resepi sotong stim limau 1

Hari ni teringin nak makan resepi sotong stim limau yang sungguh menggiurkan selera makan. Resepi ini sangat menyihatkan dan patut dicuba oleh semua kerana menggunakan kaedah kukus. Ia juga tidak menggunakan minyak atau garam tau.

Memang sesiapa yang suka amalkan gaya hidup sihat dengan makan makanan yang sihat. Kena cuba resepi ni. Rugi sangat kalau tak cuba nanti kalau dah kempunan dan terbawa-bawa dalam mimpi.

Jangan salahkan saya pula yer. Juadah ini menjadi salah satu masakan kegemaran keluarga saya. Disebabkan sedap hingga menjilat jari.

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.

Gabungan rasa masam, manis dan sedikit pedas membuatkan juadah ni sempurna di mata semua. Sebab tu saya kata rugi sangat kalau tak cuba resepi sotong stim limau. Lepas makan terus jatuh hati kat juadah ni dan nak makan lagi dan lagi.

Mesti ramai yang dah tahu, masakan yang enak terhasil bila kita gunakan bahan mentah yang segar. Kalau tak segar pasti masakan kita kurang umphh dan sedap. Biasanya kalau bahan mentah yang masih segar rasanya lebih manis dan fresh.

Tips Memilih Sotong Segar

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
sebenarnya.my

Kebetulan resepi sotong stim limau hari ni kita menggunakan sotong. Jadi memang penting untuk kita tahu tips memilih sotong segar. Kalau tak segar biasanya tak berapa nak sedap.

Tak susah pun nak dapatkan sotong atau squid. Hanya perlu ke pasar basah, Tesco dan Giant jer. Jadi tiada alasan kita kata susah nak dapatkan bahan mentah seperti sotong.

Mungkin kalau susah sikit pun sebab kita tak tahu nak pilih sotong segar. Haa tu memang masalah. Pengalaman saya sendiri pun masa tak tahu tips nak memilih sotong segar memang banyak.

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
vectorstock.com

Terbeli sotong yang tak segar dan fresh. Bila nak masak haishh rasa masakan kita pun tak berapa nak umphh. Yer la sebab rasa sotong segar tu dah tiada.

Sepatutnya kalau kita makan sotong yang segar rasanya akan manis dan kenyal gitu masa kunyah. Uishh memang telan air liur la kalau cerita bab sotong segar. Perut pun dah mula menyanyikan lagu rock kapak dah ni.

Mungkin tak sabar nak makan resepi sotong stim limau kot. Orang tua-tua dulu kata tak kenal maka tak cinta. Jadi jom kita kenali sotong tu haiwannya macam mana.

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
pngwing.com

Nanti selain daripada perut kita kenyang IQ kita pun kenyang jugak. Haa adil kan sama-sama kenyang jadi takkan gaduh dah nanti. Ni tak adil la kalau perut jer kenyang tapi ilmu pengetahuan tetap kosong.

Kalau nak tahu, sotong mempunyai 8 tangan dan 2 tentakel yang lebih panjang daripada tangannya. Haiwan ini memiliki satu tulang jer. Apa yang mengagumkan haiwan ni ialah ia mempunyai dakwat hitam.

Biasanya, sotong akan mengeluarkan dakwat hitam bila rasa terancam atau ingin melepaskan diri daripada musuh. Hebatkan senjata rahsia yang ada pada sotong ni. Jadi berbalik kepada tips memilih sotong segar tadi.

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
kitpramenulis.com
  • Periksa Struktur Badan Sotong

Pertama, cuba tekan struktur badan sotong. Jika rasa pejal maknanya sotong masih segar. Tapi kalau kita tekan ianya dah terlalu lembik maknanya sotong dah tak segar.

  • Masih Diselaputi Sejenis Lendir Dan Tidak Berbau Hanyir

Kedua, kebiasaannya sotong yang segar ianya masih diselaputi sejenis lendir dan tidak berbau hanyir. Kalau dah berbau hanyir dan busuk maknyanya sotong tu dah tak segar. Sebab tu kena perhatikan betul-betul masa membeli.

Nanti kalau pakai main hentam jer diri sendiri yang rugi. Sotong yang segar juga badan dan kepalanya akan masih bercantum jika kita angkatnya. Ni kalau kita angkat badan dan kepala sotong ia bercerai maknanya sotong tak segar dah.

  • Perhatikan Mata Sotong

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
umpan.com.my

Selain itu, cuba perhatikan mata sotong. Jangan dok tenung lama-lama tau. Nanti pak cik yang jual sotong tu seram pula tengok anda tenung lama-lama mata sotong tu.

Biasanya, sekilas kita tengok mata sotong biasanya kita tahu jika sotong masih segar atau tak. Sotong yang masih segar matanya kelihatan bersinar, cantik dan jernih. Geram jer dengan matanya tu sebab tak sembab macam mata kita.

Chill jer. Macam yang saya cakap tadi, jangan di tenung lama-lama mata sotong tu. Kang makin seram pak cik yang jual sotong tu.

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
hidupcu.com

Haishh anda semua ni bukannya boleh buat bergurau. Kang ada yang terlebih betul macam pembaris jap lagi pergi tenung mata sotong tu. Yer la nak pastikan sotong tu betul-betul segar.

Kebiasaan, badan sotong yang berwarna putih dan hanya terdapat beberapa bintik hitam padanya. Dikira masih segar dan sungguh enak dimasak dengan apa jenis masakan yang kita suka. Elakkan daripada membeli sotong yang warnanya dah bertukar kepada kemerahan atau ungu tua.

Jika warnanya sebegitu rupa maknanya sotong berkenaan dah terlalu lama. Tapi tak bermaksud kemanisan rasa sotongnya dah hilang. Rasa manis sotong masih ada cuma sudah berkurang dan tak sama dengan yang betul-betul segar.

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
idntimes.com

Kalau anda pandai masak sotong sebegini ia masih akan rasa sedap. Tapi kena belajar teknik dan cara yang betul la kan. Bukannya main hentam macam tu jer.

Sotong yang segar juga tidak akan direndam atau dibiarkan di dalam ais. Biasanya sotong yang segar dijual dengan cara diletakkan atas meja dan dibiarkan terdedah macam tu sahaja. Haa tu baru la sotong yang segar dan fresh dari laut.

Kalau anda gunakan semua tips memilih sotong segar . Anda pasti berjaya membeli sotong yang anda inginkan. Takde la nanti selalu kena sebab tiada ilmu.

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.
facebook.com

Lepas anda kena tipu mesti anda rasa tips ni amat berguna untuk anda. Jadi la pembeli yang bijak. Baru la masakan kita lebih enak dan sedap biarpun nampak simple jer.

Terima kasih buat Raja Amanina yang sudi kongsikan resepi sotong stim limau. Sedap sangat rasa resepi ini. Kalau ratah macam tu sahaja tanpa nasi pun masih sedap tau.

Dah tak sabar semua kan nak masak resepi yang simple tapi enak ni. Apa tunggu lagi. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak.

 

Resepi Sotong Stim Limau

*Sotong Stim Limau*

Bahan-bahan:

-1/2 kilo sotong 
*dicuci bersih buang dakwat hitam,kulit luar dan kelar kelarkan
-2 batang serai dihiris halus
-3 hiris lengkuas
-4 ulas bawang putih diketuk
-akar daun ketumbar(xnak letak pun boleh je)
-3 helai daun limau purut dihiris halus
-sedikit kiub ayam

Cara Penyediaan:

  1. Susun sotong yang siap dibersihkan ke dalam bekas/mangkuk yang tahan panas. Panaskan pengukus. 
  2. Bila air dalam kukusan dah mendidih, masukkan bekas yang mengandungi sotong ke dalam kukusan. Sebelum itu, taburkan serai, lengkuas, kiub ayam, daun limau purut dan bawang putih pada sotong.
  3. Biarkan sotong dikukus selama 15 minit menggunakan api yang kuat. Bila sotong dah masak sempurna, angkat dan buangkan air sotong.

*Bahan untuk sos@kuah)

Bahan-bahan:
-2 sudu sos ikan
-1 ulas bawang putih diracik halus
-1 ulas bawang merah dihiris
-cili padi dihiris halus
-3 biji limau nipis(nina guna limau kasturi)
*diperah ambil jus
-1 sudu besar gula
-hirisan daun limau purut&daun ketumbar
-mangga(disagat)xnak letak pun takpe

 

Cara Penyediaan:

  1. Campurkan sos ikan, bawang putih, bawang merah, cili padi, gula dan air limau nipis di dalam bekas. Gaulkan sos biar sebati.
  2. Tuangkan sos tadi ke atas sotong yang dikukus. Kemudian, tabur daun limau purut, daun ketumbar dan mangga yang disagat (ikut citarasa masing-masing).
  3. Siap untuk dihidangkan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.*resepi ni nak guna untuk stim ikan pun boleh je

resepi-sotong-stim-limau-1 Resepi Sotong Stim Limau Membangkitkan Selera Makan Sesiapa Sahaja.

Selamat mencuba. Diharapkan resepi ini memberi manfaat untuk anda semua. Bagi menyediakan satu juadah yang sedap dan menyihatkan untuk keluarga. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda.