Lama dah tak makan resepi somtam mangga muda yang membuatkan penggemarnya tak tidur lena. Somtam merupakan makanan ala Thailand yang makin digemari rakyat Malaysia. Biasa kalau di Malaysia, ia dikenali dengan nama kerabu.
Rasanya sungguh enak tak terkata. Sebab gabungan rasa masam, manis, masin dan pedas seimbang. Perghh memang membangkitkan selera makan sesiapa yang menjamahnya. Belum cuba belum tahu tau.
Sebenarnya masakan ini berasal daripada negara Laos tapi negara Thailand mempopularkan ianya lagi hingga digemari ramai. Memang sedap-sedap masakan yang ada di Asia Tenggara ni. Tidak hairan kalau ramai pelancong daripada luar negara datang ke Asia Tenggara.
Semata-mata nak rasai sendiri keenakan pelbagai masakan yang ada di Asia Tenggara. Termasuk la resepi somtam mangga muda yang makin dikenali hari demi hari. Jadi tak pelik kalau juadah ni menjadi kegemaran semua tidak kira lapisan umur.
Juadah ni memang sedap dan best. Tapi apa yang kurang best sikitnya ialah bila kita order kat kedai makan. Kadang-kadang, bila makan rasanya tak sama dengan apa yang kita impikan dan bayangkan.
Memang frust sangat-sangat la kan kalau jadi macam tu. Mesti ramai yang ada pengalaman macam tu kan. Masa tu nak marahkan orang yang jual pun takde guna.
Jadi nak ke tak nak, kita kena belajar masak sendiri untuk dapatkan rasa yang kita inginkan. Yer la buat apa bazir masa dan tenaga dan bertelagah kan. Sebaiknya, kalau kita rasa kedai tu tak menyajikan masakan yang enak seperti nak kita mahukan.
Kita sendiri kena take action dengan belajar masak sendiri. Lagi pun, resepi somtam mangga muda ni antara juadah yang paling simple. Mudah sangat jer nak buat kalau kita ikut cara penyediaannya yang betul.
Nak memasak kita kena belajar untuk positifkan diri kita. Jangan asyik kata ‘susah’ jer memanjang. Cuba amalkan mulut tu kata ‘senang’. Lama kelamaan kita akan rasa benda yang kita nak buat tu senang jer.
Sebab tu penting untuk kita berkawan dengan orang-orang positif jer. Sebaiknya tinggalkan toxic people yang ada kat sekeliling kita. Jangan hiraukan apa yang mereka nak kata.
Nanti bukannya menguntungkan kita malah merugikan masa dan tenaga kita jer. So, be a positive person from now and you will achieve your goal. Nak berjaya dalam memasak atau dalam hidup.
Kita yang perlu memotivasikan diri kita setiap hari. Kalau kita tak mampu nak memotivasikan diri kita sendiri. Macam mana kita nak berjaya.
Betul tak anak-anak? Hehe saja jer nak bagi anda semua reset balik minda anda. Dan fikir semula apa yang anda nak dapatkan dalam hidup ni.
Because life without goals is nothing. Tapi untuk sekarang kita nak fokus untuk pandai masak resepi ni hehe. Baru la kita boleh makan tanpa belinya kat kedai.
Jimat duit kita nanti sebab kita pandai masak sendiri. Haa nak menyediakan juadah ni memang senang dan simple. Tapi kita memerlukan mangga muda yang bagus tau.
Tips Memilih Mangga Yang Bagus Untuk Somtam
Okay, nak belajar tak ilmu baru? Ilmu ni ramai yang berpendapat tak penting tapi sebenarnya ia juga penting tau. Kalau tiada tips memilih mangga yang bagus macam mana nak sediakan resepi somtam mangga muda.
-
Hidu Bau Mangga Muda
Mula-mula, nak tahu mangga tu dah matang atau belum cium baunya. Caranya, jika kita cium batang tangkainya harum semerbak jer. Ertinya, buah mangga dah matang.
-
Periksa Tekstur Mangga Muda
Tapi jika tidak mengeluarkan apa-apa bau. Maksudnya, buah mangga itu masih putik. Selain itu, jika kita tekan mangga dan teksturnya rasa begitu keras.
-
Gunakan Mangga Muda Yang Berkualiti
Maksudnya ia belum matang atau masak sepenuhnya. Untuk resepi ni sebaiknya guna mangga daripada kualiti yang bagus. Contohnya, mangga lemak siam yang masih putik, mangga epal atau mangga muda India.
Aumm. Memang sedap sangat resepi kita ni kalau menggunakan mangga-mangga ni. Semestinya sesiapa yang makan nanti akan rasa kecur air liur sebab rasanya masam.
Tapi jangan risau. Rasa masam mangga dah diseimbangkan dengan rasa manis, masin dan pedas daripada juadah ni. Haa takkan la tak menggugat nafsu makan anda yang membaca ni.
Ke dah tak terhitung berapa kali telan air liur sebab menahan rasa nak makan? Ke dah hidupkan enjin nak pergi beli bahan kat pasar? Ehh sabar dulu.
Kita tak habis sembang lagi tentang keenakan resepi ni. Takkan la tak nak tahu harga juadah ni berapa kan. Nanti senang la kita survey dulu harga dan kalau ada rezeki nak melancong kat Thailand ke.
Kita dah boleh tahu anggaran harga makanan ni. Baru la orang kata syok nak pergi melancong ke negara orang. Haa bijak kan.
Kalau nak tahu harga masakan ni yang paling mahal di jual ialah kat Krabi, Thailand. Harganya boleh mencecah sehingga THB60 atau RM7.40 bagi satu hidangan. Mahal kan.
Biasa la Krabi ni merupakan tumpuan para pelancong tak kira dari dalam atau luar negara. Jadi logik juga la harganya mahal sebegitu. Lagi pula, kalau kat restoran Thailand biasa mereka gunakan sejenis lesung yang dibuat daripada kayu.
Bukannya macam kita masak kat rumah yang gunakan lesung batu jer hehe. Tapi takpe kita guna jer lesung batu asalkan rasanya lebih kurang dengan yang Thailand punya. Tak salah pun kan.
Tapi rasanya harga yang dikenakan memang berbaloi dengan rasanya yang enak. Kalau suruh kita masak sendiri rasanya takkan sama dengan yang original daripada Thailand. Tanpa buang masa lagi, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.
Tapi sebelum itu, terima kasih kepada Raja Amanina yang kongsikan resepi somtam mangga muda. Memang sungguh menyelerakan. Makan pun hingga menjilat jari dan tak toleh kiri kanan.
Dah tak kisah tentang orang sekeliling kalau tengah layan juadah yang sedap macam ni. Kalau anda nak gantikan mangga muda dengan betik pun tiada masalah. Boleh jer guna resepi yang sama untuk menyediakannya.
Resepi Somtam Mangga Muda
Bahan-bahan:
-mangga disagat
-udang kering 3,4 sudu besar ditumbuk(udang tu nk sangai dulu pun
boleh)
-ikan bilis segenggam(digoreng)
-bawang merah 3 ulas hiris
-bawang putih 3 ulas diketuk
-tomato 2 biji potong dadu
-belacan sikit kalau suka
-limau nipis 2 biji ambil jus
-kacang tanah goreng ditumbuk
-cili padi hiris dan ketuk
-gula,garam
-kacang panjang kalau suka
Cara Penyediaan:
- Kupas mangga muda kemudian sagat@hiris halus-halus secara memanjang.
- Goreng udang kering dan kacang tanah tanpa menggunakan minyak hingga garing. Angkat dan ketepikan seketika.
- Masukkan bawang merah, bawang putih, belacan, cili padi, udang kering, kacang tanah yang digoreng. Kemudian tumbuk kasar. Tambahkan tomato, kacang panjang dan jus limau nipis.
- Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Tumbuk kasar sekali lagi.
- Masukkan mangga muda kemudian tumbuk kasar sambil gaulkan biar sebati dengan semua bahan lain.
- Angkat dan taburkan ikan bilis yang digoreng sebelum hidangkan.
**silakan tambah kicap sotong@sos ikan jika anda suka.
Semoga anda boleh menyediakan juadah yang enak berpandukan resepi ni. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Selamat mencuba.