resepi puding roti kukus 2

Resepi puding roti kukus merupakan salah satu pemanis mulut yang digemari oleh semua. Tidak kira lapisan umur, bangsa dan agama. Ia juga sesuai dihidangkan untuk minum petang santai-santai bersama keluarga.

Mesti anda pelik sedikit dengan rupa puding ini kerana seakan-akan puding orang Barat kan. Sebenarnya, pencuci mulut ini terkenal di negara-negara Eropah seperti Belgium, Argentina dan Perancis. Tapi seiring dengan peredaran zaman pencuci mulut ini digemari oleh semua orang termasuk rakyat Malaysia.

Makanan ini sememangnya hebat kerana digemari bukan sahaja di Barat malah di Asia Tenggara. Haa kalau tak sedap mana mungkin boleh terkenal hingga digemari oleh banyak orang kan. Mesti teksturnya yang lembut, gebu dan sedap menjadikannya enak bila dimakan.

resepi-puding-roti-kukus-2 Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Berlemak Untuk Minum Petang

Bila mulut kata sedap automatik perut kata nak lagi dan lagi. Senang cerita tak kan jemu la kalau makan selalu bila kita dah suka. Juadah ini juga sangat simple dan mudah untuk dibuat.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat resepi puding roti kukus. Sungguh senang untuk didapati di kedai berhampiran dengan kita. Mana nak dapat resepi yang bahan yang diperlukan mudah untuk didapati.

Lagi pula nak masak pun sangat senang jer. Kalau yang jenis suka masak pasti juadah ini dianggap pejam mata pun boleh masak. Yer la sebab senang sangat kan.

resepi-puding-roti-kukus-2 Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Berlemak Untuk Minum Petang
acees1440.wordpress.com

Tapi jangan pejam mata betul-betul tau masa nak masak. Kang lain pula jadinya huhu. Adoii tetiba perut jadi berkeroncong bila bercerita tentang pencuci mulut yang simple tapi sedap ni.

Resepi puding roti kukus dihasilkan dengan cara yang sangat simple dan cepat. Hanya perlu campurnkan bahan-bahan, kacau biar sebati dan kukus hingga masak sempurna. Memang sungguh mudah jadi rugi tau kalau tak belajar.

Mana tahu resepi ini berguna untuk pikat hati orang yang kita sayang. Nak tunjuk kasih sayang ni banyak cara. Dengan memasak makanan kegemarannya pun nampak sweet.

resepi-puding-roti-kukus-2 Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Berlemak Untuk Minum Petang

Betul tak? Apa yang saya suka dengan resepi ini ialah rasanya yang sedikit berlemak dan manis yang sederhana. Jadi, menepati selera saya yang tak suka pencuci mulut yang terlalu manis.

Biar manis tu hanya dalam senyuman jer kalau masakan manis hingga tahap boleh potong kaki. Haish takut nanti memudaratkan kesihatan pula. Kita makan sesuatu makanan bukannya untuk memudaratkan kesihatan.

Tapi nak sihatkan tubuh badan. Kalau nak bebas dari sebarang penyakit bila dah tua nanti. Kita kena amalkan gaya hidup sihat dari sekarang lagi.

resepi-puding-roti-kukus-2 Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Berlemak Untuk Minum Petang
1health.id

Bila dah kena penyakit kencing manis, darah tinggi atau jantung masa tu nak menyesal pun tiada guna. ‘Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna’. If we want to achieve wisdom at the end of our lives. 

We must practice the healthy lifestyle from now. If we follow our lusts later we must accept any bad things happened to our body. I understand it is hard to practice it.

But, if we love ourselves we will try hard to practice it. 

Cara Membuat Resepi Puding Roti Simple Dengan Kuah Kastard Yang Cantik

Nak memasak memang senang jika kita mengikut teknik dan cara yang betul. Lagi pula resepi puding roti kukus senang dan simple sahaja penyediaannya. Untuk hasilkan kuah kastard yang cantik untuk pemanis mulut.

  • Kacau Sekadar Kuah Sebati

Kita perlu kacau sekadar kuah sebati sahaja tak perlu kacau terlalu lama. Kalau kita kacau kuah terlalu lama atau tunggu hingga kuah mendidih. Kuah pada bahagian tepi akan melekat pada periuk dan berketul.

  • Guna Api Yang Perlahan Semasa Kacau Kuah

Guna api yang perlahan sahaja masa kacau kuah kastard. Kalau guna api besar takut nanti ada yang tak dapat merasa makan puding roti hehe. Kacau hingga kuah sedikit pekat yer.

Masa anda mengukus pula, perhatikan penutup periuk akan menjadi berwap kan. Untuk elakkan air wap menitik ke dalam puding roti. Gunakan tuala kecil untuk menutup sekeliling penutup pengukus.

Bagi menghasilkan puding roti yang cantik, menarik dan kemas. Hiaskan dengan kismis, ceri atau coklat chip supaya lagi cantik. Aumm sedapnya.

resepi-puding-roti-kukus-2 Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Berlemak Untuk Minum Petang
twitter.com

Selain itu, masa tuangkan puding roti ke dalam bekas. Pastikan anda penuhkan 3/4 sahaja daripada bekas. Tak perlu penuh sebab bila kita kukus puding roti akan mengembang.

Terima kasih kepada Raja Amanina di atas sumbangan resepi puding roti kukus yang sungguh berguna untuk kita. Semoga cik dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik. Tanpa buang masa, jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pemanis mulut.

 

Resepi Puding Roti Kukus 

– Roti gardenia 10-11 keping potong kecik kecik dan susun dalam loyang yang disapu sedikit marjerin
– telur 4 biji
– marjerin@butter cair 2 sudu
– susu cair 1 cawan
– esen vanilla
– susu pekat 2 sudu
– gula secukup rasa

Cara Penyediaan:

  1. Kacau sebati bahan bertanda dan tuang ke dalam loyang roti dan tabur kismis.
  2. Kukus dalam 25 minit.
Bahan-Bahan untuk Sos Kastard:
– Tepung kastard 3 sudu
– Susu cair 1 tin
– Susu pekat 2 sudu
– Esen vanila
– Gula ikut manis masing-masing
– Sedikit butter

Cara Penyediaan:

  1. Masak semua bahan hingga sedikit pekat last baru masukkan butter.

resepi-puding-roti-kukus-2 Resepi Puding Roti Kukus Bersama Sos Kastard Berlemak Untuk Minum Petang

Mmm bestnya kalau makan pemanis mulut ni ketika cuaca panas. Nikmatnya kan. Anda kena cuba sendiri di rumah baru la puas hati.

Sampai bila nak beli kat kedai jer kan. Dah la bekasnya kecil sahaja. Baru nak feeling makan.

Dah habis puding roti dalam bekas. Haishh rasa tak puas kan nak makan. Kalau masak sendiri kita boleh buat banyak mana yang kita suka.

Tiada yang nak marah atau larang. Kalau masak banyak-banyak dan kalau tak habis makan boleh jer simpan dalam peti ais. Bila waktu lapang boleh makan sambil bersantai bersama yang tersayang.

Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan dapat memberi manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada yang tercinta. Selamat mencuba di rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.