Dengan menggunakan tempe banyak juadah yang boleh dimasak antaranya resepi sambal tempe. Dan pasti semua tahu yang ia merupakan juadah tradisional masyarakat Jawa. Dulu mungkin ia terkenal dalam masyarakat Jawa tapi kini ianya digilai oleh semua rakyat Malaysia.

Tidak kira umur, bangsa dan agama. Pastinya akan suka makan juadah ini kerana kaya dengan karbohidrat, protein dan banyak lagi. Memang baik untuk kesihatan kita tak kira peringkat umur.

Semua tahu yang kacang soya dan ragi diperam untuk beberapa hari bagi menghasilkan tempe. Kalau tak dibuat macam tu memang tak terhasil la tempe yang kita selalu makan tu. Jadi dengan menggunakan tempe tu kita boleh la masak juadah yang disukai ramai ni yey.

resepi sambal tempe
fanssea.searca.org

Cara Membuat Tempe yang Betul dan Sedap Untuk Sambal Tempe

Supaya kulit kacang soya tanggal, ia akan direndam selama 24 jam. Kemudian, kira-kira 30 minit kacang soya akan direbus dengan ragi. Selepas siap direbus, kita akan sejukkan kacang dengan membuang air rebusannya.

Sebelum kacang soya diperam selama 2-3 hari untuk dijadikan tempe. Kita akan packing kacang soya yang telah disejukkan seketika ke dalam plastik yang dibuat sedikit lubang. Maka terhasillah tempe yang sedap lagi meletop untuk masak sambal tempe.

resepi sambal tempe 5

Cara Membuat Sambal Tempe Tahan Lama Style Kering

Dah siap buat tempe kini mesti anda nak belajar masak sambal tempe kan? Masak tu mungkin orang kata mudah sahaja. Tapi saya nak share cara masak sambal tempe menggunakan style kering dan tahan lama.

Pertama, pastikan kelengkapan dapur dan bekas kedap udara untuk simpan sambal dalam keadaan bersih. Contoh kelengkapan dapur ialah mesin pengisar, lesung batu, pisau dan sebagainya. Sebab faktor sambal tak tahan lama mungkin daripada sisa makanan dan kotoran pada alatan digunakan.

resepi sambal tempe 2
teropongumsu.com

Kedua, bahan yang dikisar perlu ditumis hingga ia pecah minyak. Biasanya kalau bahan tumisan tak pecah minyak ianya menyebabkan tempe cepat berkulat dan sakit perut.

Saya faham kita nak cepat siap dan tak nak berlama-lama di dapur. Tapi kita kena fikir juga aspek lain iaitu kalau bahan tumisan tak dimasak dengan sempurna. Nanti akan jadi kes cirit birit dan muntah-muntah tau.

resepi sambal tempe 3
keluarga.my

Bila sambal dah betul-betul masak. Biarkan ia sejuk seketika sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Ia bertujuan untuk membuatkan sambal tahan lebih lama.

Paling penting, masa kita nak ambil sambal untuk dimakan. Gunakan sudu yang betul-betul bersih agar sambal tak cepat berkulat dan tahan lama. Senang jer cara-caranya rugi kalau tak ikut.

Seperti sedia maklum sambal tempe ni sedap dimakan samaada dengan nasi atau diratah begitu sahaja. Memang enak. Kalau tidak takkan ia jadi makanan kegemaran ramai kan?

Dulu-dulu tempe ni famous dalam kalangan orang Jawa sahaja. Tapi seiring dengan peredaran zaman tempe makin dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia. Secara tak langsung, telah mendapat tempat di hati kita tanpa mengira bangsa, agama dan umur.

resepi sambal tempe 1
brilio.net

Semuanya gemar makan tempe. Yang kata tak suka tu kena cuba dulu baru la tahu macam mana rasanya. Do not easily judge that tempe is not your favourite food because you may regret it if you try to eat.

Terima kasih buat Puan Bahiah Saripuddin yang sudi sumbang resepi sambal tempe untuk kita cuba bersama. Jom tengok bahan-bahan untuk memasak?

Resepi Sambal Tempe

Bahan-bahan:

resepi sambal tempe 4

Cara penyediaan:

  1. Setelah minyak dipanaskan. Tempe serta ubi kentang digoreng hingga garing. Goreng biar makin rangup makin sedap.
  2. Angkat dan toskan seketika setelah ia garing. Kemudian, bawang besar yang siap ditumbuk kasar ditumis hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Cili kering dimasukkan dan dikacau hingga pecah minyak dan betul-betul garing. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Kemudian, masukkan tempe dan ubi kentang yang dah digoreng tadi.
  4. Kacau biar rata. Bila semua dah masak tutup api. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Cara Penyediaan Beserta Gambar

resepi sambal tempe 6

Potonglah tempe dengan kentang ikut suka hati.

resepi sambal tempe 7

Goreng dulu tempe dan kentang hingga kekuningan. Campur sekali la senang lagipun memang kita nak kawenkan dia pun kan.

resepi sambal tempe 8

Boleh angkat dan toskan seketika.

resepi sambal tempe 9

Tumbuk bawang putih dan merah bagi kasar2 macam ni.

resepi sambal tempe 10

Tumiskan guna minyak tadi. Buang sikit la jangan letak banyak sangat.

resepi sambal tempe 11

Masukkan cili giling. Nampak berminyak tu sebab cheyah blender dengan minyak.

resepi sambal tempe 12

Tambah garam.

resepi sambal tempe 13

Letak gula kalau suka.

resepi sambal tempe 14

Masukkan tempe dan kentang tadi.

resepi sambal tempe 15

Tambahkan hiasan tu.

resepi sambal tempe 16

Dah siap boleh la tuang dalam pinggan.

 

Semoga sedikit perkongsian yang diberikan memberi manfaat kepada kita bersama. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada yang tersayang. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.