resepi teresek jantung pisang 1

Resepi teresek jantung pisang sangat terkenal di negeri Kelantan. Ia merupakan juadah wajib untuk sebarang kenduri kendara. Alamak kalau takde lauk ni semua orang boleh dikatakan tak lalu nak makan la.

Haa macam tu sekali hebat penangan menu ni. Jadi anda kena cuba tau resepi ni nanti. Gerenti sekali makan nak cuba lagi dan lagi.

Resepi teresek jantung pisang merupakan salah satu menu kampung yang sangat enak. Cara penyediaannya juga memang senang dan tidak renyah pun. Jadi amat rugi bagi sesiapa yang tak cuba untuk mempelajari menu ni.

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
healthygirlskitchen.com

Haa kalau yang selain orang Kelantan nak cuba resepi ni. Ini lah masa yang anda tunggu-tunggu. Ala jangan risau kalau masak tak jadi. Bak kata Perdana Menteri kita, kalau masak tak jadi jangan risau.

Kan ada page Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? Share jer pengalaman anda di situ. Biasa la dalam hidup kita ni adakalanya kita akan berjaya.

Adakalanya kita akan berdepan dengan kegagalan. Tapi kita kena pasakkan dalam hati. Jadikan kegagalan lalu suatu pembakar semangat untuk kita bangkit kembali.

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
accesalud.femexer.org

Tapi jangan risau, pada sesiapa yang pertama kali nak cuba masak menu ni. Ehemm untuk cik abe ke tu? Ehh gurau-gurau.

Haa anda tak perlu risau. Resepi teresek jantung pisang ni amat mudah dan simple jer cara penyediaannya. Hehehe jadi anda kena cuba masak dan rasa tau nanti.

Gerenti sekali makan terus jatuh hati pada masakan ni. Sesiapa yang tak pernah lagi cuba menu ni boleh la mencubanya. Dijamin takkan menyesal tau kalau anda cuba.

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
kindpng.com

Disini saya akan sertakan perkongsian mengenai cara bersihkan jantung pisang. Mungkin ada yang dah tahu kan? Tapi tak mustahil ada juga yang belum tahu.

Cara Bersihkan Jantung Pisang

Mula-mula anda buang lapisan luar yang berwarna merah. Biasanya lapisan ni mempunyai getah yang banyak tau. Kemudian, cabut serta buang bahagian yang panjang seperti lidi.

Lepas tu, anda boleh cuci bersih jantung pisang seperti biasa. Pastikan anda potong dua jantung pisang kemudian rendamkan dalam air belimbing buluh. Tujuan kita rendam jantung pisang di dalam air belimbing buluh adalah untuk mengelakkan ia menjadi hitam.

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
fimela.com

Sebaiknya sebelum anda potong jantung pisang. Anda perlu sediakan air belimbing buluh terlebih dahulu. Senang jer, anda perlu kisar 10 biji belimbing buluh bersama 1 cawan air.

Kemudian, masukkan dalam bekas siap-siap baru la dimasukkan jantung pisang yang dicuci bersih. Mudah kan? Nanti boleh la cuba petua ni bila nak masak nanti.

Seterusnya, apa kata saya kongsikan sedikit khasiat jantung pisang untuk kesehatan. Ada sesetengah daripada kita ragu-ragu nak makan jantung pisang kan? Jangan risau, lepas anda ketahui khasiatnya anda akan terus rasa nak makan.

Khasiat Jantung Pisang Untuk Kesehatan

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
themalayapost.my

Terdapat banyak sebenarnya khasiat jantung pisang untuk kesehatan kita. Jadi pada kesempatan ini saya akan kongsikan buat anda semua.

  • Membantu Mengelakkan Jangkitan

Tahukan anda yang jantung pisang mengandungi kaya dengan Vitamin E. Ia memiliki ciri anti-mikrobial bagi membantu mempercepatkan proses pemulihan pada luka atau jangkitan kulit.

  • Menjadikan Awet Muda

Siapa jer yang tak nak jadi awet muda kan? Kalau boleh kita sentiasa nak muda biarpun usia dah nak mencecah 90 an. Tapi kalau anda perhatikan nenek kita dulu-dulu.

Kebanyakannya awet muda kan? Perghh kalah kita yang muda ni. Kalau kita tanya apa rahsia mereka yang mereka amalkan.

Pasti mereka kata mereka suka makan ulam-ulaman dan tidak makan fast food macam kita. Jadi pemakanan amat penting untuk kita jaga tau kalau nak sentiasa awet muda. Jantung pisang kaya dengan Vitamin C seperti tannin dan flavonoid.

Ciri-ciri ini merupakan ciri antioksidan. Dimana antioksidan membantu melambatkan proses penuaan.

  • Melancarkan Pencernaan

Mesti ada dalam kalangan kita yang ada masalah  pencernaan. Contohnya seperti pedih ulu hati, angin, kembung perut, mahupun sembelit. Betul tak?

Jadi rahsia untuk selesaikan masalah pencernaan anda ada pada jantung pisang. Jantung pisang membantu melancarkan pencernaan kita. Betul ke?

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
umbrars.com

Yer la kan jantung pisang mengandungi serat terlarut dan serat tidak terlarut. InshaAllah lepas anda amalkan makan jantung pisang. Masalah pencernaan anda akan selesai.

  • Menurunkan Berat Badan

Saya rasa dalam banyak-banyak khasiat. Para pembaca sekalian mesti teruja nak tahu yang ni kan? Hehehe dah agak dah hahahaha.

Siapa jer yang tak nak turunkan berat badan kan? Mesti ada dalam kalangan kita yang dah buntu macam mana cara nak turunkan berat badan. Jangan risau.

Jantung pisang membantu anda untuk menurunkan berat badan kerana kandungan serat yang baik. Tapi jangan la pula lepas amalkan makan jantung pisang. Anda makan nasi tak ingat dunia.

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
facebook.com

Ianya perlu disertakan dengan diet harian serta gaya hidup yang sihat juga tau. Ala kena la usaha lebih kan? Tapi inshaAllah dengan usaha yang berterusan daripada kita semua.

Tak mustahil berat badan kita boleh turun. Trust yourself.

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh
maserumetro.com

Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi teresek jantung pisang. Semoga ianya mampu memberikan manfaat buat kita semua. Jom kita tengok bahan-bahannya?

Mesti anda semua dah tak sabar nak masak kan? Let’s check it out.

Resepi Teresek Jantung Pisang

Bahan-bahan:
=========================
2 biji jantung pisang(buang bahagian luar, hiris nipis&rendam air garam lebih kurang 10minit)
Hati, pedal&rangka ayam
7 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
2 sudu makan ketumbar
1 paket kecil serbuk kari
6 biji cili kering(rebus)
2 keping asam keping
3 sudu makan kerisik
Cili hijau hiris
Cili merah hiris
Bawang besar hiris
Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1-Kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, lengkuas, ketumbar&cili kering.
2-Satukan bahan kisar, santan, serbuk kari, asam keping dan masak hingga mendidih.
3-Masukkan isi ayam. Masak hingga isi&rangka ayam empuk.
5-Masukkan jantung pisang yang dihiris nipis.
6-Masak hingga jantung pisang lembut&masukkan kerisik, cili hiris&bawang hiris.
7-Perasakan gula garam. Siap untuk dihidangkan.

resepi-teresek-jantung-pisang-2 Resepi Teresek Jantung Pisang Kelantan. Sekali Makan Memang Sedak Dooh Bohh

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan anda. Semoga ianya bermanfaat kepada semua orang. Dijamin jika anda gunakan resepi ni masakan anda akan lagi sedap dan menggiurkan.

Now, everyone can cook. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.