Sesiapa yang dah lama rasa mengidam nak makan resepi sup daging ala Thai. Anda tak perlu pening-pening dah sebab kali ni kami akan kongsikan resepinya. Kalau anda nak tahu, tahap sedap resepi kali ni sama level dengan kedai Thai yang biasa anda makan.
Haa kena percaya tau. Dijamin lepas anda mencuba resepi ni anda akan mengakui keenakannya. Jadi anda mesti cuba tau. Mesti anda semua bosan juga kan makan menu yang sama tiap-tiap hari.
Lagipun sekarang kan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi bila bosan kat rumah mesti perut tu asyik berkeroncong jer kan. Jadi apa kata anda cuba buat resepi ni di rumah bersama insan tersayang.
Masa ni la anda nak manfaatkan masa bersama keluarga. Saya faham bila kita semua berada dalam situasi begini mesti ada dalam kalangan kita yang tertekan. Betul tak?
Yer la nak ke sana ke sini dah tak boleh. Tapi cuba kita lihat dari sudut positifnya. Bila COVID 19 melanda negara kita.
Allah bagi masa untuk kita muhasabah diri. Kemudian, secara tidak langsung kita dapat eratkan silaturahim sesama keluarga kita. Kalau dulu tiada masa untuk masak dan makan sama-sama sebab semua sibuk dengan tugas masing-masing.
Apa kata sekarang ni kita semua manfaatkan masa yang ada untuk luangkan masa bersama. Be positive okay? Contohnya, anda boleh masak resepi sup daging ala Thai ni.
Haa bernas jugak idea ni kan?? Hehehe mesti best kan masak dan makan sama-sama dengan keluarga. Tetapkan mindset kita untuk cuba lihat sesuatu yang berlaku dari kaca mata positif.
Bila kita lihat sesuatu ujian yang melanda dari sudut positif. InshaAllah kita akan rasa tenang dan mudah untuk terima ujian tersebut. Acewahh tiber dah jadi pakar motivasi.
Bukan apa kita faham bukan anda jer yang terkesan dengan ujian ni. Semua orang terkesan. Jadi sama-sama kita jaga kita.
Boleh?? Haa kita lanjutkan lagi dengan perkongsian resepi sup daging ala Thai. Seperti semua sedia maklum, nak masak resepi ni bahan utamanya semestinya daging.
Jadi apa kata saya kongsikan tips memilih daging segar buat anda semua. Tips ni penting tau. Jangan ambil mudah.
Kenapa tak boleh ambil mudah? Yer la bila kita memasak menggunakan bahan mentah yang segar dan berkualiti. Ianya akan mempengaruhi rasa masakan kita terutamanya resepi sup daging ala Thai.
Tips Memilih Daging Segar
-
Perhatikan Warna Daging
Bila anda nak beli daging di pasar atau di mana-mana sahaja. Perkara pertama yang anda kena lakukan adalah dengan perhatikan warna daging. Nak tahu daging segar dan berkualiti mudah jer.
Warna daging yang masih segar biasanya merah dan nampak segar. Berbeza dengan daging tidak segar warnanya kelihatan pucat.
-
Periksa Tekstur Daging
Sebelum anda membeli daging sebaiknya periksa terlebih dahulu teksturnya. Caranya mudah jer. Anda perlu tekan sedikit permukaan daging.
Jika daging terasa kenyal dan kembali ke posisi asal selepas ditekan. Haa tu tandanya daging tersebut masih segar. Berbeza dengan daging yang tidak segar.
Bila anda tekan terasa lembik dan tidak kenyal.
-
Bau Daging
Daging segar bila anda hidu masih ada bau khas lembu. Berbeza daging yang tidak segar baunya lebih busuk dan masam. Jangan risau mudah jer nak tahu baunya tu.
Tak perlu nak dekatkan hidung anda pada daging. Anda cuma perlu cium bau dari jauh jer. Mudah kan?
-
Pastikan Daging Tidak Berair
Kebiasaannya, daging yang masih segar tidak akan berair. Kalau daging tersebut tidak mengeluarkan sebarang cecair berwarna merah seakan darah. Maka daging tersebut dikira masih segar.
Daging yang tidak segar biasanya akan mengeluarkan cecair seakan darah dan berair. Cecair tersebut keluar disebabkan daging tersebut sudah lama terdedah dengan udara bebas. Sebaiknya elakkan daripada membeli daging yang berair yer.
-
Periksa Sijil Halal
Tips ni paling penting untuk anda praktikkan. Biasanya anda periksa tak sijil halal kalau anda ke kedai atau pasar untuk membeli daging? Jika anda tidak pernah berbuat demikian maka mulai detik ni, hari ni.
Anda kena praktikkan untuk periksa sijil halal sebelum membeli barangan. Aspek ni paling penting kerana makanan yang kita dan keluarga nak makan perlu dipastikan ianya halal. Yer la sebab makanan yang kita makan akan menjadi darah dan daging dalam diri kita nanti.
Jadi sebaiknya anda periksa samaada barangan yang anda nak beli halal atau tak. Jom kita praktikkan mulai hari ni untuk periksa sijil halal sebelum membeli suatu barangan? Sama-sama kita jadi pengguna yang bijak.
Terima kasih kepada Raja Amanina kerana sudi berkongsi resepi sup daging ala Thai. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua. Mesti anda semua dah tak sabar nak tahu bahan-bahan untuk memasak kan?
Apa tunggu lagi? Jom la kita tengok sama-sama.
Resepi Sup Daging Ala Thai
Bahan-bahan Untuk Sup:
-7,8 ulas bawang merah dihiris
-6 ulas bawang putih dihiris
-2 biji bawang besar dihiris
-3,4 inci halia dihiris
-ayam@daging
-2 batang serai diketuk
-3,4 helai daun limau purut dicarik carik
-sup bunjut
-4 sekawan
-2 biji tomato belah empat
-3 sudu besar rempah kurma(nina guna brand adabi)
-akar daun sup(dicuci bersih)
-cuka 1 senduk kecil
-gula garam
Cara Penyediaan:
- Di dalam periuk satukan ayam@daging,sup bunjut,4 sekawan dan rempah kurma. Kemudian, masak hingga mendidih.
- Di dalam periuk@kuali berasingan tumis bawang dan halia hingga wangi. Bila dah agak layu masukkan 2 sudu gula. Jangan risau ehh tak manis pun gula tu sekadar nak karamelkan bawang (kuah sup jadi warna gelap).
- Masukkan serai, daun limau purut akar daun sup dan tomato.
- Bila dah agak perang masukkan bahan tumis ke dalam periuk sup. Masukkan sekali bersama minyak tumisan tu ehh.
- Kacau sebati kuah sup. Kemudian, masukkan cuka. Perasakan garam dan masak hingga daging@ayam empuk.
Bahan-Bahan Untuk Cuka Lada:
-cili padi segenggam
-cuka secukup nya
-bawang putih 1 ulas
-gula garam
*blender semua bahan
Bahan-bahan Untuk Sambal Kicap:
*taknak buat pun takpe
-cili padi segenggam
-bawang putih seulas
-air perahan limau kasturi
-kicap
-gula garam
*blender semua bahan perasakan gula garam
*Sup ni boleh makan bersama Mee&Bihun
Semoga sedikit perkongsian mengenai resepi ini memberi manfaat buat semua. Jangan lupa untuk kongsikan bersama insan tersayang. Now, everyone can cook.