resepi spagetti aglio oglio 8

Jika bosan makan menu sama setiap hari boleh cuba resepi spagetti aglio olio. Cara penyediaannya sungguh mudah dan paling penting sangat sedap dan kena dengan citarasa kita. Kalau nak tahu, masakan ini berasal dari Itali.

Ianya merupakan spaghetti yang dimasak bersama bawang putih dan minyak. Berbeza dengan spaghetti lain aglio olio dimasak secara kering dan rasanya juga sangat istimewa. Hmm sedap sangat.

Sesiapa yang pernah menikmati masakan ini pasti akan rasa nak lagi. Disebabkan rasanya yang enak dan lazat. Ditambah pula dengan pelbagai jenis seafood yang dimasak sekali dengan spaghetti.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Antara cadangan seafood yang selalu ditambah dalam resepi spagetti aglio olio ialah udang, sotong, kepah dan sebagainya. Haa masuk jer asalkan menepati cita rasa kita. Kalau sesiapa yang tak suka seafood atau alahan dengannya boleh jer gantikan dengan lauk lain.

Cara Rebus Spaghetti Supaya Tidak Melekat dan Lembut

Mesti ada antara kita yang suka makan resepi spaghetti aglio oglio. Tapi ada masalah dengan pasta yang direbus melekat dan teksturnya tidak cantik. Caranya mudah sahaja.

Rebus Dalam Periuk Sederhana Menggunakan Air Yang Banyak

Pertama, rebus spaghetti didalam periuk yang sederhana menggunakan air yang banyak. Pastikan air sudah mendidih baru la dimasukkan spaghetti dan sedikit garam. Bila spaghetti dah masak hingga tahap bila digigit masih lagi kenyal. Angkat dan toskan airnya.

  • Gaul Spagetti Dengan Minyak Zaitun

Kemudian, cepat-cepat tuangkan minyak zaitun pada spagetti dan gaul biar rata. Ni la rahsia spaghetti tidak melekat antara satu sama lain bila ia dah sejuk. Mesti ada yang pelik kenapa tak masukkan minyak zaitun masa kita rebus spaghetti tadi.

Sebabnya, membazir juga nanti kerana minyak zaitun akan hilang bila kita toskan spaghetti. Jadi spaghetti akan masih terlekat juga nanti. Ada yang kata tak perlu letak pun minyak zaiton. Hanya angkat spaghetti kemudian alirkan di bawah air paip dan toskan seketika.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih
cintafamili.cari.com.my

Semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tengok cara mana lebih berkesan baru resepi spaghetti aglio oglio kena dengan selera kita. Selain itu, sebelum kacau spaghetti biarkan ia direbus selama 2-3 minit supaya lembut.

Jangan patahkan spaghetti sebelum ia lembut dengan sendiri yer. Yer la sebab nak jimat masa la katakan. Nanti spaghetti kita tak cantik dan menarik bila dipandang.

Kalau nak tahu spaghetti kita masak ke belum. Ambilkan sedikit spaghetti dan gigit guna gigi. Hmm nyum nyum nyum.

  • Jangan Campur Dua Jenis Spagetti Berbeza Ketika Merebus

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih
shopee.com.my

Jangan sesekali campurkan dua spaghetti yang berlainan saiznya ketika merebus. Kerana spaghetti yang berbeza bentuk biasanya mempunyai masa untuk memasak yang berbeza. Cuba tengok kat bungkusan spaghetti biasanya ia dah tulis tempoh memasak untuk setiap spaghetti.

Begitu la sedikit sebanyak tips yang saya selalu guna masa nak memasak spaghetti. Sebenarnya spaghetti la masakan yang paling senang nak masak. Tak perlukan masa yang banyak pun dan masak.

Kalau tetiba lapar di tengah malam boleh la cuba masak resepi spaghetti. Tak rugi pun kalau try buat silap hari bulan budak darjah tiga pun pandai tau. Haa jangan main-main.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih
motherandbaby.co.id

Lagi pula, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak senang sahaja nak cari. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan untuk cuba memasak aglio olio sendiri di rumah. Saya tahu pasti ramai yang meminati spaghetti ini.

Bukan senang tau peluang nak datang bergolek di depan mata. Jadi, dah ada peluang untuk belajar masak sendiri maka gunakanlah sebaik-baiknya. Sebabnya lagi puas hati kita masak sendiri berbanding beli.

Makan pun lagi puas hati kalau masak sendiri. Boleh letak banyak mana bahan yang kita suka dan kurangkan apa yang sepatutnya dikurangkan. Terima kasih kepada Puan Nurul Huda yang sumbangkan resepi spaghetti aglio olio untuk kita cuba.

Jom kita tengok sikit apa bahan yang diperlukan untuk memasak.

 

Resepi Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan:

  • Spaghetti setengah (rebus letak minyak + garam)
  • Udang + sotong (goreng dan asingkan)
  • Bawang putih 4-5 ulas – slices
  • Brokoli – rebus sekejap
  • Cendawan –slices
  • Lada benggala potong dadu hijau&merah
  • Serbuk lada hitam 1 sudu besar
  • Cili flake 1 sudu besar
  • Oregano 1 sudu besar
  • Parsley flakes 1 sudu besar
  • Garam

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Cara penyediaan:

  1. Didihkan air di dalam periuk kemudian masukkan spaghetti,minyak dan sedikit garam. Bila dah lembut, angkat dan toskan seketika.
  2. Panaskan minyak. Masukkan butter dan biarkan ia cair untuk seketika. Kemudian, tambah bawang putih dan kacau hingga naik bau.
  3. Kemudian, tambahkan sotong dan udang dan kacau hingga separuh masak. Kemudian, kiub ayam, oregano, cili flakes, garam secukup rasa dan lada hitam dimasukkan satu persatu.
  4. Kacau hingga semua bahan sebati. Lepastu baru la diletakkan cendawan dan dikacau sekali lagi biar sebati.
  5. Saat yang dinantikan, kemudian spaghetti yang siap di rebus dan diketepikan seketika tadi dimasukkan. Kacau lagi.
  6. Kemudian, baru la sayur brokoli dan lada benggala ditambahkan. Gaul lagi biar semua bahan masak dengan sempurna.
  7. Tutup api. Angkat dan siap untuk dihidangkan untuk yang tersayang.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Cairkan butter.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Masukkan bawang putih sampai naik bau.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Masukkan sotong dan udang.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Lepas tu masukkan kiub pati ayam , oregano , cili flake , parsley , garam dan lada hitam.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Masukkan cendawan. Kemudian, kacau lagi.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Masukkan spaghetti.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Last sekali masukkan sayur brokoli dan lada benggala. Kacau sekejap kemudian tutup api.

resepi-spagetti-aglio-oglio-9 Resepi Spagetti Aglio Olio Sedap Sekali Sekala Tukar Selera Orang Putih

Dah siap.

Semoga sedikit perkongsian yang diberikan memberi manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini bersama yang tersayang. Selamat mencuba.

Selamat berjaya (buona fortuna) and good luck. Try to close your eyes and said to yourselves ‘be the best, beat the rest’. Then try to imagine that success is infront of you.

Do not give up and cheer up guys.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.