resepi sotong sumbat dan sambal hijau

Dah bosan asyik makan masakan berasaskan ayam dan ikan jer. Jom kita cuba resepi sotong sumbat dan sambal hijau. Fuhh memang merecik sungguh bila sotong sumbat ni dicicah dengan sambal hijau.

Ni kalau sotong sotong dimakan dengan sambal hijau jer tanpa nasi ni. MestiĀ  sedap jer. Mesti makan sekali nak lagi dan lagi.

Kalau tak dapat makan selagi tu mengigau sampai terbawa mimpi. Haa mesti ramai tertanya-tanya kan sedap ke masakan ni. Tak cuba tak tahu tau.

Bila dah cuba resepi sotong sumbat dan sambal hijau baru tahu sedap ke tak. Tapi kebanyakan orang akan bersetuju yang menu ni sungguh sedap. Sesiapa peminat makanan berasaskan seafood dan sukakan pedas.

Memang menu ni sesuai untuk anda cuba di rumah. Confirm sekali cuba nak makan lagi dan lagi. Perghh memang padu.

Kebiasaan orang kita, bila jer sebut sotong. Mesti teringatkan sotong goreng tepung, sotong goreng kunyit dan sebagainya. Tapi apa kata kita buat kelainan sikit pada kali ini.

Kita sama-sama cuba resepi sotong sumbat dan sambal hijau. Tapi seperti biasa sebelum kita nak masak menu ni. Kita perlukan bahan basah seperti sotong kan.

Jadi kita perlukan sotong segar untuk memasak menu ni. Ada beberapa tips memilih sotong segar yang anda boleh guna untuk membeli. Nanti lepas ni dah tiada masalah untuk anda membeli bahan basah.

Tips Memilih Sotong Segar

  • Struktur badan pejal

Bila anda nak membeli sotong, cuba anda perhatikan struktur badan sotong. Jika struktur badan kelihatan pejal. Itu tandanya sotong tersebut segar. Kalau nampak struktur badan lembik dan tak bermaya. Maka maksudnya sotong tersebut tak segar.

  • Pastikan Badan dan Kepala Sotong Tidak Tertanggal Bila Diangkat

Kebiasaannya, sotong yang masih segar. Bila kita angkat, badan dan kepala sotong takkan tertanggal antara satu sama lain. Berbeza dengan sotong tidak segar.

Bila kita angkat jer pasti badan dan kepala sotong mudah tertanggal. Tapi jangan pula anda angkat dan goyang-goyangkan sotong tu. Semata-mata nak pastikan ianya masih segar.

Cukup dengan hanya angkat dan jika badan dan kepala sotong tak tertanggal. Maka, sotong tu dikira segar.

  • Mata Sotong Kelihatan Bulat, Bersinar dan Tidak Berkedut

Sotong masih segar biasanya bentuk matanya bulat, bersinar dan tidak berkedut. Senang cerita, bila anda pandang jer mata sotong. Terus jatuh hati nak membelinya.

  • Tidak Berbau Hanyir dan Berlendir

Sotong masih segar biasanya tidak berbau hanyir dan sedikit berlendir. Jadi kalau anda nak membeli sotong cuba hidu terlebih dulu. Jika tiada bau yang tidak menyenangkan.

Maka sotong tersebut masih segar. Kalau sotong tidak segar mesti lalat akan datang untuk hinggap dan berbau hanyir daripada biasa.

  • Perhatikan Dakwat Hitam Sotong

Kalau biasa anda tengok atau perhatikan di kedai atau pasar raya. Sotong yang masih segar biasanya tidak mengeluarkan dakwat hitam. Beza dengan sotong yang tidak segar.

Anda akan tengok dakwat hitamnya mengalir keluar daripada bahagian dalam sotong. Kalau anda tengok pun, anda akan pelik kenapa dakwat tu boleh mengalir keluar. Tapi tiada masalah kerana setelah anda baca tips ni.

Anda dah tahu yang sotong sebegitu sebenarnya tidak segar. Jadi elakkan daripada membeli. Jadilah seorang pengguna yang bijak membuat pilihan.

Mesti ada yang tertanya-tanya kan. Penting ke kita semua kena tahu tips memilih sotong segar ni. Meh nak kongsi sedikit khas untuk resepi sotong sumbat dan sambal hijau.

Sebenarnya, rahsia sesuatu masakan yang sedap, enak dan istimewa. Biasanya disebabkan daripada penggunaan bahan mentah dan bahan basah yang segar. Ramai juga yang terlepas pandang benda ni.

Tapi itulah hakikat yang sebenar-benarnya yang perlu kita terima. Selain itu, anda perlu pentingkan kualiti sesuatu barangan berbanding kuantiti. Tiada guna jika kuantitinya banyak jika tiada kualiti.

Nanti bukan kita sahaja yang rugi kena beli baru. Contohnya, sebab barangan tersebut dah rosak dan tak segar. Malah, rasa pada masakan yang kita nak masak nanti juga turut terjejas.

Kesimpulannya, sebagai pengguna kita kena bijak membuat pilihan. Peniaga tiada hak untuk memaksa kita untuk membeli barangan mereka. Jadi pilihan di tangan kita.

Berbalik kepada menu kita pada kali ini. Terlebih dahulu, terima kasih kepada Cik Raja Amanina. Yang sudi berkongsi resepi sotong sumbat dan sambal hijau.

Semoga dimurahkan rezeki untuk berkongsi lagi resepi dengan kita semua. Mesti anda semua dah tak sabar nak ketahui dengan lebih lanjut bahan-bahannya kan. Jom sama-sama kita tengok.

Resepi Sotong Sumbat dan Sambal Hijau

Bahan-bahan Sos Hijau Thai:

1 genggam cili padi hijau
8-10 biji limau kasturi(guna limau kasturi lagi sedap)
3 ulas bawang putih
3 sudu makan sos ikan
2 sudu makan gula
Daun ketumbar dihiris halus

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Kisar bawang putih, cili padi bersama air perahan limau kasturi.
  2. Masukkan sos ikan, gula, garam sikit&daun ketumbar yang dihiris.

 

Bahan-bahan Sotong Perap:

Sotong diperap dengan sedikit garam
3 biji telur
2 ulas bawang putih
Carrot sedikit
Daun bawang
1 sudu makan sos tiram
Gula garam secukup rasa

Cara-Cara Penyediaan:

  1. Tumis bawang putih, masukkan telur dan kacau-kacau bagi hancur. Kemudian, masukkan sos tiram, sayur, perasakan dengan gula dan garam.
  2. Sumbat telur hancur ke dalam sotong.
  3. Bakar hingga masak.

resepi-sotong-sumbat-dan-sambal-hijau Resepi Sotong Sumbat dan Sambal Hijau Piyorr Sedap

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.