resepi sardin goreng pedas 10

Resepi sardin goreng pedas bersama petai memang sedap sangat. Rasa pedas yang kaw memang syok sangat makan bersama nasi putih. Memang menggoda nafsu makan dan bila terhidu aromanya memang terliur habis.

Juadah ni memang sesuai di masak bagi orang bujang. Yer la simple dan mudah jer cara penyediaannya. Jadi main campak-campak jer terus jadi. Paling penting rasanya memang sedap dan menggoda selera makan.

Pasti sekali cuba nak makan lagi dan lagi. Juadah seperti resepi sardin goreng pedas bersama petai ni. Memang ramai yang menyukainya bukan sahaja kerana cara penyediaannya mudah.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Malah sebab rasanya yang memukau. Aumm berselera makan nasi walaupun juadah hanya ikan sardin jer. Paling penting kita kena kreatif memasaknya agar juadah menjadi lebih enak.

Masak biar sesuai dengan selera makan kita. Walaupun main campak jer tapi kita kena tahu juga tips nak memasak. Kang nanti campak-campak orang lain jadi sedap.

Tapi campak-campak kita jadi kurang sedap. Maka belajar la tips untuk memasak sardin. Mudah jer pun tipsnya tu.

Biasa kalau masak sardin. Kita akan hadapi masalah dengan bau ikan sardin yang hanyir. Lepas masak pun masih bau hanyir.

Petua Hilangkan Hanyir Sardin

Maka di sini saya nak kongsikan petua hilangkan hanyir ikan sardin. Semoga ianya dapat memberikan manfaat buat para pembaca.

  • Masak Seketika Isi Ikan Sardin

Kalau nak hilangkan bau hanyir pada ikan sardin. Kita kena masak seketika isi ikan sardin. Kalau tak masak memang tak akan hilang bau hanyir ikan.

Caranya mudah jer. Kita kena tumiskan bawang putih bersama halia hingga naik bau. Kemudian, kita masukkan isi ikan sardin bersama sedikit kuahnya.

Lepas ni memang bau hanyir pada ikan sardin akan hilang. Kalau tak percaya, cuba la di rumah nanti. Gerenti anda pun akan terkejut dengan hasilnya nanti.

  • Limau Kasturi

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.
kredit gambar: karteldakwah.com

Cara lain untuk hilangkan hanyir ikan sardin. Kita boleh masukkan perahan limau nipis di semasa memasak ikan sardin. Ramai yang berpendapat cara ni memang berkesan untuk hilangkan bau hanyir ikan.

  • Halia Dan Serai

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.
kredit gambar: pesonapengantin.my

Kalau nak tahu, halia dan serai memang membantu untuk menghilangkan bau hanyir ikan. Biasa kalau kita tumis menggunakan halia dan serai. Ikan tidak akan berbau hanyir pun.

Aroma daripada halia dan serai membantu menghilangkan bau hanyir ikan sardin dalam masakan. Kalau nak tahu sama ada cara ni berkesan ke tak. Kita kena sama-sama mencubanya.

Selagi kita tak cuba. Kita takkan tahu samaada cara ni berkesan atau tak. Lepas kita cuba baru la kita tahu.

Tips Hilangkan Hanyir Ikan

Biasa lepas kita siang ikan. Bau hanyir ikan masih lagi tak hilang. Betul tak?

Kalau ikan yang mempunyai bau hanyir yang kuat seperti ikan talapia, keli, patin dan sebagainya. Memang kita memerlukan tips hilangkan hanyir ikan. Kalau tak memang bau hanyir ikan masih ada walaupun setelah di masak.

Huhu silap hari bulan boleh hilang selera makan kalau bau hanyirnya terlampau kuat. Jadi kita kena belajar tips hilangkan hanyir ikan. Nanti ikan kita takkan berbau hanyir selepas dimasak.

  • Garam

Caranya mudah sahaja. Lepas kita siang ikan hingga betul-betul bersih. Kita ambil satu sudu garam kemudian lumurkan pada ikan.

Setelah kita gaulkan seketika. Basuh ikan tadi di bawah air yang mengalir. Cara ni memang berkesan untuk hilangkan bau hanyir, lendir pada ikan dan mematikan kuman. Dijamin cara ni memang membantu sangat.

Jadi jom la sama-sama kita mencubanya. Kalau sesiapa dah cuba mesti mereka akan mengakui keberkesanannya.

  • Asam Jawa

Cara hilangkan bau hanyir ikan menggunakan asam jawa cukup mudah. Kita hanya perlu lumurkan asam jawa pada ikan. Pastikan ikan tadi dah dicuci bersih yer.

Asam jawa memang berkesan untuk mengurangkan bau hanyir terutamanya. Jika menyiang ikan keli, patin dan talapia. Gerenti lepas tu bau hanyir akan berkurangan atau hilang terus.

Lendir pun akan sama-sama keluar bersama kotoran yang lain juga. Jadi tanpa membuang masa lagi, jom la sama-sama kita mencuba cara ni.

  • Limau

Limau ni banyak jenis. Jadi ikut suka kita samaada nak gunakan limau nipis, limau purut atau lemon sekalipun. Ikut apa yang ada di dapur dan ikut kita suka.

Tiada yang nak marah pun hehe. Caranya mudah sahaja. Kita potong limau ikut saiz kita suka. Kemudian, kita gosokkan limau pada seluruh bahagian ikan.

Memang cara ni sungguh berkesan untuk hilangkan bau hanyir ikan, lendir dan sebagainya. Ulang proses ni beberapa kali kemudian kita cuci ikan hingga bersih. Dibawah air yang megalir.

  • Tepung Gandum

Ramai juga yang suka gunakan tepung gandum untuk hilangkan bau hanyir pada ikan. Caranya memang begitu mudah. Kita hanya perlu taburkan tepung gandum pada ikan.

Kalau saya suka bancuhkan tepung gandum bersama sedikit air. Kemudian, lumurkan pada semua bahagian ikan. Gosok-gosok sikit supaya lendir dan kotoran semuanya hilang.

Selepas itu, kita boleh cuci di bawah air mengalir. Memang cara ni amat berkesan. Bahkan bau hanyir ikan pun hilang.

Memang kita semua kena pakat mencubanya. Kalau tak cuba memang rugi sangat. Siapa lagi bermurah hati nak kongsikan tips sebegini.

Jadi kita manfaatkan ilmu ini sebaik mungkin. Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana berkongsi resepi ikan sardin goreng pedas. Semoga sentiada dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi.

Jom kita usha sikit bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak? Mesti semua dah tak sabar kan nak memasak? So, let’s check it out.

 

Resepi Sardin Goreng Petai Pedas Terangkat

Bahan-bahan:

  • bawang putih
  • halia
  • cili padi
  • bawang besar
  • petai
  • sardin Adabi Consumer

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Cara Penyediaan:

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Tumbukkan bawang putih, halia dan cili padi.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Keluarkan sardin dulu.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Goreng ikan sardin sekejap. Lagi sedap kalau goreng dulu kalau cheyah la.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Tumiskan bahan tumbuk tadi. Abaikan rupa kuali. Memang kalau goreng ia akan merecik sikit.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Tambahkan sos sardin yang tadi.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Masukkan ikan. Nak berkuah tambah je air sikit.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Masukkan bawang dan petai. Kemudian, perasakan gula garam.

resepi-sardin-goreng-pedas-11 Resepi Sardin Goreng Petai Memang Pedas Kaw. Memang Terliur Habis.

Kacau sebati dah siap.

 

Semoga perkongsian mengenai resepi pada kali ni dapat memberikan manfaat. Khususnya kepada semua pembaca. Nanti tiada la bosan asyik makan menu yang sama jer.

Lepas ni boleh la cuba resepi ni di rumah. Selepas tu kongsikan resepi ni bersama orang lain. Selamat mencubanya di rumah.

 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.