Salah satu menu untuk minum petang yang sedap dan enak semestinya resepi tepung bungkus. Juadah ini merupakan antara kuih tradisional yang bahan utama ialah tepung dan intinya kelapa. Uniknya kuih ini ia dibungkus menggunakan daun pisang.
Wah dapat la feeling makan makanan tradisi masyarakat Melayu. Mungkin ada di antara kita yang belum pernah makan juadah ni. Jadi, anda mesti cuba rasanya sendiri sebab ia sedap, cukup lemak dan umphh sangat.
Kalau tanya nenek atau mak kita pasti mereka tahu rupa juadah ni. Sebabnya orang zaman dahulu suka makan juadah ni. Memang ada sesetengah daripada meraka sangat expert dalam membuat dan membungkus kuih ini.
Lagi pula, bahan-bahan untuk membuat kuih ni sangat simple dan senang untuk dapatkan. Maka rugi sangat kalau kita lepaskan peluang keemasan untuk belajar membuat kuih ni sendiri. Mungkin pada yang baru belajar masak.
Part yang rumit sikit adalah bila nak bungkus kuih resepi tepung bungkus biar kelihatan kemas dan cantik. Jika kita ikut teknik dan cara yang betul kita akan rasa mudah untuk membungkusnya. Kemudian, masa yang diambil untuk membungkus pun akan lebih cepat.
Tips Membuat Tekstur Tepung Bungkus Lembut dan Inti Sedap
Nak tahu tak cara nak jadikan tekstur bahagian lemak putih lebih lembut? Lepas tu, inti pun makin sedap hingga menjilat jari. Haa jangan risau kita ada tips nak kongsikan bersama supaya kuih dibuat lebih enak.
-
Gunakan Api Sederhana Semasa Mengukus
Pertama, bila nak kukus resepi tepung bungkus gunakan api sederhana supaya masak sempurna. Selain tu, daun pisang yang dibungkus tidak akan cepat terbuka bila dikukus. Jadi, bila kuih masak dan dihidangkan atas pinggan ia akan masih nampak cantik.
Bila dah siap kukus kena biarkan ia sejuk seketika sebelum dimakan. Kenapa tak boleh ngapp terus bila masih panas-panas? Satu, sebab kita manusia jangan suka gelojoh sangat haha.
-
Biarkan Kuih Sejuk Seketika Selepas Dikukus
Kedua, bila kuih dah sejuk maka teksturnya jadi cantik dan kemas. Kalau buka terus balutan kuih masa masih panas-panas. Masa tu bahagian putihnya belum ‘firm’ jadi ia akan jadi mudah hancur dan comot.
Faham ke tak? Kalau masih tak faham cuba tanya orang-orang tua. Kenapa kita tak boleh gelojoh makan masa ia masih panas.
-
Layurkan Daun Pisang Atas Api
Ok, kalau tak nak kuih resepi tepung bungkus melekat dan comot pada daun pisang. Sebelum membungkus, daun pisang mesti dilayurkan atas api kemudian sapukan sedikit minyak padanya. Ini tips saya guna turun temurun dari nenek saya.
Sampai ke hari ni saya guna dan kuih yang dihasilkan kelihatan kemas dan cantik gitu. Bila ada yang memandang pasti akan tergoda dan makan sampai tak ingat orang sebelah haha. Jangan lupa untuk cuba yer.
-
Inti Dibuat Menggunakan Gula Merah
Untuk inti biasa orang zaman dulu suka masukkan gula merah berbanding gula pasir. Gula merah berfungsi untuk menyedapkan kuih muih yang kita buat. Rasa kuih lagi sedap dan warna inti kuih juga lebih cantik dan menarik bila dipandang.
Satu lagi lupa nak kongsikan tips yang paling penting. Nak tahu tak apa tips yang saya selalu pegang hingga sekarang? Just want to share my own experience.
I start to cook with zero knowledge and skill. But I never give up. I learn to cook with my mom, friends, siblings and friends. If I faced some obstacles or fail during my journey to become a good cook.
I will close my eyes and said ‘it’s okay it’s alright’. Maybe there are wisdom behind what has happen. Who knows right?
Yang pasti, jangan cepat untuk mengalah dan kena selalu berfikiran positif. Sabar, tekun dan fokus adalah sifat yang perlu ada ketika memasak. Jika tak sabar kita akan putus asa. Jika tidak tekun kita akan jadi hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Jika tidak fokus yang sepatutnya masukkan gula kita akan tertukar dengan garam. Hopefully you all can practice all the tips. Terima kasih kepada Iffat Irdina kerana sudi kongsikan resepi tepung bungkus untuk kita cuba.
Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?
Resepi Tepung Bungkus
Bahan-bahan:
- 2 cawan tepung beras
- 4 cawan santan fresh
- 1 sudu garam
Cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan iaitu santan, tepung beras dan garam ke dalam periuk.
- Panaskan api kemudian masak hingga seua bahan sedikit pekat dan likat menggunakan api perlahan. Bila dah pekat dan likat tutup api.
Inti kelapa
- 1 biji kelapa parut (putih sahaja)
- 1 cawan gula merah
- 1 1/2 air
- 1/2 gula pasir
- Secubit garam
- 2 helai daun pandan
- 1 sudu tepung gandum
Cara penyediaan:
- Panaskan periuk. Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan garam bersama air. Kacau hingga semua bahan cair sepenuhnya menggunakan api kecil.
- Kemudian, kelapa parut ditambah dan dikacau biar rata. Bila bahan hampir kering tepung gandum ditambah. Kacau lagi sekali hingga sebati.
- Bila semua bahan boleh tutup api. Kemudian, biarkan inti sejuk. Sebaiknya inti dimasak sehari sebelum tepung bungkus mula dibuat baru la sedap.
Cara Bungkus Tepung Bungkus:
- Ambil inti lalu bentukkan ia supaya kelihatan bulat. Kemudian, daun pisang dilayur di atas api yang perlahan.
- Kemudian, di atau daun pisang tadi adunan putih dan inti diletakkan. Kemudian, diatas inti tambahkan adunan putih tadi.
- Bungkus biar kemas dan cantik. Kemudian, susun di dalam pengukus dan kukus selama 20 minit.
- Angkat dan sejukkan seketika sebelum dihidangkan.
Tepung bungkus yang dah siap.
Semoga sedikit perkongsian yang diberikan memberikan manfaat buat semua. Jangan lupa yer untuk kongsikan resepi ini kepada insan yang tersayang. Samaada yang jauh atau dekat dimata sebab semuanya kita sayang.
Selamat mencuba. Semoga berjaya menyediakan satu lagi juadah yang sedap dan enak dimakan bersama yang tersayang.