resepi rendang ayam simple 1

Tak lama lagi nak sambut Hari Raya Aidilfitri? Tak sabar nak masak rendang untuk para tetama? Meh kita sama-sama tengok resepi rendang ayam simple.

Mesti anda akan tertarik akan keenakan dan kelazatannya. Kalau sesiapa yang pernah makan masakan ni mesti dah telan air liur banyak kali kan? Haha yer la sebab sedap sangat jadi akan terimbau-imbau keenakannya tu.

Betul tak apa yang saya cakap? Dan bagi sesiapa yang belum cuba makan rendang ayam simple. Anda pasti akan tergoda dan tidur malam pasti akan mengigaukan nak makannya.

Sebab kebanyakan orang akan kata tengok gambar sahaja dah terliur nak makan. Apatah lagi kalau makanan tu dah ada depan mata. Memang kena ngapp sampai berpinggan-pinggan la kan?

resepi-rendang-ayam-simple-2 Resepi Rendang Ayam Simple Sedap Dimakan Menjelang Perayaan Aidilfitri
popmama.com

Yang rela tambah hingga berpinggan-pinggan tak payah cakap la kan? Sampai tak ingat tengah diet ke tak. Haa ni disebabkan penagan rendang ayam simple kita ni la.

Fuhh dahsyat sungguh penangannya tu. Sampai ramai yang tewas haha. Tetiba teringat bila pertama kali saya makan rendang ayam simple ni.

Masa tu hari pertama raya Aidilfitri. Kakak ipar saya yang berasal daripada Kuala Lumpur masakkan untuk kami sekeluarga. Masa pertama kali tengok masakan ni rasa janggal dan tak rasa nak cuba.

resepi-rendang-ayam-simple-2 Resepi Rendang Ayam Simple Sedap Dimakan Menjelang Perayaan Aidilfitri
pinterest.com

Tapi bila rasa rugi pulak tak cuba, apa lagi saya terus ambil pinggan dan nak makan. Masa pertama kali suap ke dalam mulut dan kunyah perlahan-lahan. Perghh rasa nak nangis kuat-kuat.

Bukan sebab pedas ke apa. Sebab rasanya begitu sedap sampai rasa terharu tahap nak nangis. Yeay nasib baik saya cuba makan rendang ayam simple ni.

Kalau tak menyesal sampai ke tua la nanti. Haha yer la sebab sedap dan semua rasa cukup. Siapa jer yang tak cakap sedap kan?

resepi-rendang-ayam-simple-2 Resepi Rendang Ayam Simple Sedap Dimakan Menjelang Perayaan Aidilfitri

Memang berpinggan-pinggan la saya makan. Lagi-lagi bila dimakan dengan pulut kuning atau lemang. Memang sempurna sangat gandingannya tu.

Macam biasa kita dengan kalau pengantin sama cantik sama padan kan? Kalau versi ni kita boleh cakap sama sedap sama memukau. Haha abaikan la tapi nak cakap kat sini memang sedap giler la rasanya.

Cara Masak Rendang Ayam Simple Tahan Lama Dan Tak Basi

Ada yang pernah tanya saya macam mana nak masak rendang ayam yang tahan lama dan tak basi. Meh saya kongsikan apa yang saya tahu. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua orang.

Tahukah anda ada dua cara nak masak rendang ayam yang mudah dan tahan lama?  Pertama, dengan bahan asli menjadikan rendang kita sedap manakala cara kedua ialah rendang ayam hijau.

resepi-rendang-ayam-simple-2 Resepi Rendang Ayam Simple Sedap Dimakan Menjelang Perayaan Aidilfitri
facebook.com

Sekarang, nak tahu cara yang pertama atau ke dua dulu? Haa pilih-pilih mana-mana yang berkenan di hati tu. Tapi kan elok kita bagitahu cara yang pertama dulu la yer.

Tak elok langkah bendul. Orang tua-tua cakap tak elok haha. Dan kalau rasa pelik dengan kedua-dua cara ni baik kita dengar dulu.

  • Buang Kulit Ayam Sebelum Memasak

Macam yang mat salleh cakap, do not judge a book by its cover. Haa gitu, cara pertama untuk masak rendang yang simple dan tahan lama. Buangkan kulit ayam terlebih dahulu sebelum memasaknya.

Ehh kenapa nak buang? Kalau nak tahu, masakan ni dah berminyak jadi kalau tak buang kulit ayam ianya jadi makin berminyak. Nak ke makan makanan yang banyak minyak?

Semua sedia maklumkan makan makanan berminyak ni tak elok untuk kesihatan. So, just follow the flow what i am going to share with you guys. OK, let’s continue to the next step.

  • Kurangkan Penggunaan Air Di Dalam Masakan

resepi-rendang-ayam-simple-2 Resepi Rendang Ayam Simple Sedap Dimakan Menjelang Perayaan Aidilfitri
hellomagazine.com

Cara kedua, penggunaan air di dalam masakan perlu dielakkan atau dikurangkan untuk buatkan rendang lambat basi. Kena selalu ingat untuk tumis bahan rempah dan santan biar masak dengan sempurna.

Pastikan tangan kita tu sentiasa bergerak untuk kacau bila santan dah dimasukkan. Ia bagi mengelakkan santan pecah minyak sebelum ayam dimasukkan. Senang cerita, santan mesti pecah minyak hanya selepas ayam telah dimasukkan.

Kalau nak tahu, cara ke dua ni isi ayamnya lagi lembut. Kenapa? Sebab ayam dimasak menggunakan api perlahan dan kuah jadi pekat hingga keluarkan minyak. Mmmm sedapnya.

Tapi untuk hari ni saya akan kongsikan cara nak masak masakan ni menggunakan cara pertama. Terima kasih diucapkan kepada Cik Raja Amanina. Kerana sudi sumbangkan resepi rendang ayam simple untuk kita cuba bersama.

Tanpa buang masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?

 

Resepi Rendang Ayam Simple

Bahan-bahan:

  • seekor ayam
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai diketuk
  • 1 senduk cili kisar@cili giling
  • 1 kotak kecik santan
  • 5 helai daun kunyit dihiris halus
  • 5 helai daun limau purut dihiris halus
  • kerisik 3 sudu besar
  • asam keping 2 keping
  • gula garam secukup rasa
  • air
  • minyak untuk menumis

Cara penyediaan:

  1. Bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas ditumbuk atau dikisar hingga hancur.
  2. Panaskan minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar bersama serai dan tumis hingga wangi dan garing.
  3. Tambahkan cili kisar atau cili giling. Kacau hingga pecah minyak. Kemudian ayam dan asam keping dimasukkan. Jika bahan tumisan jadi kering masukkan air secukupnya dan santan. Kacau biar sebati hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  4. Tambah kerisik dan hirisan halus daun kunyit dan daun limau purut. Kemudian, dimasukkan gula dan garam secukupnya.
  5. Kacau hingga pecah minyak. Bila ayam sudah empuk, boleh tutup api. Angkat dan hidang dengan pulut kuning atau lemang.

resepi-rendang-ayam-simple-2 Resepi Rendang Ayam Simple Sedap Dimakan Menjelang Perayaan Aidilfitri

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada kenalan rapat, keluarga dan insan yang tercinta. Semoga sedikit perkongsian yang diberi memberi manfaat untuk semua dalam menyediakan masakan yang enak.

Selamat mencuba dan menjamu selera bersama insan yang tercinta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.