resepi siput sedut masak lemak cili padi 1

Nak beli di kedai resepi siput sedut masak lemak cili padi mahal. Apa kata anda semua cuba masak sendiri menu masakan ni di rumah. Mesti lagi berbaloi sebab boleh makan sepuas hati.

Kalau beli di kedai mesti sikit jer. Confirm bila makan takkan puas. Kalau yang makan sorang okay lagi.

Tapi kalau makan ramai-ramai memang tak dapat nak feeling makan la. Sebab tu lagi best kalau beli siput sedut kemudian masak sendiri. Fuhh kalau nak makan tak ingat dunia pun tiada yang kisah.

resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-padi-2 Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Simple Kuah Kaww

Mesti ramai tertanya-tanya sedap ke resepi siput sedut masak lemak cili padi ni. Ehh kalau tak cuba mana nak tahu sedap ke tak kan. Kena la cuba dulu baru tahu.

Menu ini sedap dimakan dengan nasi panas. Tapi kalau lagi best anda ratah jer begitu sahaja. Fuhh memang sedap sungguh.

Kadang-kadang sampai boleh bertanding siapa yang sedut paling cepat haha. Hahaha tapi hati-hati tau. Risau tercekik jer jap lagi.

resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-padi-2 Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Simple Kuah Kaww
kredit gambar: berita.rtm.gov.my

Pada yang tertanya siput sedut senang nak cari kat mana. Anda jangan risau. Kebiasaannya kalau anda ke pasar ada jer jual.

Lepas dah beli mesti ada pula yang buntu macam mana cara nak bersihkan siput sedut. Yer la part masak senang jer berbanding nak bersihkan siput sedut. Sebab kita nak pastikan siput sedut betul-betul bersih baru la boleh dimasak.

Khas untuk resepi siput sedut masak lemak cili padi. Kami akan kongsikan cara bersihkan siput sedut. Mudah-mudahan cara ni dapat membantu memudahkan kerja memasak anda.

Cara Bersihkan Siput Sedut

Ramai yang beranggapan proses nak bersihkan siput sedut sedikit renyah atau rumit. Tapi kalau kita tahu cara bersihkan siput sedut yang betul. Kita akan rasa ianya tak la susah mana pun.

Jadi anda wajib kena baca sedikit tips yang kami akan kongsikan tentang cara bersihkan siput sedut. Nanti bila anda nak bersihkan siput sedut boleh la gunakan cara ni.

  • Bilas Siput Sedut Terlebih Dahulu

Mula-mula, anda kena bilas siput sedut dengan air terlebih dahulu. Bila dah selesai bilas, masukkan siput sedut ke dalam bekas sederhana.

  • Masukkan Hampas Kelapa

Di dalam bekas yang mengandungi siput sedut tadi, anda masukkan hampas kelapa. Kemudian, gaul dan ramas hampas kelapa dengan siput sedut. Hampas kelapa digunakan bagi membersihkan kulit siput sedut.

Bila dah selesai ramas hampas kelapa pada kulit siput sedut. Anda boleh la buang hampas kelapa tadi. Jangan dibiarkan begitu sahaja pulak.

resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-padi-2 Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Simple Kuah Kaww

Ada sesetengah orang pula suka gunakan daun serai untuk bersihkan kulit siput sedut. Caranya, anda potong daun serai kemudian ramaskan ia pada siput sedut.  Selepas diramas dengan daun serai, kulit siput akan jadi bersih daripada kesan kotor dan berlumpur.

  • Basuh Siput Sedut Hingga Bersih

Bila dah selesai proses rendam siput sedut dengan hampas kelapa. Anda perlu basuh siput sedut sekali lagi. Pastikan anda basuh siput sedut hingga bersih tau.

  • Potong Hujung Cengkerang Siput Sedut

Bila dah betul-betul bersih. Boleh la anda potong hujung cengkerang siput sedut. Ehh kena potong ke bahagian hujung siput sedut tu? Mesti la kena.

Kalau tak potong bahagian ekornya macam mana anda nak sedut. Nanti tak dapat la merasa isi siput sedut. Ehh ada ke cara potong hujung siput sedut yang lebih mudah?

Kalau biasa orang tua-tua ajar cara potong hujung siput sedut. Mereka hanya menggunakan parang, pisau atau pun gunting dapur jer. Kemudian, bila dah selesai potong hujung siput sedut.

resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-padi-2 Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Simple Kuah Kaww

Anda rendamkan siput sedut bersama air garam. Tujuan direndam siput sedut bersama air garam supaya ia memuntahkan segala kekotoran yang ada. Selain itu, bau lumpur pun akan hilang dan bila dimasak nanti.

Ia akan menambahkan lagi rasa lemak pada masakan kita. Fuhh dah berapa kali telan air liur ni. Rasa macam dah tak sabar nak masak dan makan resepi siput sedut masak lemak cili padi ni.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sudi berkongsi resepi siput sedut masak lemak cili padi. Tanpa buang masa lagi. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahannya:
1kg siput sedut
3 inci kunyit hidup
2 batang serai
3 biji cili padi
Kelapa satu biji (diperah santannya)
2 keping asam keping
Daun kunyit (tapi cheyah gantikan dengan daun limau purut sebab tak ada)

Cara Penyediaannya:

  1. Potong la dulu siput tu nak bagi mudah untuk sedut bila dah masak. Kalau tak potong memang jenuh la nak sedut tak keluar sebab tak ada ruang udara nak bantu.
  2. Tumbukkan cili padi bersama kunyit hidup. Masukkan dalam santan dan ketuk serai sekali humban senang.
  3. Panaskan santan tadi. Kacau sehingga ia mendidih dan baru boleh masukkan siput sedut tadi.
  4. Boleh masukkan asam keping serta bahan perasa iaitu gula dan garam. Biarkan ia mendidih dan bagi siput tu masak.
  5. Boleh masukkan hirisan daun limau purut/daun kunyit. Kacau rata dan tutup api. Dah siap untuk dihidangkan.

resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-padi-2 Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Simple Kuah Kaww

 

resepi-siput-sedut-masak-lemak-cili-padi-2 Resepi Siput Sedut Masak Lemak Cili Padi Simple Kuah Kaww

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.