resepi tomyam putih sedap simple 2

Syoknya dapat dapat makan dan hirup kuah daripada resepi tomyam putih sedap simple. Kuah yang kaw dan sedap sangat sebab kita masak guna kiub pati ayam. Pasti akan memikat selera makan semua yang kita sayang.

Maka makin bertambah la selera maka dengan nasi yang di sendukkan dalam pinggan. Sepinggan mana cukup. Ye tak?

Resepi Yang Disukai Ramai

Resepi ni bukan jer digemari oleh kanak-kanak atau orang muda. Malah orang tua pun suka makan tau. Memang dijamin sedap sungguh ditambah dengan bila hirup kuahnya tu.

Perghhh memang kaw dan sedap sangat. Ehh ada yang perutnya dah berkeroncong ke tu? Hehehe sabar jap lagi kita masak okay?

Resepi tomyam putih sedap simple pada kali ni. Memang cukup tersohor dan digemari ramai kerana rasanya yang pedas dan masam. Kuah tak perlu nak cerita la memang sedap sangat.

Cara Penyediaan Yang Mudah, Simple Dan Sedap

Salah satu sebab kenapa ramai suka memasak juadah ni. Berkemungkinan kerana cara penyediaannya yang mudah, senang dan simple. Tapi paling penting rasanya memang sedap sangat.

Siapa jer yang tak suka resepi tomyam putih sedap simple. Kalau memang sedap dan nak memasak pun senang jer. Kalau kita baru nak belajar memasak.

Boleh la cuba resepi ni. Gerenti akan menjadi dan paling penting sedap tau. Ruginya kalau kita tak cuba.

resepi-tomyam-putih-sedap-simple-3 Resepi Tomyam Putih Ayam Simple Lagi Mudah. Kuah Sedap Guna Kiub Ayam
kredit gambar: flickr.com

Mesti semua tengah tertanya-tanya kan. Apa tips atau petua yang akan saya kongsikan pada kali ni. Betul tak?

Hehehe saya yakin mesti ramai yang nakkan petua ni. Saya juga yakin mesti ramai yang menghadapi masalah ni. Ehh masalah apa pula?

Cara Simpan Daun Limau Purut Supaya Tahan Lama

Tadaaa!!! Mesti sebelum ni ramai yang mengadu menghadapi masalah. Nak simpan daun limau purut supaya tahan lama kan?

Kalau kita simpan lama daun ni lama mesti ia akan layu atau buruk. Ish ish ish memang kecewa kan sebab ingatkan nak simpan lama sikit. Tapi bila nak guna untuk memasak semua dah layu dan buruk.

resepi-tomyam-putih-sedap-simple-3 Resepi Tomyam Putih Ayam Simple Lagi Mudah. Kuah Sedap Guna Kiub Ayam

Daun limau purut ni memang kita akan guna di dalam masakan. Contoh masakan seperti resepi tomyam putih sedap simple, rendang dan sebagainya. Memang daun limau purut akan menjadikan juadah kita lagi sedap dan paling penting.

Aroma yang dihasilkan daripada daun limau purut. Menjadikan masakan kita lagi sempurna. Perghh kira daun limau purut ni pelengkap di dalam masakan kita.

Kalau tiada daun ni maka masakan kita kurang menyengat dan aumm. Hehehe betul tak?

  • Daun Limau Purut

resepi-tomyam-putih-sedap-simple-3 Resepi Tomyam Putih Ayam Simple Lagi Mudah. Kuah Sedap Guna Kiub Ayam
kredit gambar: shopee.co.id

Cara simpan daun limau purut supaya tahan lama. Kita perlu cuci daun limau purut hingga bersih. Kemudian, lepas dah cuci kita keringkan ia menggunakan tisu.

Bila dah kering, kita boleh simpan daun limau purut di dalam bekas tertutup. Kemudian, bekas tadi kita simpan di dalam peti ais di tempat sejuk beku. Ehh takpe ke buat macam tu?

Boleh la siapa kata tak boleh? Ala kalau nak guna kita keluarkan jer la seketika. Kemudian, boleh digunakan untuk memasak seperti biasa.

  • Serai

resepi-tomyam-putih-sedap-simple-3 Resepi Tomyam Putih Ayam Simple Lagi Mudah. Kuah Sedap Guna Kiub Ayam
kredit gambar: says.com

Istimewa untuk para pembaca pada kali ni. Saya kongsikan juga cara nak simpan serai. Hehehe mesti semua dah happy kan tu?

Mula-mula kita bersihkan serai daripada segala pasir dan kekotoran. Bila dah yakin serai tu dah dibersihkan. Kita keringkan ia dengan lapkan bagi kering.

Kemudian, balutkan serai menggunakan kertas. Lepas tu, boleh la simpan di dalam peti ais pada tempat sejuk beku. Keluarkan bila perlu atau bila nak memasak.

  • Bunga Kantan

resepi-tomyam-putih-sedap-simple-3 Resepi Tomyam Putih Ayam Simple Lagi Mudah. Kuah Sedap Guna Kiub Ayam
kredit gambar: babab.net

Kalau guna kantan kita akan gunakan di dalam masakan seperti laksa, kerabu dan sebagainya. Tapi tak ramai tahu cara nak simpan bunga kantan supaya tahan lama. Meh saya kongsikan caranya.

Nanti bila nak simpan bunga kantan gunakan jer cara ni. Gerenti bunga kantan lagi tahan lama dan tak buruk. Mula-mula, kita lapkan bunga kantan dengan kain bersih untuk hilangkan kekotoran.

Kemudian, kita bungkuskan bunga kantan menggunakan kertas atau surat khabar. Pastikan bungkus bagi kemas yer. Kemudian, masukkan bunga kantan yang dibungkus di dalam plastik.

Kemudian, simpan seperti biasa dalam peti sejuk di ruang sejuk beku. Kalau nak guna bawa keluar seperti biasa sahaja. Senang jer kan nak simpan bunga kantan?

Penting Untuk Kita Semua Belajar Petua 

Tak susah pun. Memang penting untuk kita tahu cara simpan limau purut. Ni kalau tak tahu cara simpan memang susah sangat.

Bayangkan kalau kita balik ke kampung untuk masa yang lama. Huhu apa yang nak jadi dengan daun limau purut kita? Takkan la nak biarkan kecut, layu dan buruk jer kan?

Nanti membazir pula kita beli banyak-banyak. Yer la kalau tak beli banyak kita juga yang susah nak ke pasar tiap hari. Jadi belajar la cara simpan daun limau purut supaya tahan lama.

Lepas ni tak perlu nak risau jika daun limau purut nak layu ke kecut ke. Hehehe betul tak? Terima kasih juga buat Puan Bahiah Saripuddin kerana sudi berkongsi resepi tomyam putih sedap simple. 

Mesti semua dah tak sabar kan nak memasak? Perut pun mesti dah berkeroncong dari tadi kan? Jadi tanpa buang masa lagi.

Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak?

 

Resepi Tomyam Putih Ayam

Bahan-bahan:
Ayam potong kecil biar cepat masak
1 liter air
1/2 biji bawang besar
1 biji tomato
3 biji limau nipis
2 batang serai
3 biji cili padi
4-5 helai daun limau purut
1 kiub pati ayam (nak letak pes tomyam putih adabi pun boleh)

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian, masukkan bawang besar, tomato, daun limau purut, serai dan cili padi.
  2. Bila kuah dah mendidih, masukkan ayam. Kacau seketika.
  3. Kemudian, masukkan kiub pati ayam dan perahan limau nipis.
  4. Perasakan dengan gula dan garam. Kacau biar sebati. Masak hingga ayam masak dengan sempurna.
  5. Siap untuk dihidangkan untuk seisi keluarga.

resepi-tomyam-putih-sedap-simple-3 Resepi Tomyam Putih Ayam Simple Lagi Mudah. Kuah Sedap Guna Kiub Ayam

Semoga perkongsian mengenai resepi pada kali ini. Ianya dapat memberikan banyak manfaat buat para pembaca. Jangan jemu untuk terus membaca dan berkongsi ilmu yer.

Selamat mencubanya di rumah.

Ingin dapatkan lembaran kerja dan latihan yang menarik dan berkualiti?
Jom sertai kami di Telegram.
Semestinya diberikan kepada anda secara percuma je!!

 

? Jom join link Telegram dibawah ini..

http://t.me/kitpramenulisworksheet
http://t.me/kitpramenulisworksheet

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.