Resepi tomyam ayam ala Thai bukan lagi menu yang asing buat rakyat Malaysia. Semua menggemarinya tidak kira umur, bangsa dan agama. Walaupun menu ni nampak simple tapi ianya sangat sedap untuk dinikmati seisi keluarga.
Tapi menu kali ni berbeza special sikit tau. Mesti anda tertanya-tanya kenapa berbeza. Betul tak?
Menu pada kali ni berbeza kerana ianya menggunakan pes tomyam homemade. Perghh memang kaww sangat kuah tomyam kita nanti. Lepas ni anda tak perlu lagi nak ragu-ragu tentang bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pes ni.
Dijamin rasa resepi tomyam ayam yang anda masak sama sedap dengan kedai Thai. Hehehe yer la disebabkan anda menggunakan pes tomyam ala Thai ni la. Nanti kalau ada lagi baki pes yang tak habis.
Anda tak perlu risau sebab ianya boleh disimpan di dalam peti ais. Boleh la dibuat stok kalau nak masak lagi nanti. Pes ni selain sesuai dibuat tomyam ianya juga sesuai untuk nasi goreng.
Haa nanti tak perlu susah-susah nak beli pes tomyam kat kedai untuk nasi goreng. Guna sahaja pes yang anda buat ni. Senang kan?
Berbalik kepada topik resepi tomyam ayam. Seperti yang semua sedia maklum menu ni memang disukai ramai. Kalau kita perhatikan bila makan di kedai makan.
Menu ni antara menu popular yang sering dipesan oleh para pelanggan. Lagipun mesti ada dalam kalangan ahli keluarga anda yang sukakan menu ni kan. Jadi apa kata anda cuba masak menu ni dengan menggunakan pes tomyam ala Thai homemade.
Dijamin masakan anda lagi sedap dan menggiurkan tau. Memang makin bertambah la selera orang yang tersayang lepas rasa masakan anda. Tak percaya?
Anda kena cuba dulu baru anda tahu betapa hebatnya penangan resepi tomyam ni. Sekali makan nak lagi dan lagi tau. Silap hari bulan boleh mengigau kalau tak dapat makan hehe.
Nak memasak resepi tomyam ayam sudah semestinya anda perlukan ayam segar. Apa kata saya kongsikan cara memilih ayam segar di pasar. Nanti bila anda nak beli ayam di pasar atau mana-mana.
Gunaka jer cara ni mesti anda akan rasa lagi mudah nak pilih ayam segar. Moh sama-sama kita usha sikit cara memilih ayam segar di pasar.
Cara Memilih Ayam Segar Di Pasar
Terdapat 5 cara memilih ayam segar di pasar. Kalau anda guna kesemua cara ni. InshaAllah anda akan rasa lagi mudah untuk memilih ayam segar di pasar.
-
Perhatikan Warna Ayam
Cara mudah nak memilih ayam segar di pasar dengan perhatikan warna ayam. Ehh macam mana nak tengok warna ayam? Caranya kalau anda tengok ayam yang warnanya putih kemerah-merahan(tiber lagi aisyah humaira berkumandang di telinga).
Maka tu tandanya ayam tersebut segar. Sebaliknya, ayam yang tidak segar warnanya lebih pucat macam mayat serta kebiru- biruan. Ish ish ish menakutkan tau tengok ayam yang tak segar ni.
Kalau biru macam laut tenang jugak hati ni kan. Tapi kalau tengok warna ayam yang kebiru- biruan. Perghh confirm anda pun rasa nak bertukar jadi biru jugak hahaha.
-
Periksa Tekstur Ayam
Mudah jer nak periksa tekstur ayam. Anda perlu tarik sedikit kepak ayam kemudian lepaskan. Kalau ianya kembali ke posisi asal.
Maka ayam tersebut masih segar dan berkualiti. Sebaliknya, jika anda tarik kepak ayam tapi ianya tidak kembali ke posisi asal. Malah sebelum tarik lagi anda dah nampak kepaknya terkulai layu jer.
Maka itu tandanya ayam tersebut tidak segar. Sebaiknya anda elakkan daripada membeli ayam yang teksturnya tidak segar. Jadilah pengguna yang bijak membuat pilihan.
Bukan pasangan jer kita kena pilih. Ayam kat kedai pun kita kena pilih tau. Kang dapat yang tak sama dengan kita nak.
Kita juga yang akan menyesal dan sedih. So, make a good decision. Jangan main tunjuk dan beli jer.
Satu lagi kalau anda nampak ayam yang seakan dah bengkak itu tandanya ayam tersebut dah disuntik. Kalau ayam yang diletakkan formalin pula biasanya kenyal.
-
Perhatikan Darah Ayam
Cara mudah nak tahu ayam masih segar atau tak ialah dengan perhatikan darah ayam. Ayam segar kebiasannya tidak akan mengeluarkan cecair darah yang banyak. Biasanya ayam tidak segar yang akan mengeluarkan darah atau cecair darah yang banyak.
Ehh kenapa pula macam tu? Ini disebabkan ayam tersebut telah dibekukan dan dicairkan semula sebelum dijual. Perghh biar betul?
Iya betul la. Jadi anda kena la jadi pengguna yang bijak. Mulai hari ni, rajin-rajinkan la diri anda untuk baca mana-mana tips di dapur.
Nanti boleh la praktikkan tips tersebut bila nak membeli. Ilmu ni semuanya berguna. Tinggal kita jer samaada nak belajar atau tak nak.
-
Perhatikan Kehadirian Lalat
Cara ni mudah juga untuk anda buat untuk anda pastikan samaada ayam masih segar atau tak. Caranya dengan perhatikan kehadiran lalat. Kalau anda nampak seakan satu kampung lalat datang hinggap pada ayam.
Maka itu tandanya ayam tersebut tidak segar. Berbeza dengan ayam segar, lalat takkan suka hinggap tau. Yer la macam kita manusia.
Kalau kita mandi dan berbau wangi mana ada lalat yang datang hinggap. Tapi kalau tak mandi beberapa hari, pasti satu kampung lalat datang ziarah hehe. Jadi anda pikir la sendiri.
-
Periksa Sijil Halal
Tips ni paling penting. Biasakan diri anda untuk periksa sijil halal sebelum membeli sebarang barangan. Kita nak pastikan yang apa yang kita makan adalah daripada sumber yang halal, bersih dan diyakini.
Mulai daripada hari ni, sama-sama kita jadi pengguna yang bijak membuat pilihan. Terima kasih kepada Raja Amanina yang sudi berkongsi resepi tomyam ayam ala Thai. Jom kita sama-sama lihat bahan-bahannya?
Resepi Tomyam Ayam Ala Thai
Untuk pes tomyam:
1 senduk cili kisar
7 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
6 batang serai
7,8 helai daun limau purut
2 biji tomato
5 hiris lengkuas
1 inci belacan
2 sudu makan sos tiram
1 keping gula melaka
garam secukup rasa
1 ketul kiub ayam
Cara Penyediaan:
- Kisar semua bahan hingga halus masak hingga pecah minyak.
*sukatan ni boleh guna untuk 2 kali masak nak lebih boleh gandakan bahan.
Cara Penyediaan Untuk Tomyam:
- Didihkan air bersama hirisan bawang besar, daun limau purut 4,5 helai, 3 batang serai(diketuk)&cili padi.
- Masukkan pes tomyam(nak pekat boleh lebihkan).
- Bila dah mendidih masukkan isi ayam.
- Last sekali masukkan sayur sayuran, nak lebih masam boleh perahkan limau nipis. Kemudian, perasakan gula garam.
- Siap untk dihidang untuk seisi keluarga.
Selamat mencuba resepi ini. Jangan lupa untuk kongsikan resepi buat yang tersayang. Now, everyone can cook.