soal jawab zakat fitrah maulana ahmad luthfi-01

Apabila muncul bulan Ramadhan maka kita tidak terlepas daripada persoalan zakat fitrah. Selain berpuasa, zakat fitrah merupakan tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh muslim yang berkemampuan mengikut garis panduan syariah.

Maka kita sebagai hamba Allah sering terlupa dan alpa. Kita bersyukur kepada Allah kerana Allah masih memberikan kita untuk bernafas bersama-sama ulama. Oleh itu ambil lah kesempatan ini untuk kita bertanyakan bab zakat fitrah kepada yang pakar.

Kami di kitpramenulis.com amat menghargai al fadhil Maulana Ahmad Luthfi atas kesudiaan beliau untuk berkongsi isu-isu dalam zakat fitrah.

Jom kita sama-sama ambil ilmu daripada Maulana buat pedoman.

SOALAN PERTAMA

saya anak bongsu lelaki tunggal.. ayah dah xde.. jd zakat mak sy yg bayarkan.. mak di n9.. sy di selangor tetapi keje di kl.. sy berpegang bayar zakat di tempat carik rezeki? betul ke salah? mak sy pun kira sy bayar skali di kl..

Jawaban

1. Kaedah asalnya bayar ditempat mana berada dimalam raya

2. Jika bayar untuk ibu sepatutnya dimana ibu berada pada masa yang sama

3. Namun boleh beramal dengan pandangan yang menyebut boleh membayar zakat bukan ditempat kita berada pada malam raya

4. Yang penting maklumkan dan minta izin ibu terdahulu untuk membayar bagi pihaknya

SOALAN KEDUA

Asif ustaz, nak tanya. Jika orang tu dia anak (masih dikira bawah tanggungan ayahnya, belum berkahwin) tapi dah bekerja, dia nak bayar sendiri, kemudian dia bayar zakat fitrah tuk dirinya dan dia bayarkan pula zakat tuk ayah dan adik beradiknya yang di bawah tanggungan ayah dia tu jadi macam mana ya ustaz

Jawaban

Boleh dengan cara meminta izin dahulu dari ayah yang wajib menanggung mereka

SOALAN KE TIGA

Ust ,boleh tak bayar zakat fitrah sendiri tanpa melalui amil sebab ramai yg tak pandai on-line2 ni.. maksudnya, kadar asasi satu gantang 2.7kg, dia cari asnaf n bayar direct kpd asnaf.

Jawaban

Boleh dan sah untuk berbuat demikian iaitu membayar terus kepada asnaf

SOALAN KE EMPAT

Ayah minta tolong bayar kan zakat…tp dia dia johor sya di selangor.boleh ke?

2) saya kerja di KL tapi rumah di selangor.. nak bayar zakat di negeri mana ustaz?
Terima kasih…

Jawaban

1. Zakat dibayar ditempat tinggal sendiri. Bagusnya dimana kita berada pada malam raya

2. Zakat ayah dibayar dimana ayah tinggal.Wakilkan sesiapa yang ada Johor untuk bayar bagi pihak ayah atau transfer ke PPZ Johor

SOALAN KE LIMA

Salam ustaz.zakat fitrah Kita bayar bagi pihak Adik beradik YG susah bole x?ikut amaun YG ditentukan.

Jawaban

1.Susah dalam istilah zakat fitrah adalah mereka yang tidak mempunyai lebihan wang sekadar zakat ditrah selepas mengira keperluan sehari semalam hari raya dan malamnya

2.Jika adik beradik tidak sampai tahap ini mereka wajib bayar sendiri

3.Jika kita mahu bayarkan untuk mereka perlu minta izin

4. Adapun jika mereka mencapai tahap susah seperti diatas maka merek tidak wajib bayar zakat

5. Boleh juga dibantu dengan cara membayar zakat fitrah untuk mereka setelah meminta izin darinya atau memberi amaun tersebut dan biarkan merek membayar sendiri

SOALAN KE ENAM

Asslm Uz saya nak tnya klau seorng mmtong rmput dkat rmah kta dlm blan puasa
Bleh kah kta mmbri air klau dia mmnta krana Haus sbab dia tdak puasa

Jawaban

Haram memberinya air kerana ia termasuk membantu dalam maksiat. الاعانة على المعاصي حرام

SOALAN KE TUJUH

Assalamualaikum ust.. mohon bertanya.. macamna kalau sesorg selepas bayar zakat fitrah untuk adik dier, baru dier minta izin?

Jawaban

Tidak sah izin melainkan sebelum bayarkan kerana izin adalah niat . Niat tempatnya sebelum amal

SOALAN KE LAPAN

Assalamualaikum ustaz

Saya ada 2 soalan berkaitan zakat fitrah :

1.Ayah saya telah meninggal dunia, adakah saya kena membayar zakat fitrah untuk ibu saya, yg dikira bawah tanggungan saya.

2. Pakcik dan makcik saya. pakcik saya ingin membayar zakat fitrah untuk makcik saya (bujang), dari pengamatan saya, dia tidaklah termasuk dlm asnaf (wallahua’lam)

Jazakallah

Jawaban

Waalaikumussalam

1. Jika ibu fakir tiada harta pusaka ,tiada simpanan maka anak wajib tanggung nafkah. Apabila wajib tanggung nafkah ,wajib juga tanggung zakat fitrah.

2. Jika makcik bukan asnaf ,pakcik perlu minta izin darinya untuk membayarkan zakat fitrah bagi pihaknya. Jika tiada izin pembayaran zakat fitrah tidak sah. Bahkan jika makcik asnaf juga wajib minta izin.

Jom dapatkan lembaran kerja terkini di kitpasmenulis.com

Jom sertai kami di Telegram
http://t.me/kitpramenulisworksheet

Sebarang cadangan dan komen cikgu-cikgu dan ibu bapa boleh komen dibawah yea…

Komen membina sangat-sangat kami hargai