resepi singgang daging

Takbir dah bergema, daging pun dah siap dipotong jadi jom masak resepi singgang daging. Sepertimana yang diketahui ramai, juadah ini antara yang sangat popular di negeri pantai timur. Khususnya, bila tiba raya korban sebab masa ni la daging tengah masyuk.

Sebenarnya banyak lagi masakan lain yang boleh dimasak menggunakan daging. Tapi untuk kali ni saya akan kongsikan resepi juadah ini. Sebab saya tahu ramai yang menggemarinya terutama sekali sesiapa yang suka sangat makan daging.

Betul tak. Kalau bab makan daging tak semuanya dah tak kisah sihat ke sakit. Semua dibantainya hingga tinggal tulang jer.

resepi-singgang-daging Resepi Singgang Daging dan Tulang Menu Wajib Untuk Penggemar Daging

Last-last, yang ada kolesterol bacaannya jadi berpusing 360 darjah bila kita check. Ni semua sebab penangan makan tak ingat dunia. Time makan hanya tahu dunia ini ana yang punya.

Bila sakit, mula la nak mengaduh situ sini. Haishh boleh jer kalau nak makan resepi singgang daging tapi biar berpada-pada. Tak berbaloi pun kalau kita sakit disebabkan makanan.

Nanti diri sendiri yang rugi. Boleh makan tapi ambil dengan kuantiti yang tidak memudaratkan kesihatan kita. Rasanya semua faham dengan konsep ini sebab semuanya bijak-bijak belaka.

resepi-singgang-daging Resepi Singgang Daging dan Tulang Menu Wajib Untuk Penggemar Daging
www.thereporter.my

Eii tak suka la nak membebel panjang-panjang. Apa kata kita sambung bercerita tentang juadah kita yang super meletop dan tengah hot ni. Sungguh memukau dan menyebabkan diet semua orang hanya tinggal kenangan sahaja.

Yer la siapa jer yang mampu menangkis godaan juadah ini yang memukau dari setiap sudut. Toleh sini terpandangkan dagingnya yang juicy, lembut dan empuk. Toleh sana automatik terpandangkan kuahnya yang sangat kaw dan begitu umphh bila dihirup panas-panas.

Akhir sekali nak pandang apa. Pandang la lihat la aku yang sedang menahan rasa nak makan resepi singgang daging jer la. Macam mana tak tergoda kalau macam ni gayanya kan.

resepi-singgang-daging Resepi Singgang Daging dan Tulang Menu Wajib Untuk Penggemar Daging
library.kissclipart.com

Meh saya nyatakan sebab kenapa anda semua perlu belajar untuk masak dan cuba sendiri masakan ni. Pada sesiapa yang selalu makan di kedai makan mereka pasti tahu harga semangkuk juadah ini. Mahal kan.

Kekadang mesti terdetik juga di hati kalau la aku pandai masak resepi ni lagi berbaloi. Kalau masak sendiri makan pun akan lebih puas hati. Tambahan pula, kita sendiri boleh kawal penggunaan ajinomoto dan bahan lain.

Bukan kat tak boleh guna langsung tapi biar berpada-pada. Lagi pula, mesti anda pernah ada pengalaman pesan makanan tapi rasanya tidak seperti yang kita bayangkan.  untuk mengelakkan kejadian sama berulang lagi sebaiknya belajar jer masak sendiri.

resepi-singgang-daging Resepi Singgang Daging dan Tulang Menu Wajib Untuk Penggemar Daging
100comments.com

Confirm mesti lagi sedap daripada yang dijual kat kedai. If we do not try, we will never know our ability to cook. No one is born and automatically become a good cook.

But they learn one step to another step in order to become good. Ni sebelum berjuang dan berusaha dah putus asa dan hilang keyakinan diri. Ish ish ish tak elok tau amalkan sikap sebegitu.

Tips Memasak Resepi Singgang Daging

Sebelum memasak resepi singgang daging, penting untuk kita tahu sedikit sebanyak tips atau cara memasak yang betul. Nanti bila dah tahu teknik memasak yang betul rasa makanan yang kita masak pun lagi sedap. Pertama, anda kena belajar cara yang betul untuk potong atau hiris daging untuk elakkan daripada liat.

Kang tak pasal-pasal gigi jadi tercabut sebab gigit daging yang liat. Caranya, perhatikan garisan urat daging. Daging takkan jadi liat jika kita potong mengikut arah yang bertentangan.

Mesti ramai juga yang tak tahu kan. Dulu sebelum tahu, bila orang suruh potong daging kita main bedal jer asalkan siap. Sekarang dah dapat ilmu baru boleh la amalkan nanti.

resepi-singgang-daging Resepi Singgang Daging dan Tulang Menu Wajib Untuk Penggemar Daging
cdn.vanillakismis.my

Tips Bersihkan Daging

Kemudian, untuk membuang bau kurang enak pada daging semasa cucikan ia. Lumurkan dengan sedikit tepung gandum dan gaul biar rata pada daging. Nanti lepas basuh semua dan toskan seketika bau yang tidak enak tadi akan hilang.

Itulah antara tips yang selalu saya buat bila memasak resepi ini. Jika anda ada tips atau cara memasak yang lebih baik. Terpulang kepada anda untuk gunakan yang mana satu.

Saya hanya kongsikan cara yang saya guna bila memasak resepi ini. Sebenarnya mudah dan simple jer cara nak masak masakan ini. Cara penyediaannya lebih kurang dengan singgang ikan.

resepi-singgang-daging Resepi Singgang Daging dan Tulang Menu Wajib Untuk Penggemar Daging
previews.123rf.com

Haha namanya pun singgang kan. Jadi tak jauh mana pun beza cara untuk memasak juadah ini. Selain itu, sebagaimana yang semua tahu daging juga kaya dengan protein, mineral dan dan vitamin A, B dan D.

Dengan rasa daging yang sungguh juicy dan enak bila dikunyah. Pasti ia akan menjadi salah satu menu kegemaran anda. Terima kasih untuk Cik Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi singgang daging untuk kita cuba bersama.

Haa mesti dah tak sabar nak masak dan tahu apa bahan-bahan nak masak kan. Tunggu apa lagi, jom kita tengok bahan-bahannya.

 

Resepi Singgang Daging

Bahan-bahan:

  • tulang&daging (cuci bersih)
  •  ketumbar 3 sudu besar (ditumbuk@kisar)
  • halia 3 inci-dimayang halus
  • bawang merah 7 ulas
  • bawang putih 6 ulas hiris
  • lengkuas 2 inci di hiris
  • kunyit hidup 2 hiris
  • asam keping 3 keping
  •  lada kering 3 biji dihiris
  •  gula melaka
  • garam
  • air secukupnya

Cara penyediaan:

  1. Tuangkan air ke dalam periuk yang dipanaskan. Masukkan semua bahan di atas kecuali garam dan gula. Kacau seketika biar sebati dan biarkan ia mendidih.
  2. Jika air kelihatan sudah sedikit kering, tuangkan air secukupnya dan masak biar daging betul-betul empuk.
  3. Letakkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian, masak daging biar empuk dengan api yang perlahan.
  4. Bila daging sudah masak dengan sempurna dan empuk. Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

resepi-singgang-daging Resepi Singgang Daging dan Tulang Menu Wajib Untuk Penggemar Daging

Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Selamat mencuba.

Dan jangan lupa untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat. Contohnya, selepas bersenam boleh berenang, joging atau berbasikal. Saya tinggalkan anda dengan sepotong ayat iaitu makanlah untuk hidup bukannya hidup untuk makan.

Last but not least, we are what we eat. If we eat healthy food we will become healthy. Fighting!!!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.