Menu kita hari ni siakap stim yang makin popular dan digemari dalam kalangan rakyat Malaysia. Kalau di kedai makan mesti menu ini antara yang menjadi permintaan daripada para pelanggan. Tentu rasanya yang sedap, manis dan lembut menjadikan ia juadah pasti bagi para penggemar.
Terlebih dahulu nak cakap. ‘Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri’. Haha jangan pandangku sebelah mata tau.
Diam-diam pun kita tahu berpantun tau. Yer la boleh juga memartabatkan bahasa dan budaya kita disamping memasak. Bahasa kan jiwa bangsa ewahh.
Kaedah Stim Ikan Siakap
Menu masakan kita hari ni menggunakan kaedah stim. Wah mesti ramai rasa teruja dengan resepi pada kali ni iaitu siakap stim. Lagi pula, makanan yang dimasak dengan cara stim lebih sihat dan berkhasiat berbanding goreng.
Kaedah stim juga lebih menjimatkan masa dan lebih mengekalkan tekstur ikan dan rasa ikan. Jadi rasa ikan dan tekstur ikan tidak berubah dan lagi sedap bila guna kaedah stim. Aumm sedapnya.
Hmm automatik jadi craving dan tertelan air liur bila cakap mengenai juadah ini. Mana tidaknya, dengan rasanya sedap dan cara memasak lebih sihat siapa jer yang tak tertawan kan. Sesiapa yang suka amalkan gaya hidup sihat.
Dengan makan makanan yang sihat boleh la cuba juadah ni. Tak rugi mencubanya sebab dijamin akan menjadi menu kegemaran anda pada masa akan datang. Tak cuba tak tahu.
Pada yang dah pernah cuba pasti akan terus repeat dan repeat makan siakap stim kan. Tak kenal maka tak cinta jadi jom kita ambil tahu tentang habitat ikan ini. Selain daripada kenyang kita juga dapat serba sedikit ilmu tentang ikan siakap.
Ikan siakap terkenal dengan nama lainnya iaitu Lates calcarifer. Habitatnya ialah di sungai dan air laut serta dikenali sebagai pemangsa.
Tips Memilih Ikan Segar Untuk Masak Siakap Stim
Nak mula memasak siakap stim mestila kena beli ikan. Ramai yang tanya saya ada tak tips nak pilih ikan yang segar dan berkualiti. Memang ada tipsnya dan semoga boleh digunakan bila nak pilih ikan nanti yer.
Dulu-dulu memang takde ilmu nak pilih ikan mana yang segar atau tak. Tapi makin lama kita dah tahu nak pilih sebab selalu perhati orang tua membeli.
-Teliti dengan betul mata ikan
Kalau mata ikan kelihatan jernih dan shiny maksudnya ikan masih segar. Jika mata ikan dah berwarna merah dan tak shiny maka ia tak segar.
-Teliti warna pada insang ikan
Biasa ikan segar berwarna merah yang terang. Manakala ikan tidak segar berwarna sedikit pucat atau coklat kehitaman.
-Sentuh ikan pada bahagian perut untuk tahu teksturnya
Ikan segar biasa bahagian perutnya keras. Manakala jika lembik dan bahagian perutnya sudah pecah ikan itu tidak segar.
Berikut merupakan sedikit tips yang kita boleh guna. Penting untuk kita belajar ilmu ni bagi mengelakkan ditipu. Betul tak?
Kalau dulu masa saya tak pandai nak pilih ikan selalu jer kena tipu kat penjual. Tapi lepas tu saya belajar cara nak pilih ikan segar. Hari ni, saya dah boleh pilih sendiri ikan tanpa bergantung kepada sesiapa.
Happy sangat. Orang mesti kata ala perlu ke belajar benda simple macam tu? Hello kalau tak belajar tak tahu tau.
But it depend on us whether choose to learn it or not. Nobody will getting mad at you. It’s okay it’s alright.
Terima kasih kepada Puan Bahiah Saripuddin yang sumbangkan resepi siakap stim untuk kita cuba bersama. Ehh tak sabarnya nak tahu bahan apa perlu ada untuk masak resepi ni. Jom kita sama-sama tengok.
Resepi Siakap Stim
Bahan-bahan:
- 1 ekor siakap sederhana besar
- 1 peket pes tomyam putih @adabi_consumer
- 1 biji bawang merah
- 2 inci halia
- Daun limau purut
- Daun ketumbar
- Cili hijau
- 1/2 kiub pati ayam
- 2 sudu besar sos ikan
- 1 biji limau nipis
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan:
- Siang dan cuci ikan hingga bersih menggunakan tepung gandum atau air limau nipis untuk hilangkan hanyir ikan.
- Kemudian, lumurkan garam pada ikan siakap. Sumbat halia, daun limau purut, bawang merah dan cili serta pes tomyam putih secukup rasa ke dalam perut ikan. Pes yang selebihnya sapukan pada bahagian luar ikan. Sapu pes ke seluruh bahagian ikan biar sebati.
- Lalu semua bahan yang siap dipotong tadi diletakkan di atas ikan. Asam limau nipis diperah kemudian tuangkan hingga rata bancuhan sos ikan dengan kiub pati ayam adabi pada ikan.
- Panaskan pengukus. Masukkan ikan dan kukus biar ikan masak sepenuhnya. Angkat dan letak atas pinggan.
- Hias dengan daun ketumbar, cili dan tomato untuk ikan stim nampak lagi menarik. Siap untuk dihidangkan.
Semoga resepi ini memberi manfaat untuk kita bersama memasak juadah yang sedap dan sihat. Memasak perlukan kita untuk try and error. Jika hari ni masakan yang kita masak tak sedap.
Jangan putus asa tapi teruskan masak lagi dan lagi. Dengan cara tu, kita tahu apa kelebihan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Cooking is an art and art need to be patience.
In order to achieve result that awesome. Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada semua kenalan. Selamat mencuba.