resepi pulut kuning 3

Tercari-cari resepi pulut kuning? Haa ni mesti nak makan dengan rendang ayam atau kari ayam yang sedap kan?Tak perlu risau dah sebab anda telah jumpa jalan penyelesaiannya.

Sekarang, meh saya kongsi sedikit ilmu yang saya belajar kepada anda semua. Confirm bila digandingkan bersama akan meletop kebabom rasanya.

Tak percaya? Ehh kena la percaya sebab dah terbukti tau keenakannya. Tahap enak tu sampai menjilat jari tau.

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati
foodyas.com

Haa jangan main-main bila saya cakap sedap haha. Tapi memang betul, ianya sedap, lembut dan cukup semua rasa. Perfect gitu.

Ni kalau perfect boleh dijadikan calon isteri atau suami. Tapi kalau versi makanan kalau perfect mesti la layak dikunyah dengan penuh perasaan? Aumm.

Kalau dulu biasa kita dengar resepi pulut kuning ni dimasak bila ada majlis keraian, majlis bertunang, kahwin dan sebagainya. Biasanya ianya dikukus dan diletakkan seekor ayam golek serta sekelilingnya dipacak dengan bunga telur pahar. Haa tahu tak ianya dipanggil sebagai pulut semangat tau.

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati

Kalau tanya orang tua-tua dulu memang mereka sangat arif tentang pulut semangat. Ehh tapi topik kita sekarang ni tentang resepi pulut kuning yer. Jangan salah faham pula hehe.

Saja jer nak throwback benda lepas. Memang sesetengah orang cakap biarkan benda yang lepas terus berlalu. Jangan terus diingat.

Tapi bagi saya, sejarah lepas atau benda lepas tu la mengajar kita untuk terus kuat yer. Bukannya tak boleh flashback atau throwback semua. Boleh jer tapi pastikan kaki kita terus melangkah ke depan sambil kita toleh ke belakang.

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati
kompasiana.com

Senang cerita, kita toleh belakang bukan sebab kita tak move on. Tapi sebab kita nak ingatkan diri kita kenapa perlu terus lihat ke depan. Sebab dah takde benda untuk diingat bila kita toleh ke belakang.

Tapi dalam hal resepi pulut kuning ni kita ada sebab nak throwback. Sebabnya kita nak pahat dalam memori yang warisan masyarakat Melayu kaya dengan adat dan budaya. Yer la takut hilang dari ingatan kalau tak takde yang nak throwback.

Betul tak? Hehe rasa macam tetiba jadi emo jer. Tak tahu la kalau sentuh bab warisan Melayu ni jadi sensitif sikit.

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati

Bayangkan kalau tiada yang nak pertahankan warisan nenek moyang kita. Nanti apa jer yang tinggal untuk diwarisi kepada anak cucu kita? Hmm fikir-fikirkan lah sebab semua educated dan boleh berfikir dengan waras.

Cara buat Warna Pulut Kuning Simple Cantik dan Sekata

OK, done bebel. Sekarang, saya akan kongsikan cara nak buat warna pulut kuning kita cantik dan sekata. Nak tahu tak macam mana caranya?

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati
ainries.com
  • Asam Keping/Asam Gelugur Direndam Bersama Beras Pulut

Pertama, saya guna asam keping atau asam gelugur untuk direndam bersama beras pulut. Apa tujuannya? Ianya untuk menjadikan warna melekat pada beras yang kita kukus.

Mesti ramai jer kan tak terfikir cara ni? Haa nanti boleh mencubanya di rumah ok? Semasa proses merendam beras, saya juga suka kacau beras 2 atau 3 kali.

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati
daily-groceries.com
  • Tambahkan Sedikit Kunyit Hidup Dalam Rendaman Beras

Mak saya kata kita kacau untuk bagi beras tu sekata dengan warna nanti. Untuk bagi warna pulut lebih terang, masukkan sedikit kunyit hidup yang ditumbuk dalam rendaman beras. Bila dikukus beras yang direndam warnanya akan nampak terang dan menarik setiap mata yang memandang.

Kan kebanyakan orang suka pulut yang warnanya sederhana, tak terang dan tak terlalu pucat. Jadi boleh la cuba cara ni. Mesti ramai yang puji warnanya yang nampak menarik dan berseri-seri.

Cara memasak Pulut Kuning Simple

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati
mudah.com

Selain itu, terdapat dua cara untuk memasak iaitu mengukus atau menggunakan rice cooker. Biasa kaedah kukus, kita akan rendam beras pulut dengan kunyit/ pewarna kuning dan asam keping. Kemudian, ianya dikukus seterusnya diangkat dan digaul dengan santan.

Dan akhirnya, dikukus sekali lagi hingga pulut betul-betul masak dengan sempurna. Kaedah kedua ialah menggunakan rice cooker. Cara ni sesuai untuk sesiapa yang tiada masa dan nak bagi pulut cepat masak.

Caranya, masukkan semua bahan ke dalam rice cooker. Kemudian, tekan ‘cook’. Bila dah mendidih, kita kacau sebentar untuk elakkan menjadi berkerak atau warna tak sekata. Lepas tu, biarkan pulut masak seperti biasa.

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati
estore.pensonic.com

Simple dan mudah kan? Tak perlu susah payah nak kukus lama-lama. Tapi nak tahu tak, kalau nak tekstur pulut kita cantik, berkilat dan tidak lembik.

Kita kena guna kaedah memasak pertama iaitu mengukus. Biar la orang cakap lambat tapi bila masak kualitinya lebih baik berbanding rice cooker. Tak percaya? Try la buat.

Terima kasih diucapkan kepada Cik Raja Amanina. Beliau sudi untuk berkongsi resepi pulut kuning simple kepada kita untuk cuba bersama. Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk masak?

Resepi Pulut Kuning Simple

Bahan-bahan:

  • 1 kilo beras pulut cuci bersih dan rendam bersama pewarna kuning
  • 1 keping asam keping
  • 1 kotak kecik santan kara- masak sekejap bersama sedikit air, garam dan sedikit gula
  • garam dan gula secukupnya
  • air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Rendam beras pulut bersama pewarna kuning dan asam keping(petua untuk kilatkan pulut) selama 3/4 jam.
  2. Kemudian, kukus beras pulut biar wapnya naik. Sebelum kukus, toskan beras pulut dari air rendamannya.
  3. Seterusnya, angkat dan gaul seketika pulut dengan santan (santan dimasak sebentar bersama sedikit air, garam dan sedikit gula) hingga sebati. *santan kena masak supaya pulut lambat basi.
  4. Kemudian, kukus semula pulut hingga masak dengan sempurna.
  5. Angkat dan hidang bersama masakan kegemaran anda.

resepi-pulut-kuning-9 Resepi Pulut Kuning Sedap Berlemak Nak Tolak Pun Tak Sampai Hati

Do not forget to try it at home okay? Hopefully, it give benefit to all of us. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan rapat, keluarga dan insan yang tercinta.

Selamat mencuba. Selamat menjamu selera bersama yang tercinta. Spread our love through our cooking.

Make everyone around us feel it through what we cook. Always positive and trust that you can cook well.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.