Resepi puding karamel merupakan antara pencuci mulut yang terkenal dan digemari ramai. Dengan rasanya yang sungguh enak, berlemak dan teksturnya yang gebu dan lembut. Perghh bila disuap ke dalam mulut memang terasa cair di dalam mulut.

Nikmatnya. Lagi pula, cara nak masak puding ni pun senang, mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh mencuba untuk memasaknya.

Tinggal malas atau rajin jer. Cakap pasal puding karamel atau puding gula hangus. Terus saya bayangkan rasanya yang manis yang sedang-sedang (tak terlampau manis sangat).

Memang sedap sangat. Ditambah dengan tekstur yang lembut, licin dan gebu. Fuhh memang menepati citarasa saya.

Sumpah tak cari kat kedai dah resepi puding karamel bila kita dah reti buat sendiri. Buat apa nak bazirkan wang kita sedangkan kita boleh jer masak sendiri kan. Lagi pun kalau buat sendiri makan pun lebih puas hati.

Kita boleh makan banyak mana yang kita suka. Selagi mulut boleh telan selagi tu kita makan sampai habis hehe. Sangat berbaloi dan jimat serba serbi bila buat sendiri pencuci mulut ni.

Tak rugi kalau kita pandai bua pencuci mulut ini kerana ianya digemari oleh setiap lapisan umur. Tidak kira muda atau tua semuanya menggemari juadah ini. Aumm.

Apa lagi yang kita nak, dah la bahan-bahan untuk memasak senang untuk didapati. Resepi puding karamel juga senang jer nak buat tak remeh macam resepi lain. Nak masak pencuci mulut ni kita boleh pilih samaada nak kukus atau bakar dalam oven.

Terpulang pada citarasa masing-masing. Mesti ada yang pelik dengan nama resepi puding karamel kan. Kenapa nama ia puding karamel.

Kalau nak tahu, bahagian gula kat bawah yang nampak hangus tu la namanya karamel. Bila kita terbalikkan bila nak hidangkan ia akan menjadi bahagian atas.  Memang sangat menarik dan unik bentuknya.

Memang betul la orang kata memasak adalah seni. Selain rasa masakan kita sedap. Ia juga nampak menarik dan cantik bila nak dihidangkan.

Cara Buat Puding Karamel Sedap, Lembut dan Gebu

Resepi puding karamel sangat sedap jika dimakan ketika sejuk dengan teksturnya yang lembut dan gebu. Tapi ramai juga yang tak tahu macam mana nak buat puding yang halus, lembut gebu. Pastikan kita belajar teknik dan cara yang betul baru la hasilnya lebih sempurna.

Kalau anda suka buat puding ini dengan cara kukus. Mesti anda nak tekstur puding anda kelihatan halus, gebu dan lembut kan. Kalau macam tu, anda perlu pastikan gula betul-betul larut bila telur dan gula dipukul.

Selagi tak larut selagi itu la kena pukul tau. Kalau gula tidak betul-betul larut kita akan nampak butiran gula pada puding bila ia masak nanti. Huwaa nanti puding kita akan nampak tak cantik.

Seeloknya gunakan telur yang grednya besar seperti gred A. Nak memasak kita tidak boleh amalkan sikap kedekut. Contohnya, bahan yang perlu dimasukkan dengan kuantiti yang banyak kita masukkan sedikit sahaja.

Nanti masakan kita tak sedap dan kurang umphh. Selain itu, masa masak gula perang pastikan ia tidak tidak hangit. Nanti puding kita juga akan rasa hangit dan tak sedap.

Selain itu, kalau nak periksa samaada puding dah masak atau belum. Gunakan sahaja hujung batang lidi atau hujung batang penyucuk sate. Kalau puding dah masak ia akan terasa licin dan tak melekat bila dicucuk dengan hujung batang penyucuk.

Haishh kalau sedap macam mana mahunya berbekas-bekas saya habiskan seorang. Habis nak buat macam mana kalau dah sedap sangat. Siapa jer yang boleh tangkis godaannya kan.

Sedap sangat sumpah tak tipu. Rugi sangat kalau anda semua tak cubanya sendiri. Bila dah cuba, lepas ni kalau nak buat sendiri pun takde masalah la kan.

Buat banyak-banyak lepas tu simpan dalam peti sejuk dan makan bila santai-santai. Ataupun hidangkan ketika ada majlis tertentu seperti jamuan raya, majlis kenduri dan sebagainya. Wah berbaloi kan belajar masak sebab kita boleh jimat duit bila dah tak perlu belinya lagi.

Bila dah tahu cara nak buat pencuci mulut ni lagi senang nak masak. Kalau teringin jer terus masuk dapur dan masak sendiri. Bestnya kan.

Kenapa saya suka memasak  sebab bagi saya memasak ni salah satu terapi diri. Ada sesetengah orang kalau mereka stress. Mereka suka tidur, berlari dan sebagainya.

Saya bila stress atau ada isu saya lebih suka masak dan habiskan masa kat dapur. Sebab tu penting untuk kita hias ruang dapur biar cantik dan kemas. Nanti otak tak mudah serabut bila tengok dapur.

Ramai yang kata pelik sebab jarang jumpa orang bila stress akan masak. Yer la katanya nanti makanan akan jadi lagi tak sedap sebab masak dalam keadaan otak tak tenang. Tapi bagi saya bila saya masak dan lihat hasilnya sendiri.

Saya akan gembira dan puas hati dengan apa yang saya lakukan. Memang lepas semua beban kat bahu bila berjaya masak. Fuhh sungguh puas hati dan seronok sekali.

Lagi-lagi kalau kita tengok orang sekeliling makan dan puji masakan kita. Wahh perasaan masa tu rasa nak melompat-lompat jer sebab teruja orang puji. Hehe hidung tak perlu nak cerita la dah kembang kempis dari tadi.

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi puding karamel untuk kita cuba bersama. Semoga Allah SWT membalas segala budi baik anda. Jom kita tengok bahan-bahan yang perlu disediakan sebelum memasak.

 

Resepi Puding Karamel Kukus

Untuk karamel

Bahan-bahan:

  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara Penyediaan:

  1. Sediakan loyang kemudian masukkan gula kedalamnya. Tuangkan air dan kacau biar sebati. Biarkan gula cair hingga keperangan. Tujuan dimasukkan air ialah untuk pastikan permukaan puding licin.

Untuk Puding

Bahan-bahan:

-7 biji telur(nina guna gred A)
-1 tin susu cair
-1 sudu kecil tepung kastard
-4@5 sudu besar gula(nak manis boleh lebihkan)
-3 sudu besar susu pekat
-1/2 sudu teh esen vanila(nina guna esen pisang lagi wangi lagi sedap)

 

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mesin pengisar. Kisarkan hingga halus kemudian tapis.
  2. Sediakan loyang bulat yang bersaiz 7 kemudian tuangkan bahan yang ditapis ke dalam loyang tadi.
  3. Kukus bahan tadi selama 30 minit. Angkat dan sejukkan seketika sebelum dihidangkan. Bila puding dah sejuk terbalikkan ke atas pinggan kemudian tuangkan karamel.
  4. Puding karamel siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

 

Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini untuk yang tercinta. Selain untuk mendapatkan rasa yang sedap.

Memasak juga adalah seni. Sebabnya, disamping hasilkan juadah yang sedap kita juga hasilkan makanan yang menarik dan cantik bila dipandang. Kalau sesiapa pandang juadah kita, mereka lebih berselera untuk makan.

Tu pandang sahaja tak makan lagi. Kalau dah cuba makan pasti nak lagi kerana keenakannya. Nyum nyum nyum.

Selamat mencuba.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.