resepi puding roti 2

Resepi puding roti merupakan antara pencuci mulut yang enak dinikmati bila waktu santai. Dengan teksturnya yang cantik bila dipotong, warna warni dan menarik mata yang memandang. Kekadang yang tidak berselera nak makan nasi akan terus berselera bila terpandangkan puding ini.

Haa hebat kan penangan puding ni. Bukan sahaja sedap malah mampu mempesonakan setiap mata yang memandangnya. Memang sungguh menakjubkan.

Juadah ini begitu enak dan best sekali dimakan semasa santai bersama keluarga contohnya minum petang. Setiap suapan memberikan sejuta makna kepada sesiapa yang menggemari pencuci mulut. Memang tak lalu nak makan kalau tiada pemanis mulut ini.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak

Saya pun tetiba terfikir nak buat puding ini kerana baru perasan yang roti yang dibeli nak tamat tempoh. Daripada membazir saya terus teringat untuk membuat puding. Lagi pun kalau tak habis nanti, kita boleh simpan dalam peti sejuk.

Bila waktu panas makan puding ni uishh gempak giler. Sampaikan ralik sangat suap hingga tak perasan puding dalam bekas dah habis. Nampak sangat resepi puding roti ini sangat sedap.

Kalau tidak takkan digemari oleh semua lapisan umur tidak kira tua atau muda. Bahan-bahan nak buat puding pun senang jer nak cari. Ehh rugi sangat la kalau tak cuba buat.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
jennyrivarola.com

Daripada membazir beli kat kedai setiap hari baik kita buat sendiri. Makan pun lebih puas hati. Tak berebut dah bila nak makan sebab kita buat banyak.

Jadi, boleh makan sepuas hati tiada yang nak marah. Horayyy. Dalam resepi ini ada biskut sekali sebab bila gabung kedua-dua bahan ni rasa puding lebih sedap.

Resepi puding roti ni bukan sahaja kaum wanita jer yang boleh masak. Kaum lelaki yang bujang boleh cuba buat sendiri kerana cara penyediaanya sangat simple. Hanya gunakan mesin pengisar sahaja untuk kisar bahan menjadi lembut, halus dan gebu.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
fimela.com

Tak perlu nak kacau lama-lama dah sebab saya tahu kita semua sibuk dengan banyak urusan. Jadi, tiada masa untuk berlama di dapur. Haa cuba la resepi ni kalau nak buat puding yang simple, mudah tapi sedap.

Yang menariknya, resepi ini tidak menggunakan oven untuk bakar. Hanya gunakan pengukus yang saya yakin semua orang memilikinya. Yer la ada jer sesetengah daripada kita yang tidak memiliki oven.

Senang cerita, guna jer pengukus hehe. Mudah, cepat dan paling penting rasanya sedap macam keluar oven juga. Nyum nyum nyum.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
shopee.com.my

Kalau guna kaedah kukus ni tekstur rasa puding kita takkan hilang. Malah lebih sedap dan gebu tau. Kalau tengok nenek-nek kita pada zaman dulu.

Mereka mana ada oven nak masak. Tapi masakan mereka tetap enak. Sebab rahsia mereka masak tu bukan terletak pada oven tapi pada bahan-bahan yang digunakan.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
kumparan.com

Tetiba rasa kagum sangat dengan nenek moyang kita zaman dulu. Masak kuih muih yang sedap dan enak biarpun pada masa tu tiada teknologi canggih. Jadi kalau kita yang hidup zaman moden ni masih malas nak masak.

Atau belajar masak memang sangat merugikan untuk diri kita sendiri. Pastikan kalau nak berjaya dalam hidup kita bukan hanya kejar akademik sahaja. Tapi pastikan juga kita berjaya untuk memasak di dapur.

Biar la orang kata menu tu simple sahaja. At least, we try to become someone that good in cooking. Jangan hanya bijak pada akademik sahaja.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak

Cuba seimbangkan semua sekali antara akademik dengan belajar memasak. Perghh hebat sangat kalau sesiapa dapat buat benda ni dalam kehidupan mereka. Jangan bagi alasan tiada masa untuk tidak belajar memasak.

Lelaki pun kena juga cuba belajar masak. Jangan mengharapkan kaun wanita sahaja. Nanti kalau mak, kakak, adik perempuan atau isteri sakit boleh la tolong masakkan untuk mereka.

Kalau nak mengharapkan makan di kedai jer setiap hari memang kering la poket tu nanti. Lagi pula dengan ekonomi tak menentu sekarang ni kita perlu berjimat cermat. Nanti kalau ada kecemasan boleh digunakan lagi simpanan yang ada.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
says.com

Sebab kita hidup bukannnya untuk hari ni dan esok sahaja. Tu penting kita menabung dari sekarang. Memang orang selalu kata duit tak boleh bawa mati.

Tapi kena ingat yang nak uruskan jenazah pun memerlukan duit. Jadi apa lagi alasan kita untuk malas menabung kan. Kawan masa senang memang berlambak sana sini.

Tapi bila susah siapa jer ada untuk kita mengadu nasib. Jadi sebelum buat sesuatu sebaiknya fikirkan sehabis mungkin agar tak menyesal di kemudian hari.

Tips Guna Agar-agar Bertali Untuk Buat Resepi Puding Roti

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
shopee.com.my
  • Pastikan Cuci Bersih Agar-Agar

Kalau anda gunakan agar-agar bertali untuk memasak resepi puding roti. Anda perlu cuci bersih agar-agar ini daripada habuk atau kekotoran. Pastikan air dah mendidih baru la dimasukkan agar-agar bertali ke dalamnya.

Pastikan selepas masukkan agar-agar bertali anda kacau dengan kerap kemudian baru masukkan bahan lain. Kalau nak tahu, agar-agar bertali mudah larut dalam air mendidih. Hasilnya, puding kita nanti akan kelihatan cantik, licin dan lembut bila nak dihidangkan.

  • Simpan Di Dalam Peti Ais

Kalau nak lagi puding roti lebih sedap bila dimakan nanti. Masukkan puding roti ke dalam peti ais. Kemudian, bila nak makan baru la dipotong dan diletakkan dalam pinggan.

Perghh enak sangat bila dinikmati ketika cuaca panas. Memang masa suap puding roti ni rasa sejuknya hingga ke tekak. Aumm sedap sangat.

Fungsi Telur Untuk Membuat Puding

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
avicolasanfelipe.com

Kalau nak tahu fungsi telur dalam membuat puding ialah memekatkan dan memberi rasa lemak pada puding. Lagi-lagi kalau kita masak puding guna susu atau santan. Kalau kita masukkan telur kita juga perlu letakkan esen vanila.

Esen vanila berfungsi untuk membuang bau hanyir yang ada pada telur. Jadi puding kita nanti tak akan bau atau rasa hanyir. Yummy.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak
shopee.com.my

Terima kasih kepada Raja Amanina sudi berkongsi resepi puding roti yang bermanfaat untuk kita semua. Semoga cik dikurniakan rezeki yang melimpah ruah kerana sudi berkongsi ilmu kepada kami. Tanpa membuang masa lagi, kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

 

Resepi Puding Roti

Puding roti&biskut krim krackers

Bahan-bahan:

  • 7,8 keping biskut krim krackers
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur
  • 1 1/2 cawan susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat manis 
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Sedikit esen vanila
  • Secubit garam
  • pewarna ikut suka(nina letak pewarna biru star brand)

Cara Penyediaan:

  1. Kisar biskut krim krackers, roti gardenia, telur, susu cair, susu pekat manis, esen vanila dan garam hingga halus.
  2. Angkat dan bahagikan bahan kisar kepada 3 bahagian iaitu bahagian pertama dimasukkan serbuk koko dan baki dua bahagian lagi dimasukkan pewarna biru secukupnya.
  3. Panaskan pengukus. Bila air dah mendidih, kukus adunan yang ditambahkn pewarna biru tadi selama 15 minit.
  4. Selepas 15 minit, ambil garfu dan lorekkan sedikit permukaan atas puding. Kemudian, masukkan adunan koko.
  5. Kukus sekali lagi hingga masak dengan sempurna. Kemudian, masukkan lebihan adunan warna biru dan kukus lagi sekali.
  6. Bila puding roti dah masak sempurna sejukkan seketika. Kemudian potong cantik-cantik mengikut kreativiti masing-masing sebelum dihidangkan.

resepi-puding-roti-2 Resepi Puding Roti Biskut Krim Krackers Simple Dengan Lapisan Koko Enak

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama. Jangan lupa yer untuk kongsikan resepi ini kepada yang tersayang. Selamat mencuba dan menjamu selera bersama yang tersayang.

 

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.