segar, kebiasaannya darahnya banyak daripada kebiaasaan ayam segar. Kemungkinan besar, ayam ni telah dibekukan dan dicairkan semula untuk dijual kepada pelanggan.

Tips yang keempat, cuba anda hidu bau ayam. Hidu tu maksudnya bila anda sampai jer depan kedai ayam tu. Tiada bau hanyir ataupun busuk daripada ayam tersebut.

Itu tandanya, ayam masih dalam keadaan segar dan selamat untuk dibeli. Tips yang kelima dan yang terakhir. Cuba perhatikan lalat.

Kalau dari jauh lagi anda lihat banyak lalat yang hinggap pada ayam tersebut. Cuba anda fikirkan banyak kali untuk membelinya. Sebab biasanya, pada benda yang tak segar.

Jadi kesimpulannya, kita sebagai pembeli dan pengguna yang bijak. Kita mesti memastikan yang kita telah membeli dengan bijak. Jangan lepas balik dari rumah baru nak mengadu.

Ayam ni tak segar la, sayur tu dah layu la. Haa macam-macam lagi. Jadi, bermula hari ni jadilah pembeli yang bijak yer.

Okay selesai sedikit perkongsian untuk tips memilih ayam segar. Semoga sedikit tips yang dikongsikan tadi berguna untuk anda semua. Selamat membeli ayam segar.

Jom kita sambung bercerita tentang menu masakan kita pula. Hehehe mesti ramai yang tak sabar nak tahu apa bahan-bahannya kan. Maklum la perut pun dah mula berkeroncong semua kan.

Sebelum itu, terima kasih buat Cik Raja Amanina. Yang sudi berkongsi resepi nasi ayam buat kita semua. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak resepi ini.

Resepi Nasi Ayam Versi Raja Amanina

Bahan-bahan Untuk Nasi Ayam:
-Air rebusan ayam guna untuk nasi,sup,sos tuu
-Masak air hingga mendidih dalam periuk(air lebih)bila mendidih baru
masukkan ayam. Masak sekejap jer dalam 10minit nanti nak goreng lagi
-Angkat dan toskan

Bahan-bahan Untuk Nasi:
-beras cuci dan toskan
-air rebusan ayam ikut sukatan beras ehh
-daun pandan sehelai
-bawang putih 2ulas ketuk
-halia seinci ketuk
-sedikit pewarna kuning
-garam secubit
-lemak ayam&kulit ayam untuk menumis guna minyak ayam tu taknak guna lemak ayam tu boleh gantikan dengan butter

Cara Peyediaan:

1) Tumis atau goreng lemak ayam hingga mencair jadi minyak, masukkan bawang
putih, halia, daun pandan, beras tumis sebentar.
2) Masukkan garam pewarna,air rebusan ayam masak nasi seperti biasa

Bahan-bahan Untuk Sos Cili:
-5 biji cili merah
-1 biji tomato
-1 sudu cuka
-halia sikit jer
-gula 3 sudu
-garam
-air rebusan ayam 1 cawan
-bawang putih 2 ulas

Cara Penyediaan:

1) Blender cili,bawang putih, tomato, halia dengan air rebusan ayam
hingga halus.
2) Masak hingga mendidih,masukkan gula garam dan cuka.
3) Masak hingga agak pekat dengan api perlahan.

Bahan Untuk Ayam:
-2 ulas bawang putih tumbuk
-halia seinci tumbuk
-2 sudu sos tiram
-2 sudu kicap pekat
-garam sikit
-madu 2 sudu atau kalau tiada boleh gantikan dengan gula 1 sudu

Cara Penyediaan:

1) Campur semua bahan dan perap ayam 30 minit.
2) Gula atau madu tu akan mengkaramelkan ayam tu yang nampak berkilat.
3) Jangan risau tak terover manis nanti balance dengan sos tiram tu.
4) Goreng ayam api sederhana besar. Sekejap je.

Cara Penyediaan Kicap:
-Lepas goreng ayam yg diperap tadi ambil lebihan perapan ayam tu
tambahkan kicap agak agak je.
-Masukkan air rebusan ayam lebih kurang 1 senduk campur sekali
masakkan sekejap hingga didih dan perasakan gula garam.

Sup:
-Lebihan air rebusan ayam tu guna untuk buat sup.
-Tumis bawang besar sebiji bawang putih 2 ulas akar daun sup
3 sekawan optional taknak letak pun takpe.
-Masukkan air rebusan ayam perasakan garam.
-Tabur daun sup dan daun bawang.

Resepi-Nasi-Ayam-Sedap-Dimakan-Dengan-Sos-Umphh-Versi-Raja-Amanina Resepi Nasi Ayam Sedap Dimakan Dengan Sos Umphh. Memang Gerenti Sedap

Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini. Selamat mecuba.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.