resepi sambal penyet tahan lama 1

Bestnya kalau dapat makan resepi sambal penyet tahan lama bersama nasi ayam penyet atau ikan goreng. Fuhh mesti berdesing telinga kerana kepedasan sambalnya yang cukup padu. Cara penyediaannya juga menggunakan versi simple tapi yang paling penting sambal padu dan sedap.

Perghh memang syok kalau dapat layan tahap kepedasannya tu. Memang kalau orang yang suka makan pedas ni. Kalau dapat makan sambal penyet ni sekali ia akan menjadi kepuasan buat mereka.

Betul tak? Walaupun makan tu sok sek sok sek menahan rasa pedasnya sambal. Tapi benda tu la menjadi kepuasan buat kita.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
gengtravel.com

Ala kalau yang tak suka pedas tapi nak cuba resepi sambal penyet tahan lama. Anda boleh jerr kurangkan tahap kepedasan sambal tu. Gerenti sedap dan takkan menyesal tau kalau anda semua cuba.

Bukan setakat untuk dimakan jer. Resepi sambal penyet tahan lama ni boleh dijadikan stok di dalam peti ais. Tinggal kalau nak makan hanya perlu bawa keluar jer.

Perghh mesti ramai yang teruja kan bila saya bagi tahu macam tu? Best kalau dapat buat stok banyak-banyak dalam peti ais. Happy la tu kan?

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
sinarharian.com.my

Hahaha orang kata walaupun tahap kepedasan tu hingga berdesing telinga. Namun bila dah sedap di lidah memang takkan berhenti makan. Betul tak?

Berhenti hanya bila pinggan tu dah licin. Perghh syok tu tahap tak boleh diucapkan dengan kata-kata. Eleh macam la kita tak tahu haha.

Ada orang tidak akan mempunyai selera jika tiada resepi sambal penyet tahan lama bila makan. Ada sesetengah orang pula di rumahnya wajib ada sambal penyet. Kalau tiada mesti semua orang tak lalu nak makan.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap

Perghh hebat sungguh penangan sambal penyet ni pada semua kan? Biasa la lidah orang Asia Tenggara terutamanya rakyat Malaysia. Memang sukakan masakan yang ada rasa pedas.

Baru la syok layan makan nasi tu. Hahaha kalau tiada sambal alamaknya kemurungan la semua orang. Hehehe tapi dengan adanya resepi ni.

Anda semua jangan risau sebab memang gerenti sekali cuba nak cuba lagi dan lagi. Biasa kalau beli di kedai makan. Boleh tahan mahal juga harganya.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
duitkertas.com

Lagi tak berbaloi kalau kita seisi keluarga merupakan “hantu sambal”. Pantang tengok sambal terus laju jer selera makan tu haha. Jadi lagi berbaloi kalau masak jer sendiri di rumah.

Bukan setakat boleh dibuat makan jer. Malah boleh dijadikan stok di dalam peti ais tau. Aummm bestnya bila kita buka peti.

Terus nampak stok sambal penyet di dalamnya. Hahaha rasa bahagia tu hanya Allah jer yang tahu kan? Mesti semua dah tertanya-tanya.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
steemit.com

Macam mana nak buat resepi sambal penyet tahan lama? Jom sediakan pen dan kertas untuk catat caranya? Nanti boleh gunakan bila nak buat sambal ni.

Mudah jer caranya. Sesiapa jer boleh cuba buat menggunakan cara ni. Gerenti sambal penyet kita lagi tahan lama.

Tips Sambal Penyet Tahan Lama

  • Goreng Terlebih Dahulu Bahan-Bahan Sambal Penyet

Nakkan sambal penyet tahan lama. Kita perlu pastikan yang kita goreng terlebih dahulu. Bahan-bahan untuk sambal penyet tadi.

Contohnya cili padi, cili merah, tomato, bawang besar dan sebagainya. Goreng dulu baru la kita boleh kisar. Dijamin ia akan menjadikan sambal penyet lagi tahan lama.

  • Biarkan Ia Suam Seketika

Bila dah goreng seketika bahan-bahan untuk sambal. Kita biarkan ia suam seketika. Kemudian, boleh la kisar seperti biasa.

Perghh sedapnya lahai bila teringatkan sambal penyet ni. Sekali makan memang teringat-ingat akan keenakannya. Kalau sesiapa yang sukakan pedas yang kaw.

Anda boleh jer tambahkan lagi bilangan cili padi bila nak kisar. Aummm gerenti pedas hingga berdesing telinga tu. Jap lagi sok sek sok sek jer la hehe.

  • Kisar Tanpa Menggunakan Air/ Tumbuk Menggunakan Lesung Batu

Tips sambal penyet tahan lama mudah sahaja. Bila kita nak kisar bahan-bahannya. Kisar kisar tanpa menggunakan air.

Seeloknya kita kisar menggunakan sedikit minyak. Biasa kalau kita gunakan air semasa kisar sambal. Ia akan menyebabkan sambal tidak tahan lama.

Ada sesetengah orang pula suka tumbuk menggunakan lesung batu berbanding kaedah kisar. Semuanya terserah pada anda. Tak salah kalau kita nak gunakan kaedah tumbuk.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
keluarga.my

Nenek moyang kita dulu pun gunakan kaedah tumbuk jer. Hasilnya sambal mereka sedap dan padu juga. Betul tak?

Tapi kalau anda jenis yang tiada masa untuk berlama-lama di dapur. Anda boleh jer gunakan kaedah kisar. Gerenti sedap dan padu jer rasa sambal penyet tu.

Tips Simpan Sambal Penyet Supaya Tahan Lama

Lepas dah kisar sambal penyet banyak-banyak. Kita mesti pening memikirkan macam mana nak simpan sambal penyet supaya tahan lama. Ada ke tips nak simpan sambal penyet supaya tahan lama?

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
freepik.com

Haa jangan risau kerana saya akan kongsikan sebentar jer lagi. Jangan lupa juga untuk sediakan pen dan kertas bersama anda untuk catat tau. Nanti senang bila nak guna hanya perlu rujuk atau belek jer.

  • Simpan Dalam Peti Ais

Bagi sambal penyet yang kita nak buat makan seharian. Kita hanya perlu pastikan yang kita simpan ia di dalam peti ais. Setiap kali nak makan baru kita keluarkan ia.

Kita juga digalakkan untuk menggunakan sudu yang bersih dan kering semasa mengambil sambal. Elakkan daripada menggunakan peralatan seperti sudu yang basah yer. Nanti sambal penyet takkan tahan lama.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
mingguanwanita.my

Nak lagi senang simpan jer sambal penyet di dalam botol atau bekas kedap udara. Lalu simpan ia di dalam peti ais. Semasa nak ambil sambal pula gunakan peralatan yang bersih.

Mudah dan gerenti sambal tahan lama kalau kita semua buat seperti yang disarankan.

  • Simpan Di Bahagian Freezer

Kalau nak sambal lagi tahan lama. Kita simpan sambal di dalam botol atau bekas kedap udara. Kemudian masukkan atau simpan ia di bahagian freezer.

Biar ia membeku dalam freezer. Nanti bila nak makan hanya keluarkan ia seketika sebelum kita boleh makan. Pergghh biasa kalau simpan di dalam freezer sambal boleh tahan hingga 6 bulan.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
staticflickr.com

Lama kan? Bukan kaleng-kaleng kalau guna cara ni. InshaAllah rasa sambal penyet juga akan tetap sedap macam kita mula-mula buat dulu.

Cuba la bereksperimen nanti. Tak cuba manakan kita nak tahu kan?

Petua Kurangkan Pedas Sambal

Bagi yang suka makan sambal tapi tak suka pedas yang terlampau. Anda boleh gunakan petua kurangkan pedas sambal ni. InshaAllah ia dapat membantu mengurangkan kepedasan dalam sambal.

  • Tambahkan Gula

Kita hanya perlu adjust rasa pedas tadi dengan menambahkan gula ke dalam sambal. Bila kita adjust rasa maka tahap kepedasan sambal akan berkurang.

  • Tambahkan Hirisan Bawang Besar

Petua seterusnya untuk kurangkan tahap kepedasan sambal. Kita hanya perlu tambahkan beberapa hirisan bawang besar ke dalam sambal. Dijamin rasa pedas tadi akan berkurangan.

Nanti tiada la kita sok sek sok sek jer kan? Orang sekeliling pun jadi pelik kenapa kita “menangis” haha. Cuba la cara ni nanti.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
kindpng.com

Tak salah kita mencuba dan ikhtiar kan? Nanti bila dah tahu keputusannya macam mana. Kongsikanlah dengan orang lain.

Semoga dengan cara kita berkongsi ilmu ia lagi berkat dan dapat membantu sesama kita.

  • Tambahkan Tomato

Mungkin dah ramai yang tahu bahawa penggunaan tomato dalam sambal. Ianya dapat mengurangkan kepedasan sambal penyet. Caranya mudah sahaja.

Kita hanya perlu kisar tomato bersama-sama bahan-bahan yang lain. Mudah jer dan dijamin memang rasa pedas sambal akan berkurang. Saya pun pernah mencubanya dan ternyata ia memang mampu mengurangkan kepedasan sambal.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap
freemalaysiatoday.com

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi sambal penyet tahan lama. Mesti semua dah tak sabar nak tahu bahan-bahan untuk membuat sambal ni kan? Jom kita usha sama-sama bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sambal?

 

Resepi Sambal Penyet

Bahan-bahan:
1 genggam cili padi merah&hijau
5 biji cili merah
3 biji tomato
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu makan ikan bilis
1 inci belacan

Cara Penyediaan:

  1. Goreng@tumis sehingga layu dan naik bau.
  2. Blend bersama minyak tumisan(blend kasar je nak tumbuk pun boleh lagi sedap).
  3. Masak sekali lagi hingga mendidih dan pecah minyak.
  4. Kemudian, masukkan sedikit air asam jawa dan perasakan gula garam.
  5. Siap untuk dinikmati bersama ikan atau ayam goreng.

resepi-sambal-penyet-tahan-lama-2 Resepi Sambal Penyet Tahan Lama. Versi Paling Simple, Padu Dan Sedap

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Now, everyone can cook. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.