resepi roti puri belon 1

Khas untuk anda semua yang kempunan nak makan resepi roti puri belon mudah, lembut dan gebu. Kita bawakan resepi yang dijamin sedap. Lagi-lagi kalau dicicah sardin, kuah kari kaw dan sebagainya ikut selera masing-masing.

Roti ini sedap dimakan ketika sarapan, waktu petang dan sebagainya mengikut kesukaan anda. Resepi ini sebenarnya berasal daripada negara India. Haa jauh kan resepi ni datang.

Kalau bukan disebabkan teksturnya yang lembut dan gebu. Rasanya roti ni takkan menjadi makanan kesukaan rakyat Malaysia daripada dulu hingga la sekarang. Hebat sungguh kelebihan yang ada pada roti ni sehingga disukai oleh semua orang.

resepi-roti-puri-belon-1 Resepi Roti Puri Mudah, Lembut dan Gebu. Confirm Sedap Menggunakan Yis

Tidak kira bangsa, umur dan agama. Kalau anda nak tahu, dalam bahasa Georgia, puri bermaksud roti. Biasanya kalau anda makan di kedai mamak. Juadah ini ada dijual di sana.

Jadi kalau malas nak buat sendiri boleh la berkunjung ke kedai mamak. Tapi kalau saya lagi suka buatnya sendiri kerana mudah jer. Tak susah pun nak buat resepi roti puri jika kita gunakan tekbik dan cara yang betul.

Bukannya main hentam ikut suka hati kita sahaja. Bayangkan kalau kita ikut betul-betul resepi yang diberikan. Pasti roti akan menjadi lembut dan gebu.

Tips Membuat Resepi Roti Puri

  • Periksa Yis Sebelum Menggunakannya

Ada beberapa tips yang boleh digunakan untuk membuat resepi roti puri. Antaranya, pastikan yis yang digunakan masih dalam keadaan elok. Nak tahu yis dalam keadaan elok senang sahaja.

Caranya jika dimasukkan ke dalam air suam,  selepas beberapa minit. Ia akan beri tidakbalas dengan berbuih. Kalau tak berbuih selepas dimasukkan dalam air suam.

  • Rehatkan Doh Seketika 

Maknyanya yis yang digunakan dah tidak elok. Tips seterusnya ialah selepas adunkan semua bahan. Pastikan anda perapkan ia seketika bagi memastikan yis mengembang dengan baik.

  • Goreng Roti Puri Dalam Minyak Yang Banyak

Kalau tak perapkan/rehatkan seketika nanti masa nak goreng resepi roti puri takkan kembang. Semasa nak goreng pula, pastikan roti yang dah digentel dimasukkan dalam minyak yang panas. Pastikan kuantiti minyak yang digunakan itu banyak supaya roti tenggelam sepenuh dalam minyak.

Dengan cara ni roti akan masak dengan sempurna. Tekstur pun lembut dan gebu selain daripada rasanya yang sedap. Masa menggoreng juga anda perlu gunakan api yang sederhana saja.

  • Goreng Menggunakan Api Sederhana

Tujuannya untuk bagi roti masak sekata. Selain itu, simbahkan sedikit minyak pada roti supaya ia mudah untuk menggelembong. Kemudian baru la diterbalikkan supaya kedua-dua bahagian masak.

Ni la tips yang anda boleh gunakan untuk menghasilkan roti yang enak. Dijamin sekali makan nak lagi. Bukan biasa-biasa tau juadah ni.

Sungguh istimewa sebab makan pun dicicah dengan juadah yang enak seperti sardin. Memang syok habis. Makan pun tak sempat nak toleh orang kiri dan kanan.

resepi-roti-puri-belon-1 Resepi Roti Puri Mudah, Lembut dan Gebu. Confirm Sedap Menggunakan Yis
forum.easyuni.my

Yer la disebabkan syok layan keenakan roti. Lupa nak cakap, memasak memerlukan kesabaran yang tinggi. Kalau tak sabar nak masak benda baru.

Atau tak sabar untuk ikut satu persatu step dalam resepi. Mesti anda tidak akan berjaya untuk masak juadah yang anda inginkan. Bagi saya memasak itu satu kebahagiaan.

Bila kita masak dan lihat apa hasil daripada yang kita masak dengan air tangan sendiri. Maka, automatik hati ni rasa bahagia dan puas hati. Tahap puas hati tu takkan dapat diungkapkan dengan kata-kata.

resepi-roti-puri-belon-1 Resepi Roti Puri Mudah, Lembut dan Gebu. Confirm Sedap Menggunakan Yis
asianparent-assets-my.dexecure.net

Sesiapa yang pernah rasa jer akan tahu bahagia macam mana bila orang puji masakan kita. Perghh rasa macam berbaloi jer segala penat lelah kita berperang di dapur. Tu tak cerita lagi bab air tangan ibu.

Sedapnya tu sampai tahap tak boleh nak bandingkan dengan mana-mana masakan atas muka bumi ni. Satu lagi, anda takkan rasa gembira nak masak kalau anda fikir memasak merupakan tanggungjawab. Yer la kalau kita dah rasa memasak itu suatu tanggungjawab.

Automatik kita akan rasa terpaksa untuk memasak. Bukannya disebabkan kita suka masak. Tapi lebih kepada terpaksa nak masak. Kang ada yang berlapar kalau kita tak masak.

resepi-roti-puri-belon-1 Resepi Roti Puri Mudah, Lembut dan Gebu. Confirm Sedap Menggunakan Yis
resepi roti puri belon 3

Tu yang ada dalam fikiran orang yang takkan rasa gembira bila memasak. Memasak perlu datang daripada hati yang betul-betul nak masak. Dan beri orang sekeliling makan apa yang kita masak.

Setuju tak dengan pendapat ni. Kalau tak setuju tiada masalah sebab setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Setiap manusia ni rambut memang sama hitam.

Tapi hati lain-lain yer. Jadi kita tak boleh paksa orang suka apa yang kita suka. Dan begitu la sebaliknya.

resepi-roti-puri-belon-1 Resepi Roti Puri Mudah, Lembut dan Gebu. Confirm Sedap Menggunakan Yis
pelatihanbisnisindonesia.com

Life is simple. Take it or leave it. Automatically, your heart will never getting hurt by anyone if you follow it.

Kita tak boleh paksa orang untuk suka. Kalau ada yang tak suka dengan apa yang kita suka. Jangan berkecil hati sebab seperti mana yang saya kata.

Mana boleh paksa orang suka apa yang kita suka. Kita hidup bukannya nak puaskan hati mereka. So, stay cool and soon it will be alright.

resepi-roti-puri-belon-1 Resepi Roti Puri Mudah, Lembut dan Gebu. Confirm Sedap Menggunakan Yis
symbols-n-emoticons.com

Jika anda rasa apa yang disampaikan tidak penting semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Berbalik kepada resepi kita yang super hot and awesome.

Terima kasih pada Cik Puan Julieta yang sudi kongsikan resepi roti puri. Rasa rotinya memang sungguh sedap. Tak sia-sia kita belajar resepi ini sebab hasilnya memang seperti yang kita nak.

Mesti dah tak sabar nak tahu bahan apa yang digunakan untuk membuat roti ini kan. Tunggu apa lagi, jom la kita lihat apa bahannya.

 

Resepi Roti Puri

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdb yis
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 3/4 cawan air suam

 

Cara penyediaan:

  1. Satukan tepung gandum, yis, garam, gula dan minyak masak. Gaul biar rata kemudian tuangkan air suam. Gaul biar sebati.
  2. Kemudian, gunakan tangan untuk uli adunan hingga menjadi doh dan tidak melekat pada tangan. Bila adunan dah menjadi seperti doh.
  3. Bentukkan menjadi bulat-bulat seakan bola pingpong. Lalu, perap ia sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih.
  4. Bila bentuk bulat tadi dah kembang, gunakan penggelek serta gelek atas setiap doh bulat hingga nipis.
  5. Panaskan kuali yang mengandungi minyak. Bila minyak dah panas, goreng roti hingga rangup dan keperangan. Masa goreng roti akan menjadi kembang.
  6. Angkat dan toskan seketika sebelum dihidangkan bersama juadah lain.

resepi-roti-puri-belon-1 Resepi Roti Puri Mudah, Lembut dan Gebu. Confirm Sedap Menggunakan Yis

If you believe yourselves that you can cook. The result is you can cook very well. Sebabnya apa yang terjadi pada masa akan datang asalnya datang dari apa yang kita fikir. Jadi, kta kena berfikiran positif dengan apa yang kita nak buat serta buang jauh-jauh benda negatif.

Kelak, kesannya amat dahsyat pada diri kita dan orang sekeliling kita. Jangan sesekali pandang remeh perkara sebegini. Takut nanti memakan diri kita sendiri.

Selamat mencuba dan nikmati resepi ini bersama keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga resepi ini bermanfaat dan memberi ilmu yang baru kepada anda semua.