resepi ubi keledek goreng rangup 14

Tiada idea nak makan apa untuk kudapan petang ni? Jangan risau, jom cuba resepi ubi keledek goreng rangup. Memang sedap dimakan ketika santai waktu petang bersama keluarga.

Yer la mesti anda semua dah kering idea nak masak apa tiap-tiap hari untuk kudap waktu petang. Jadi menu ni amat sesuai untuk anda cuba. Mesti anda semua akan mengakui keenakannya.

Ubi keledek bila digoreng rangup dan crispy. Perghh kemudian minum pula dengan kopi o panas. Aumm memang kena sangat dengan suasana petang dan angin sempoi-sempoi bahasa.

resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
www.tempatmenarik.my

Tak cukup dengan ubi keledek. Sedak-serdak pun licin dimakannya. Hahaha betul tak?Resepi ubi keledek goreng rangup memang terkenal dalam kalangan masyarakat Melayu.

Bukan sahaja dulu malah hingga ke hari ni. Siapa jer yang tak suka kalau ianya sedap. Mmm best ni kalau dapat makan petang-petang.

Nama saintifik ubi keledek ialah Ipomoea batatas ialah sejenis ubi yang manis. Ubi keledek senang didapati di pasar. Jadi tak susah pun nak cari ubi keledek.

resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
shopee.com.my

Khas untuk resepi ubi keledek goreng rangup pada kali ni. Kita nak kongsikan sikit tentang ubi keledek. Nama lain bagi ubi keledek ialah  ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat.

Wah banyak kan nama untuk ubi keledek ni. Yer la lain tempat lain panggilannya. Tapi kalau anda sebut ubi keledek biasanya orang dah tahu.

resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
donaauliaabdullah2011.wordpress.com

Cara Memilih Ubi Keledek

Nak memasak menu ni bahan utama semestinya ubi keledek. Ubi keledek memang senang untuk dibeli terutamanya di pasar. Namun kita kena tahu cara memilih ubi keledek.

Barulah ubi keledek yang dibeli berkualiti dan sedap. Betul tak? Bukannya main beli jer mana yang ada kat pasar tu.

Nanti bila nak masak baru kita perasan yang ubi keledek dibeli tadi dah tua dan sebagainya. Semoga dengan sikit perkongsian daripada kami ni memberi manfaat untuk anda semua. Nanti bila nak beli ubi keledek untuk resepi ubi keledek goreng rangup.

resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
facebook.com

Anda boleh guna cara ni untuk elakkan daripada tersalah beli ubi keledek. Contohnya yang dah tua dan tidak berkualiti. Selamat membaca.

  • Hidu Bau Ubi Keledek

Biasanya ubi keledek yang masih segar baunya lebih manis. Jadi cara senang nak tahu ubi yang segar anda perlu hidu baunya. Jika terbau manis maknanya ubi tersebut masih segar dan berkualiti tinggi.

Memang sesuai dibuat ubi keledek goreng. Rasanya juga akan lagi sedap dan menyelerakan sebab ubi tersebut rasa manis. Mmm yummy.

  • Elakkan Daripada Membeli Ubi Yang Bertunas

Semasa anda nak membeli ubi keledek samaada di pasar atau di mana sahaja. Perhatikan dahulu pada permukaan kulit ubi keledek. Jika anda ternampak ubi keledek yang sudah bertunas.

Maka elakkan daripada membelinya. Ubi keledek yang dah bertunas itu tandanya ubi tersebut sudah lama. Testurnya juga akan lebih keras dan tidak sedap bila digoreng nanti.

resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
blogspot.com
  • Periksa Tekstur Dan Kulit Ubi Keledek

Periksa tekstur ubi keledek terlebih dahulu. Jika ubi keledek yang segar teksturnya bila kita pegang rasa masih keras. Dan yang paling penting tidak kecut dan terasa lembik pun.

Selain itu, sebelum membeli ubi keledek sebaiknya perhatikan kulit ubi keledek. Beli ubi keledek yang kulitnya nampak bersih. Paling penting elakkan membeli ubi keledek yang ada kesan torehan ataupun yang dah patah.

Jadilah seorang pengguna yang bijak memilih. Jangan main beli jer apa yang ada di depan mata. Selamat membeli.

resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
blogspot.com

Pastikan anda cuba resepi ini dirumah menggunakan ubi keledek yang dibeli tadi. Mesti anda akan ketahui perbezaan bila ubi keledek digoreng menggunakan ubi segar. Rasanya lebih manis dan rangup.

Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang berkongsi resepi ubi keledek goreng rangup. Tanpa buang masa lagi. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk proses memasak.

Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup

Bahan-bahan:
1/2 kilogram ubi keledek
2 cawan tepung beras (color merah)
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar gula
Air agak-agak je
Minyak untuk menggoreng
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang

Cara Penyediaannya:

Cara penyediaannya sangat mudah. Semua bahan satukan dan gaul bagi sebati. Ubi keledek tu anda potong la suka hati. Masuk dalam adunan tadi dan goreng sampai kuning.
Selamat mencuba. Boleh view step cheyah kat gambar ye.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Satukan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Tambahkan sedikit air.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Gaul hingga bancuhan tak berketul. Pastikan bancuhan jangan terlalu cair nanti tak melekat pada ubi kita.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Kikis kulit ubi keledek hingga betul-betul bersih.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Potong ubi keledek agak-agak saiz seperti dalam gambar di atas. Tak boleh potong besar kan jenuh nak masak.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Cheyah punya style potong memanjang seperti dalam gambar. Kalau kat kedai dia hiris nipis lagi tapi lebar besar kan.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu PetangBasuh hingga betul-betul bersih. Kemudian angkat dan toskan seketika.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Kemudian, masukkan ubi keledek ke dalam adunan bancuhan tadi. Gaul sebati bagi tepung melekat pada ubi.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Ini tips je. Nak tahu minyak panas ke tidak boleh titikkan adunan ke dalam minyak. Dah naik gini kira dah panas la.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Haaa ini baru air tangan. Tak pernah guna sudu atau pengepit. Kita guna tangan aje. Bukan kita nak menjual pun.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Goreng sehingga ia masak dan kekuningan.
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Taraaaa dah masak. Toskan sekejap sebelum ngap!
resepi-ubi-keledek-goreng-rangup-15 Resepi Ubi Keledek Goreng Rangup Dan Sedap Dimakan Ketika Waktu Petang
Siap untuk dimakan untuk seisi keluarga

 

Semoga sedikit perkongsian dari resepi ini memberi manfaat untuk semua. Jangan lupa untuk kongsikan kepada semua orang yer. Selamat mencuba.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.