resepi sagu gula melaka 1

Resepi sagu gula melaka begitu digemari dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hidangan ini merupakan pencuci mulut yang penyediaannya begitu senang dan bila dihidangkan nampak agak versatile. Hidangan ini lebih mendapat sambutan bila tiba bulan puasa.

Jika kita biasa berkunjung ke bazar ramadan atau pasar malam. Pasti ramai yang menjualnya dengan harga yang berpatutan. Tapi bagi saya lebih berbaloi jika kita masak sendiri.

Sebabnya, bila kita masak sendiri kita akan lebih berpuas hati. Paling penting rasanya jauh lebih sedap berbanding yang dijual kat kedai. Mesti laa sebab kita masak dengan penuh kasih sayang kan.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan

Juadah ini sangat senang dan mudah untuk kita sediakan. Namun, jika kita masak dengan sambil lewa atau kurangkan kuantiti bahan yang tidak sepatutnya. Maka, juadah kita menjadi tidak sedap dan kurang menyelerakan.

Resepi sagu gula melaka merupakan salah satu makanan wajib kami sekeluarga bila tiba musim puasa. Terasa tidak lengkap jika juadah ini tidak dihidangkan ketika nak berbuka puasa. Juadah ini menjadi kegemaran ramai bukan sahaja disebabkan rasanya yang sedap.

Tapi disebabkan rupanya yang menarik. Mesti la menarik kalau dah warna-warni kan. Siapa jer yang tak suka benda yang berwarna warni apa lagi kalau makanan. Mesti ramai la yang akan kata mereka sangat suka juadah ini.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan

Mesti ada juga kan dalam kalangan kita yang rasa kalau nak masak sagu sedikit leceh. Yer la takut bila dah masak ia akan bergentel atau melekat antara satu sama lain. Haishh frust kan.

Dulu saya pun ada pengalaman macam tu juga tapi lepas try and error. Saya temui satu cara nak pastikan sagu tidak bergentel dan nampak cantik bila dihidangkan nanti. Memang seronok sangat bila tengok hasilnya sendiri.

Perasaan masa tu happy, bangga dan bersemangat nak masak lagi dan lagi. Yer la sebab dah berjaya kan jadi kita akan rasa puas dan lebih bersemangat lagi nak masak. Memasak ni sebenarnya perlukan teknik dan cara yang betul.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
pixabay.com

Kalau kita pandai masak macam mana sekalipun. Tapi tak tahu teknik dan cara yang betul untuk masak resepi sagu gula melaka. Maka masakan kita tak dikira sedap lagi tau.

Orang kata kurang umphh gitu. Macam mana nak lagi umphh tu mesti la kena belajar lagi teknik dan cara yang betul untuk masak. Betul tak?

Cara Buat Sagu Gula Melaka yang Sedap dan Kelihatan Cantik

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
shopee.com.my
  • Bilas Sagu Terlebih Dahulu

Kalau orang tua dulu mereka memang ajar banyak cara. Bagi menghasilkan resepi sagu gula melaka yang sedap, kemas dan cantik bila dihidangkan. Salah satu caranya ialah kita bilas sagu terlebih dahulu untuk buang kanjinya.

Bila kita bilas terlebih dahulu, hasilnya sagu kita akan lebih cantik dan bentuknya lebih kental. Jadi masa nak hidangkan masakan kita ia akan nampak lebih menarik dan kemas. Barulah membangkitkan nafsu makan kepada setiap mata yang memandangnya.

Memang mata mereka akan terpukau dan perut juga mula nak berkeroncong. Maka mulut pun akan meminta untuk disuapkan juadah ini. Aumm.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
susanmacfarlanenutrition.com

Masa proses nak bilas sagu, jika anda nampak macam sagu kelihatan nak hancur. Abaikan sahaja dan terus bilas ia dengan air dan toskan seketika. Hasilnya, sagu tidak akan melekat satu sama lain.

Ada yang lebih suka guna cara masak sagu di dalam air yang mendidih. Caranya, panaskan air kemudian bila air dah mendidih. Tangan kanan kacau air sentiasa dan tangan satu lagi masukkan sagu sedikit demi sedikit.

Pastikan masa masukkan sagu kedalam air mendidih anda perlu sentiasa kacau sagu supaya tidak melekat. Sebab sagu ni macam gam. Jika bersentuh dengan air panas ia akan cepat melekat antara satu sama lain.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
imgbin.com

Jadi, caranya masa tuangkan sagu kita kena rajinkan tangan untuk kacau ia supaya tak melekat.

Haishh tetiba terbayangkan bila pencuci mulut ni dah siap. Kita masukkan ke dalam peti air dan biarkan ia sejuk seketika. Dah betul-betul sejuk kita makan pada waktu santai bersama yang tersayang.

Fuhh nikmat sangat rasanya. Haa sebelum terlupa, kalau anda nak gunakan kuah santan. Pastikan anda seimbangkan rasa pekat dan masin pada kuah santan. Sebab kuah perlu sedikit masin kerana kita nak seimbangkan rasa manis daripada gula melaka.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
stock.adobe.com

Nanti rasa pencuci mulut kita akan lebih seimbang antara manis, masin, pekat dan sedikit berlemak. Bila bayangkan sahaja dah cukup nikmat apatah lagi kalau dah ada di depan mata. Mesti berkali-kali kita tambah kan.

Bagi gula melaka pula ramai yang syorkan kepada saya untuk guna gula merah Thai. Katanya lebih sedap dan warnanya juga jauh lebih cantik bila dimasak bersama dengan gula melaka. Memang terbukti sungguh sedap dan warnanya lebih menarik daripada biasa.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
shopee.com.my

Cuba la nanti. Kalau anda semua tak cuba mana nak tahu ianya betul ke tak. Sebab sesetengah daripada kita ni ada yang jenis suka menghukum kata tak sedap. Padahal, dia belum mencubanya lagi.

Sebaiknya, sebelum kita nak menjatuhkan hukum kepada sesuatu itu. Kita perlu selidik dan cubanya terlebih dahulu. Do not judge a book by its cover.

Nanti diri sendiri juga yang akan rugi. Yer la sebab dah lepaskan peluang keemasan nak belajar ilmu baru. Kena selalu ingat yang rezeki tak datang bergolek depan kita.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
lovepik.com

Jadi, kita la yang kena usaha dan cari sendiri. Baru la kita ni ada kemajuan dari hari kehari. Kalau nak tunggu orang datang ajar atau buat untuk kita.

Maka sampai bila-bila kita tak kan pandai dan kuasai sesuatu bidang. Jangan jadi manusia yang suka mengharapkan simpati dan peluang datang di depan mata. Tapi, jadi la manusia yang bertindak sekarang tanpa mengharapkan sesiapa kecuali Allah SWT.

If you trust yourselves, you can do everything that you want. Just imagine, if you do not trust yourselves. How could others trust you.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan
siakapkeli.my

Terima kasih kepada Raja Amanina kerana memberikan resepi sagu gula melaka untuk kita cuba bersama. Mesti anda semua tak sabar nak memasak kan. Tanpa membuang masa, apa kata kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pencuci mulut ini.

 

Resepi Sagu Gula Melaka

*Sagu Gula Melaka*

 Bahan-bahan:

-2 cawan sagu
-6 cawan air
-pewarna ikut suka
(Warna purple tu nina mix pewarna pink&biru)

Cara Penyediaan:

  1. Cuci sagu hingga bersih. Kemudian, masukkan pewarna ke dalam sagu yang telah dicuci bersih dan rendam selama 30 minit. Angkat dan toskan seketika.
  2. Panaskan periuk. Tuangkan air secukupnya dan masak hingga mendidih. Tambahkan sagu yang telah ditoskan tadi.
  3. Kemudian, kacau perlahan sagu tadi supaya tidak berketul dan masak sekata. Nak tahu sagu masak sekata bila dah tiada biji-biji putih pada sagu.

 

*Kuah*

Bahan-bahan:

-1 tin susu cair
-gula melaka secukupnya
-air 1/2 cawan
-1 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Didihkan air di dalam periuk. Masukkan gula melaka dan daun pandan. Masak hingga gula melaka cair sepenuhnya. Angkat dan sejukkan seketika.

Cara Nak Hidangkan:

  1. Masukkan gula melaka ke dalam mangkuk atau gelas. Tambahkan sagu kemudian susu cair. Siap untuk dinikmati seisi keluarga.

resepi-sagu-gula-melaka-2 Resepi Sagu Gula Melaka Sesuai Untuk Pencuci Mulut Bulan Ramadan

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua orang. Jika kita berkongsi ilmu maka ilmu kita makin berganda bukannya berkurang. Jadi, kongsikan resepi ini buat semua kenalan anda.

Supaya ianya mendatangkan manfaat buat semua. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.