resepi sambal udang sedap 1

Dah lama teringin nak makan resepi sambal udang sedap? Syoknya kalau sambil makan nasi kita boleh ratah udang yang isinya manis dan enak. Dah terbayang kat mata keenakan isi udang yang manis dan besar tu hehe.

Walaupun nampak simple jer. Tapi bila kita makan samaada ratah jer atau dengan nasi. Memang rasa syoknya isi udang yang manis. Memang sekali makan tak cukup la gamaknya.

Ramai yang minta untuk saya kongsikan resepi sambal udang sedap ni. Yer la walaupun orang kata nampak simple jer juadah ni. Namun ramai yang suka masak dan makan menu ni.

resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi

Hehehe sebab mudah kan nak memasaknya. Kita semua faham bila balik kerja, sekolah atau mana-mana jer perut tu dah lapar. Jadi kita nak makan masakan yang senang, mudah dan cepat untuk disediakan.

Betul tak? Contohnya, seperti juadah kita pada kali ni iaitu resepi sambal udang sedap. Aumm memang sekali makan melekat terus di hati.

Kira lepas ni memang minta mak atau isteri masak selalu la. Walaupun ramai yang beranggapan menu ni juadah yang senang dan mudah nak sediakan. Tapi kalau tak kena dengan cara yang betul maka tak menjadi juga.

Belajar Tips Memasak Amat Penting

Sebab tu penting untuk kita semua pelajari tips memasak resepi sambal udang sedap. Nanti gerenti ramai yang puji masakan kita tu hehe. Siapa jer yang tak suka bila apa yang kita masak.

Orang suka nak makan. Wah memang bangga diri la kalau orang yang kita sayang suka apa yang kita masak. So, let’s learn new knowledge regarding to this recipe?

Tak rugi kalau belajar tips ni. Lepas ni kalau nak memasak juadah ni boleh la gunakan tips yang kita belajar. Ilmu ni semuanya berguna.

Manfaatkan Apa Yang Dipelajari

Tapi tengok juga la macam mana kita manfaatkan ilmu tu. Kalau ke arah yang bermanfaat contohnya kita kongsikan ilmu bermanfaat pada orang. Maka ianya akan memberikan kebaikan untuk kita.

Kalau sebaliknya, huhu memang dapat keburukan dan dosa jer la.

Tips Menumis Sambal Udang Sedap

Salah satu rahsia juadah ni sedap terletak pada cara kita menumis. Oleh itu, kita kena belajar betul-betul tips menumis sambal udang sedap. Nanti gerenti sambal udang kita akan jadi sedap, menarik dan cantik jer bila dipandang.

  • Udang Tidak Dimasak Terlalu Lama

Seeloknya, bila kita masak udang. Bila kita nampak udang dah bertukar warna. Kita terus tutup api.

Jangan pula kita masak udang terlalu lama. Nanti udang jadi keras dan tak sedap nak makan. Senang jer nak masak sambal udang ni.

Hehehe sebab tu la ramai sukakan menu ni. Sebab senang jer nak masak dan tak ambil tempoh yang lama pun. Paling penting bahan dan cara penyediaannya tidak renyah sama sekali.

  • Tumis Menggunakan Minyak Yang Secukupnya

Bila kita nak menumis. Kita kena pastikan yang kita menggunakan minyak yang secukupnya. Jangan kedekut nak tuangkan minyak yer.

Memang petua kalau nak sambal lagi cantik, sedap dan menjadi kena tumis guna minyak banyak. Ala apa susah kalau kita tak suka minyak. Kita boleh jer sendukkan keluar bila sambal dah pecah minyak nanti.

Maksud minyak yang banyak tu tiada la sampai satu senduk minyak. Kita kena gunakan semata-mata untuk menumis yer. Kang ada pula yang tuang satu senduk minyak jap lagi.

Hehehe haru jadinya nanti.

  • Tumis Hingga Pecah Minyak

Setiap kali kita menumis. Kita kena pastikan yang bahan yang ditumis tadi pecah minyak. Baru la sambal lagi sedap, tahan lama dan cantik.

Kalau kita tumis sambal tidak pecah minyak. Maka kuah sambal yang kita tumis takkan masak dengan sempurna. Nanti ada pula yang akan sakit perut sebab sambal tak masak huhu.

Macam Mana Nak Tahu Sambal Dah Pecah Minyak

Mesti ada sesetengah daripada kita yang masih tak tahu. Macam mana nak tahu sambal udang dah pecah minyak kan? Mesti ada juga yang beranggapan susahnya nak masak sambal kerana perlu pecah minyak bagai.

resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi

Ala mana ada susah atau renyah pun nak masak sambal udang. Mudah jer kita nak tahu bila sambal dah pecah minyak. Sambal dan minyak terapung dan terpisah di bahagian tepi.

Kemudian, warna sambal juga sudah bertukar menjadi sedikit gelap itu adalah tanda sambal pecah minyak. Haa lepas ni boleh la cuba perhatikan bila kita memasak. Dah lama nanti biasa la dan jadi makin senang nak tahu bila sambal pecah minyak.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi sambal udang sedap. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi dengan kami. Tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan untuk memasak.

 

Resepi Sambal Udang Sedap

Bahan-bahan pun simple sahaja iaitu:
300 gram udang (18-20 ekor tgk saiz)
4 sudu besar cili giling/kisar
3 sudu besar bawang merah kisar
5 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 biji bawang besar (potong bulat)
Sedikit belacan bakar
Gula dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi

Cara penyediaannya:

1. Tumbuk halia, bawang putih dan belacan bagi kasar pun takpe. Panaskan minyak dan tumis sehingga kekuningan.
2. Masukkan bawang merah dan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Baru boleh masukkan gula dan garam secukupnya.
3. Dah berubah warna, masukkan bawang besar. Kacau biar lembut dan boleh masukkan udang.
4. Kacau sebati. Biarkan selama 10 minit atau udang berubah warna dah settle. Tak perlu masak lama.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Bahan yang ditumbuk. Kita tumis sehingga kekuningan.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Masukkan cili kisar dan bawang merah.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Biarkan pecah minyak.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Masukkan gula.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Masukkan garam.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Masukkan bawang besar.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Masukkan udang tadi. Kemudian, kacau hingga sebati dengan sambal. Bila udang dah bertukar warna, tutup api.
resepi-sambal-udang-sedap-9 Resepi Sambal Udang Sedap Style Pekat. Memang Syok Ratah Apalagi Dengan Nasi
Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.
Semoga perkongsian resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni kepada yang lain juga. Biar semua orang dapat mencuba resepi yang sedap ni.
Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.