resepi terung bakar cicah air asam 1

Dah bosan dengan resepi sama apa kata kita cuba resepi terung bakar cicah air asam? Memang mudah untuk dimasak dan paling penting sedap hingga menjilat jari. Kalau nak diet boleh masak jer juadah ni memang sesuai sangat.

Wahh mesti ada yang dah kecur air liur tu kan? Hehehe sabar la dulu masih banyak lagi yang saya nak ceritakan ni. Mesti anda semua dah tak sabar nak dengar kan?

Hehehe saya pun tak sabar nak cerita ni. Mehh sama-sama baca dan manfaatkan yer. Semoga lepas ni ramai yang sukakan masakan anda semua.

Memasak Memerlukan Keikhlasan

Selain masak dengan ikhlas, kita kena tahu juga tips atau cara memasak yang betul. Nanti makin sedap la apa yang kita masak. Ni kalau masak ala kadar jer memang la tak berapa nak umphh rasanya tu.

Biar lepas ni kita masak dan juadah yang  kita masak tu menjadi kegemaran semua. Kalau kita tak masak maka orang sekeliling akan tertunggu-tunggu nak makan. Jangan pula sekali cuba orang sekeliling dah tak nak makan dah lepas tu.

Huhu jadi meh ketahui rasa sesuatu masakan tu sedap. Nanti boleh la kita semua aplikasikan dalam masakan kita. Hehehe betul tak?

resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.

Haa tak terliur ke tengok juadah resepi terung bakar cicah air asam? Mesti semua dah kecur air liur tu kan? Tu bila tengok gambar jer.

Kalau dah ada depan mata kemudian hidu aromanya tu perghhh. Menusuk ke lubang hidung tau sampai terkenang-kenang dalam mimpi hehe. Resepi kali ni kita buat kelainan sikit dengan terung tu kita bakar.

Wahh lain daripada yang lain kan. Tapi apa yang perlu anda semua tahu, kalau kita bakar terung. Rasa terung tu lagi sedap dan menyelerakan.

Sumpah tak tipu sedap sangat. Sebab tu la kena pakat cuba baru tahu keenakannya. Rugi sangat kalau belum cuba resepi terung bakar cicah air asam.

Makanan Yang Tidak Boleh Letak Dalam Peti Sejuk

Sambil berkongsi resepi terung bakar cicah air asam, jom kita belajar ilmu lain pula. Biasa kat rumah anda semua, makanan apa yang ada dalam peti sejuk? Selain sayur-sayuran, buah-buahan dan barang basah.

Ada sesetengah daripada kita yang suka masukkan semua makanan yang dia beli dalam peti sejuk. Tapi tahukan kita semua yang ada juga makanan yang tidak boleh letak dalam peti sejuk? Ehh ada ke?

resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.
kredit gambar: siakapkeli.my

Tak boleh ke letak semua makanan yang kita beli dalam peti sejuk? Haa tu semua persoalan yang mungkin ada di dalam kepala kita semua kan? Meh nak citer sikit.

Bukannya tak boleh simpan tapi seeloknya makanan ni disimpan di luar peti sejuk jer. Kalau nak masukkan semua ke dalam peti sejuk tu. Alamaknya bila buka peti sejuk tu semua barang jatuh sebab padat sangat dalam peti sejuk.

Lagipun ada sesetengah makanan yang kita tak boleh simpan di dalam peti sejuk.

  • Sos Cili

Biasa sos cili anda simpan kat mana? Dalam almari kabinet atau dalam peti sejuk? Mesti ada yang kata mereka simpan dalam peti sejuk, ada yang kata mereka simpan di luar jer.

Tahukan anda bila sos cili kita simpan dalam peti sejuk. Ianya akan memperlahan aliran sos bila kita nak tuangkan ia. Jadi seeloknya, kita simpan sos tu kat luar jer.

Lagi jimat ruang dalam peti sejuk bila kita simpan sos di almari kabinet atau kat luar jer. Ni kalau semua benda nak simpan dalam peti sejuk. Memang nampak tak kemas la peti sejuk tu.

  • Tembikai

Buah tembikai memang sedap dimakan ketika cuaca panas. Fuhh rasa lega jer haus tekak bila dapat makan sepotong tembikai segar. Sebab tu kot ramai suka simpan tembikai di dalam peti sejuk.

Bila nak makan nanti akan rasa lebih sejuk. Tapi sebenarnya kalau kita simpan tembikai di dalam peti sejuk. Ianya akan menjejaskan rasa tembikai tu.

Perasan tak lepas kita simpan tembikai dalam peti. Rasa tembikai tu tak sesedap macam sebelum kita simpan dalam peti sejuk. Seeloknya kalau nak simpan juga tembikai dalam peti sejuk.

resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.
kredit gambar: impiana.my

Kita balut dulu tembikai menggunakan plastik baru kita simpan ia dalam peti sejuk. Tujuan kita balut menggunakan plastik supaya tidak meresap rasa atau bau makanan lain.

  • Nutella

Nutella sepatutnya disimpan pada suhu bilik. Jika kita simpan didalam peti sejuk. Tekstur nutella akan menjadi pekat dan beku.

Bila kita nak sapu pada roti ia takkan tersapu elok. Sebaiknya kita simpan jer nutella pada suhu bilik. Jimat ruang dalam peti sejuk tu hehe.

  • Kentang

Kentang biasa perlu disimpan pada suhu bilik bukannya di dalam peti sejuk. Perasan tak kalau kita simpan kentang di dalam peti sejuk. Lama-lama kentang tu akan nampak bercambah?

Ianya kerana suhu peti sejuk lembap yang membantu kentang untuk bercambah. Jadi seeloknya kalau nak kentang tahan lama simpan jer pada suhu bilik.

  • Rempah Ratus

Rempah ratus biasa kita simpan kat mana? Kalau dulu suka simpan kat dalam peti sejuk. Maka fikir-fikirkan lah.

Ehh kenapa? Tak boleh ke? Bukan tak boleh tapi kalau kita simpan rempah ratus dalam peti sejuk.

Ia akan menghilangkan rasa dan aroma rempah tersebut. Seeloknya simpan jer pada suhu bilik. Takde la pening kepala bila buka peti nampak penuh jer semua barang ada kan.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi terung bakar air asam. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki untuk selalu berkongsi dengan kami. Meh kita tengok apa bahan yang diperlukan untuk memasak?

 

resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.

 

Resepi Terung Bakar Air Asam

Bahan-bahan:
4 biji terung kecil (belah dua)
3 biji bawang merah
1 biji tomato
1/2 inci belacan – dibakar
4 biji cili padi (ni ikut kepedasan korang lerr)
6-7 biji limau kasturi
1 sudu besar asam jawa adabi
1/2 cawan air masak
Sedikit garam dan gula

resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.

Bahan-bahan yang diperlukan.

Cara penyediaannya:

resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.

 Ambik dua biji bawang merah, dua biji cili dan belacan. Tumbuk bagi ia hancur kasar je.
resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.
Satukan semua yang dipotong, asam jawa dan garam sikit ye jangan lupa.
resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.
Masukkan air dan tambah sedikit gula nak bagi seimbang.
resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.
Perahkan asam limau pula.
resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.
Bakar terung hingga masak. Dah berubah warna camni kira cun la ye.
resepi-terung-bakar-cicah-air-asam-2 Resepi Terung Bakar Cicah Air Asam Sesuai Untuk Sesiapa Yang Nak Diet.
Gaulkan dengan air asam. Kalau nak buang kulit pun boleh. Cheyah tak buang pun. Hentam saja. Semua sedap belaka. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.
Semoga perkongsian resepi pada kali ni memberi manfaat buat kita semua. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ni dengan yang tersayang yer. Percaya la yang semua orang yang pakar dalam memasak pada hari ni.
Mereka pun belajar daripada bawah dan kesilapan juga. Semua orang tak sempurna tapi kita akan jadi hebat kalau kita jenis yang tak mudah putus asa. Jadikan kesilapan dulu sebagai alasan untuk kita bangkit pada hari ni.
Selamat mencuba di rumah. Good luck guys.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.