Sebut jer resepi sambal ikan bilis pasti ramai yang membayangkan keenakan dan kerangupannya. Juadah ini biasanya dimakan bersama nasi lemak, nasi putih atau dicicah dengan lempeng. Perghh memang sedap kesemuanya tinggal kita jer pilih nak makan macam mana.

Yer la setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. Kita tak boleh paksa orang suka apa yang kita suka. Jadi makan la ikut citarasa masing-masing sebab tiada siapa yang nak marah.

Resepi ini dah lama saya tak masak. Macam mana tercetusnya idea nak masak resepi ini kembali? Sebabnya tetiba rasa bosan dengan menu yang hampir sama setiap hari.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah
kanya.id

Lepas tu tiba-tiba rasa nak makan masakan yang berasaskan sambal jer hari ni. Jadi salah satu resepi yang bermain dalam kepala saya masa ni ialah resepi sambal ikan bilis. Rasa teruja sangat nak masak resepi yang dah lama kita tak masak.

Kalau sebelum ni kalau nak makan resepi ni saya selalu beli nasi lemak kat tepi jalan sahaja. Dapat la merasa makan sambalnya bersama ikan bilis. Terubat la rindu sikit.

Bukan tak nak masak sendiri kat rumah. Tapi sekali sekala nak juga makan masakan luar. Yer la hidup ni macam pusingan roda. Hari ni kita kata suka esok kita kata benci.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah
cempedakcheese.com

Haha apa kaitannya dengan resepi pada kali ni yer. Bukan apa cuma nak cakap yang manusia ni cepat berubah. Hari ni kata nak makan ayam esok bila tanya balik dia nak makan ikan.

Tapi resepi sambal ikan bilis saya tak pernah berubah tau. Tetap sedap dan enak macam dulu walaupun penyediaannya cukup simple. Ramai yang suka dengan resepi ni kerana keenakan sambalnya yang serba serbi cukup dari segi rasa.

Rasa masin, manis dan pedas cukup seimbang hingga membangkitkan selera makan sesiapa yang menikmatinya. Kalau hanya sesuap dua memang tak cukup dengan juadah ini. Mesti anda akan tambah nasi berkali-kali disebabkan keasyikan kunyah ikan bilis yang rangup.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Disamping rasa sambalnya yang sememangnya meletop dan awesome. Bagi yang tak pernah mencubanya lagi anda dinasihatkan untuk mencubanya sendiri. Kalau sesiapa yang dah pernah makan pasti tak terkira berapa kali anda telan air liur kan.

Takpe sabar sikit jer lagi nanti kita kongsikan resepi yang cukup simple tapi yang penting sedap ni. Lepas ni jangan kata saya tak payungkan resepi pula yer. Nak mahir dalam memasak kena rajin try and error.

Kalau nak sekali masak terus sedap macam tahap chef masak tak dapat la kan. Melainkan anda masak dan chef dok sebelah bagi arahan kat anda. Tu mungkin membuatkan masakan anda rasa sedap.

Tips Sambal Ikan Bilis Sedap Dan Tahan Lama

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Mesti semua ada pengalaman masak resepi sambal ikan bilis yang tak tahan lama dan cepat basi. Haish frust sangat kalau masak masakan yang tak tahan lama. Yer la sebab kita mengharapkan sambal ni tahan lama dan boleh dijadikan bekal ketika travel.

Tumis Bahan Yang Dikisar Hingga Pecah Minyak

Takpe mulai hari ni anda tak perlu risau sebab ada beberapa cara untuk sambal tahan lama dan sedap. Pertama, tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak. Salah satu sebab kenapa sambal tak tahan lama ialah disebabkan sambal ditumis tidak pecah minyak.

  • Tambahkan Sedikit Cuka Makan Ke Dalam Bahan Kisar

Selain itu, ada yang syorkan untuk masukkan sedikit cuka makan dalam bahan yang nak dikisar. Fungsi cuka adalah untuk memastikan sambal tahan lama dan tidak mudah rosak. Seterusnya, masa nak kisar bahan-bahan elakkan penggunaan air.

  • Elakkan Penggunaan Air Untuk Kisar Bahan

Sebaiknya digantikan dengan sedikit minyak atau kalau nak gunakan air juga. Pastikan air yang digunakan sedikit sahaja. Hanya untuk menggerakkan mesin pengisar sahaja.

  • Penggunaan Bahan Mentah Yang Segar

Kualiti bahan-bahan yang digunakan untuk memasak sambal perlu dititikberatkan juga. Pastikan bahan mentah seperti bawang, cili kering, ikan bilis dan sebagainya masih segar. Kalau nak sambal tahan lama dan sedap meletop aspek ni perlu diambil serius.

  • Simpan Sambal Di Dalam Bekas Kedap Udara

Selepas sambal siap dimasak, sebaiknya simpan sambal di dalam bekas kedap udara. Dan jika nak makan gunakan sudu atau alatan yang bersih untuk mengambilnya. Jangan gunakan sudu yang kotor atau basah semasa nak keluarkan sambal daripada bekas.

Nanti sambal cepat basi dan mudah berkulat. Tak susah pun nak simpan sambal biar ia tahan lama. Asalkan kita ikut cara dan teknik yang betul ianya tidak menjadi masalah.

Sesetengah orang berpendapat nak memasak sambal adalah remeh. Tapi mereka tak tahu benda ni menjadi remeh sebab mereka tidak mengikut cara yang betul. Haa kalau cuba cara ni pasti anda akan rasa senang jer nak masak sambal.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah
facebook.com

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi sambal ikan bilis untuk dicuba bersama. Semoga beliau dimurahkan rezeki dan kesihatan untuk terus berkongsi resepi dengan kita semua. Tips semua kita dah kongsikan.

Haa apa kata kita tengok bahan apa yang diperlukan untuk memasak resepi ini. Kalau dah ada bahan-bahannya senang la kita nak memulakan misi kita nak memasak. Mesti dah ada yang tak sabar kan nak tahu bahan apa yang diperlukan untuk memasak.

Jom kita usha sikit bahan-bahannya.

 

Resepi Sambal Ikan Bilis Simple Tapi Sedap

Bahan-bahan:

  • 300g ikan bilis (potong dua dan basuh)
  • 1 biji bawang besar (potong bulat buat hiasan)
  • 2 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Cara penyediaan:

  1. Kisar bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, belacan, halia dan cili kisar hingga hancur.
  2. Masukkan minyak ke dalam kuali. Bila minyak dah panas, masukkan ikan bilis dan goreng hingga rangup. Angkat dan ketepikan untuk seketika.
  3. Menggunakan lebihan minyak menggoreng ikan bilis, tumis bahan yang dikisar sebentar tadi hingga pecah minyak dan naik bau. Kacau sekali sekala untuk elakkan sambal menjadi hangit.
  4. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Kacau lagi sekali serta tambahkan ikan bilis yang ditoskan tadi.
  5. Taburkan bawang besar dan kacau lagi sekali biar sambal sebati dengan ikan bilis. Tutup api.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan sayur goreng.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Goreng ikan bilis hingga rangup.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Tambahkan gula secukupnya.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Tambahkan garam secukupnya.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Pastikan sambal masak dengan sempurna.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Masukkan ikan bilis.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Taburkan bawang sebagai hiasan.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Kacau seketika biar sebati.

resepi-sambal-ikan-bilis-5 Resepi Sambal Ikan Bilis Terlajak Simple. Rangup Krupp Krapp Bila Dikunyah

Siap untuk dihidangkan.

 

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat untuk kita bersama. Ilmu yang telah dikongsikan ini sebaiknya dikongsikan juga kepada rakan-rakan yang lain. Supaya semua orang dapat menikmati resepi yang simple tapi sedap ni.

Lagi pula, jika kita kongsikan ilmu yang kita ada. Maka ilmu kita akan makin bertambah bukannya makin berkurang. Jadi lepas ni jangan amalkan sikap kedekut ilmu lagi.

Rugi sangat kalau kita kedekut ilmu dengan orang sekeliling kita. Banyangkan kalau kita kongsikan ilmu yang kita ada kat orang lain Kemudian, orang tu juga kongsikan ilmu baru kepada kita. Haa siapa yang untung, kita juga kan yang untung.

Selamat mencuba resepi ini di rumah.