Mesti ramai yang tertunggu-tunggu resepi pulut pagi yang memang tersohor di kalangan penduduk Kelantan. Juadah ni masak akan dipanggil pulut pagi walaupun kita makan waktu tengahari, malam atau petang. Memang unik kan.
Jadi disebabkan ianya begitu unik maka tak hairan kalau juadah ni sangat sedap dan mengenyangkan. Pasti sesiapa yang dah cuba makan juadah ni akan akui kebenaran ni. Dah la sedap lepas tu mengenyangkan pula.
Memang tak rugi langsung kalau anda atau sesiapa pun mencubanya. Pasti sekali makan nak lagi. Kalau tak percaya cuba la dulu.
Resepi pulut pagi memang digemari oleh semua lapisan umur tidak kira tua ataupun muda. Dan yang lagi menarik. Bukan sahaja masyarakat Melayu yang sukakan juadah ini.
Malah, masyarakat Cina da India pun menyukainya. Ini mesti disebabkan keenakan pulutnya yang dicicah dengan kelapa parut. Mmm yummy.
Jadi siapa jer yang mampu menolak juadah yang sesedap ni kan. Kalau yang sesiapa yang berkunjung ke Kelantan. Pasti akan mencari juadah ni dulu untuk mencubanya.
Senang jer nak cari juadah ni kat Kelantan. Pergi jer ke Pasar Siti Khadijah, Pasar Jelawat ataupun kedai makan mana-mana. Pasti mereka akan menghidangkan juadah ni.
Jenama Beras Pulut Yang Sedap
Nak hasilkan resepi pulut pagi yang sedap dan menyelerakan. Mesti la menggunakan beras pulut yang sedap. Jadi masa nak beli beras pulut.
Kita mesti pilih yang betul-betul elok kualitinya. Nanti masakan kita akan jadi sedap. Sebab dijamin tekstur beras pulut yang berkualiti lagi sedap, lembut dan menggiurkan selera makan semua. Jadi, antara jenama beras pulut yang selalu digunakan untuk membuat resepi ni.
Sudah semestinya jenama beras pulut yang sedap iaitu pulut cap angsa emas. Kalau nak tahu sememangnya beras pulut ni wangi, lembut dan sedap. Siapa yang pernah mencuba jenama ni pasti tahu.
Tapi semua tu bergantung kepada selera lidah masing-masing. Kalau anda lagi sukakan jenama lain guna jer. Tiada yang nak marah atau condemn anda.
Sebab kita tak boleh paksa orang sukakan apa yang kita suka. Begitu juga sebaliknya orang tak boleh paksa kita suka apa yang kita tak suka. Hidup ni sangat simple.
Cara Kukus Pulut
Resepi pulut pagi lagi sedap dan menyelerakan bila kita tahu cara kukus pulut yang betul. Fuhh kalau anda tahu cara yang betul mesti anda akan menghasilkan resepi yang sangat sedap. Dan semestinya akan digemari dan disukai ramai.
-
Rendam Beras Pulut Terlebih Dahulu
Cara kukus pulut yang menggunakan teknik yang betul. Pastikan anda rendam beras pulut terlebih dahulu. Sebaiknya, rendamkan beras pulut selama semalaman supaya ianya betul-betul lembut.
Kalau beras dah betul-betul lembut nanti senang la kita nak mulakan proses mengukus. Nanti tiada la masalah beras pulut masih keras di bahagian dalam sebab masa rendam pulut yang sekejap. Lepas siap rendam semalaman beras pulut.
-
Toskan Beras Pulut Seketika
Toskan seketika beras pulut daripada air rendamannya. Kemudian, panaskan kukusan hingga airnya betul-betul mendidih. Gunakan jaring yang digunakan untuk menyimpan bawang.
Ianya sesuai untuk memastikan beras pulut tidak jatuh ke dalam air kukusan. Letakkan jaring tersebut kemudian masukkan beras pulut dan ratakannya. Bila dah rata tutup menggunakan penutup kukusan.
Kukus ia hingga masak dengan sempurna. Bila dah masak, angkat dan boleh la digaul dengan bahan lain untuk membuat resepi ni. Senangkan.
Nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Ramai yang kukus dengan cara yang salah. Sebab tu pulutnya tak menjadi seperti yang kita nak.
Apa Yang Dimaksudkan Dengan Beras Pulut
Lupa nak kenalkan apa yang dimaksudkan dengan beras pulut. Yer la tak kenal maka tak cinta. Jadi kita perkenalkan sikit apa itu beras pulut.
Mungkin ada segelintir daripada kita tidak kenal dengan beras pulut. Jadi kita kena la perkenalkan dulu. Kalau tak macam mana nak masak juadah ni kalau tak kenal beras pulut.
Beras pulut atau nama lainnya glutinuous rice. Berasnya jenis yang selepas dimasak akan sedikit melekat seperti gam. Tapi rasa beras ni sungguh sedap dan boleh mengenyangkan perut macam kita makan nasi.
Kebiasaannya, juadah yang dimasak menggunakan beras pulut ialah pulut kuning, seri muka, pulut pagi dan sebagainya. Memang sedap hingga tak terkata tau.
Sekali makan pasti nak lagi dan lagi.
Tak percaya? Anda kena cuba sendiri baru la tahu macam mana penangan juadah ni nanti. Kebiasaannya, padi pulut ditanam di Asia Tenggara contohnya Laos, Thailand dan sebagainya.
Memang kebanyakan tanah di Asia Tenggara ni sesuai untuk penanaman padi pulut. Sebab tu negara-negara di Asia Tenggara antara makanan utamanya adalah beras pulut. Sedap sangat bila dibuat kuih muih ataupun apa-apa resepi menggunakan beras pulut.
Dulu masa kecil-kecil mesti mak akan masakkan untuk kami adik beradik. Yer la bila tanak pulut dan tak habis nak makan. Jadi daripada membazir.
Mak akan buat pulut pagi untuk kami makan bersama-sama. Memang mula-mula makan tu rasa pelik juga kerana rupanya yang sedikit hitam. Tapi lepas tahu yang warnanya jadi macam tu kerana gula melaka.
Terus perasaan membuak-buak nak cuba. Memang pertama kali cuba. Kami makan sampai licin satu pinggan.
Yer la disebabkan kami adik beradik pertama kali makan. Dan rasa juadah ni memang sedap hingga menjilat jari. Memang takkan pernah menyesal kalau anda cuba sendiri makan nanti.
Kalau sesiapa yang pernah cuba makan mesti tahu betapa sedapnya resepi ni. Lagipula, namanya jer pulut pagi. Tapi terserah pada kita nak makan masa mana.
Kalau makan petang, malam atau tengahari pun. Ianya masih dipanggil pulut pagi. Wahh unik dan menarik kan namanya. Tu baru nama tau tak makan lagi.
Kalau dah makan mesti rasa kempunan nak makan tiap-tiap hari. Lepas makan juadah ni pasti anda takkan makan nasi dah. Sebabnya, pulut ni memang mengenyangkan sama macam nasi.
Mmm yummy. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi pulut pagi. Untuk kita sama-sama cubanya bersama. Apa tunggu lagi.
Meh la kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuatnya. Kalau nak tahu, bahan-bahan yang diperlukan memang senang untuk didapati. Dimana-mana pasar, Tesco atau Giant.
Resepi Pulut Pagi Ala Kelantan
Bahan-bahan:
-500gm beras pulut cuci bersih rendam 1/2jam
**nak rendam semalaman pun boleh lagi bagus
-1 cawan air
-3 keping gula melaka
-1 senduk kecik gula
-1 sudu besar air kapur(yang jernih)
-1 helai daun pandan
-1/2 biji kelapa parut gaul garam,gula sikit(kukus sekejap)
Cara Penyediaan:
- Masukkan air, gula melaka, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Kemudian, masak hingga gula larut sepenuhya dan menjadi sedikit pekat. Tuangkan air kapur dan biarkan ia masak untuk seketika. Angkat dan tapis.
- Dididhkan air dalam kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pulut sekurangnya 20 minit hingga sedikit masak dan naik wap.
- Kemudian, angkat kukusan yang mengandungi pulut. Masukkan air gula yang dimasak tadi kemudian gaul ia biar sebati dengan pulut.
- Masukkan pulut sekali lagi ke dalam kukusan. Kemudian, kukus pulut hingga masak dengan sempurna. Bila dah masak sempurna.
- Angkat dan gaulkan pulut seketika menggunakan sudip supaya sebati.
- Siap untuk dihidangkan bersama kelapa parut.
Selamat mencuba resepi ini. Jangan lupa pula untuk kongsikan resepi ini kepada semua orang yang anda kenal. Semoga perkongsian resepi pada kali ini memberi manfaat kepada semua pembaca.