resepi sotong goreng kunyit

Dah bosan asyik makan ikan dengan ayam? Apa kata anda cuba resepi sotong goreng kunyit mudah dan simple tapi sedap. Pasti sekali cuba nak lagi dan lagi.

Sebut jer sotong mesti ramai akan terbayangkan sotong sumbat, ketupat sotong dan sebagainya. Tapi biar sesedap mana pun resepi diatas. Mesti ianya takkan dapat menandingi keenakan sotong goreng.

Dah la sedap. Proses memasak pula mudah dan simple jer. Seolah-olah campak-campak terus siap.

Memang mudah jer. Kalau sesiapa yang baru belajar masak resepi sotong goreng kunyit pun. Pasti akan rasa menu ni sangat senang.

resepi-sotong Resepi Sotong Goreng Kunyit Mudah Simple Sedap Dimakan Seisi Keluarga
kredit:pasar.direct/shop/sotong/

Sebab tu rugi kalau sesiapa yang tak nak belajar masak. Lagi seronok bila kita dah selesai masak dan hidangkan untuk orang tersayang makan. Mereka puji makanan yang kita masak sedap.

Wahh masa tu rasa kembang kempis jer hidung ni. Haha betul tak? Ala tak nak mengaku la tu.

Takpe itu semua lumrah kita sebagai manusia. Siapa jer yang tak suka bila dipuji kan. Pasti semua orang sukakannya.

Cuma pastikan pujian tersebut tidak menjadikan kita seorang yang riak dan sombong dah la. Kalau nak tahu resepi sotong goreng kunyit ni sesuai dimakan dengan nasi panas. Tapi sesetengah orang suka makan begitu sahaja jer.

Lagi nikmat dan berselera mmm yummy. Bahan utama untuk menu kita pada hari ni. Tak lain tak bukan adalah sotong.

Jadi sebab tu kita perlukan sotong yang segar untuk memasak. Sotong yang segar biasanya bila kita kunyah rasa pejal dan begitu enak. Berbeza dengan sotong yang tak segar.

Senang ceritanya, jika kita gunakan sotong yang tak segar. Ia akan menjejaskan rasa pada resepi sotong goreng kunyit nanti.

Tips Memilih Sotong Segar

Terdapat beberapa tips memilih sotong segar khas untuk resepi sotong goreng kunyit. Semoga tips yang dikongsikan nanti berguna untuk anda semua. Nanti jangan lupa untuk kongsikan tips ni pada semua yer.

Biar kita sama-sama belajar dan dapat membuat pilihan yang bijak ketika membeli.

  • Perhatikan Mata Sotong

Semasa anda ingin membeli sotong. Cuba anda perhatikan mata sotong. Biasanya sotong segar matanya kelihatan bulat bergentel dan kelihatan bersinar.

Bila kita pandang jer mata sotong ni terus kita rasa jatuh hati nak beli. Kalau tak beli mesti kita akan rasa teramat rugi. Yer la sotong segar ni memang menjadi rebutan semua orang.

  • Perhatikan Kepala Dan Badan Sotong

Ketika anda nak membeli sotong. Cuba anda angkat terlebih dahulu sotong. Jika badan dan kepala sotong tidak tertanggal antara satu sama lain.

Itu tandanya sotong tersebut masih segar. Tapi jangan pula anda angkat dan hayunkan sekuat hati semata-mata nak tahu segar atau tak. Kan jap lagi ada yang kena ligan dengan tauke kedai.

  • Perhatikan Dakwat Hitam

Ni bukan dakwat hitam pen tau. Ini merupakan dakwat hitam yang ada dalam bahagian dalam sotong. Biasa kalau sotong masih segar.

Dakwat hitamnya takkan mengalir keluar. Berbeza dengan sotong yang tak segar dakwat hitamnya akan mengalir keluar dari dalam badan sotong. Jadi elakkan daripada membeli sotong yang sebegini yer.

  • Perhatikan Struktur Badan Sotong

Bila anda perhatikan struktur badan sotong yang masih segar. Biasanya ia akan kelihatan pejal dan tidak lembik. Memang kalau sotong segar dari jauh lagi kita dah tahu ianya pejal.

Berbeza dengan sotong yang tak segar. Struktur badannya lebih lembik bila kita tekan. Kadang-kadang tu tak perlu tekan pun.

Pegang jer kita dah tahu sotong tu lembik dan tak segar.

  • Perhatikan Lalat

Sebelum anda mebeli sotong di pasar atau di mana-mana. Cuba anda perhatikan ada ke tidak lalat yang datang hinggap pada sotong. Sebab biasanya, lalat suka hinggap pada sotong yang tak segar.

Jika sotong masih segar maka kemungkinan besar lalat takkan datang hinggap. Sebab sifat lalat yang sukakan sesuatu yang busuk dan berbau hanyir. Maka sebaiknya elakkan daripada membeli sotong yang sudah dihinggap lalat.

Semoga perkongsian tips memilih sotong segar pada kali ini berguna buat semua. Dah selesai mempelajari sedikit tips memilih sotong segar ni. Mesti ada dalam kalangan kita yang dah sabar nak masak kan?

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi sotong goreng kunyit. Semoga ianya memberikan manfaat buat semua dalam menyediakan juadah yang enak untuk keluarga. Tanpa buang masa, jom kita tengok bahan apa yang diperlukan untuk memasak.

Resepi Sotong Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

4 ekor sotong besar dipotong bulat
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Kacang panjang
Lobak merah potong memanjang
Baby corn potong memanjang
Lada merah potong serong
Sedikit minyak

Cara Penyediaannya:

1. Gaulkan serbuk kunyit dan garam bersama sotong. Sambil tu panaskan minyak.

2. Goreng sehingga nampak sotong masak. Jangan lama sangat sebab nanti sotong makin keluar air banyak.

3. Masukkan bahan hiasan. Dah siap untuk dihidangkan.

resepi-sotong Resepi Sotong Goreng Kunyit Mudah Simple Sedap Dimakan Seisi Keluarga

 

resepi-sotong Resepi Sotong Goreng Kunyit Mudah Simple Sedap Dimakan Seisi Keluarga

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.