Tanda-Tanda Autisme | Pengesanan Awal Gejala Autisme ASD

1) KEMAHIRAN SOSIAL

– Kanak-kanak ASD sangat sukar berinteraksi dengan orang lain. Ini adalah tanda-tanda yang paling KERAP ditemui.

– Kanak-kanak ASD mungkin mahu lebih akrab dalam perhubungan tetapi mereka tidak tahu bagaimana. (ini disebabkan kecelaruan perkembangan otak mereka mengakibatkan mereka tidak dapat berfikir)

– Ia bermula pada usia kanak-kanak di antara 8-10 bulan,bahkan masih ada gejala-gejala ini sehingga dewasa.
– Cuma gejala ini boleh dikurangkan melalui terapi yang konsisten.
– Kanak-kanak spektrum Autisme ini akan menunjukkan masalah sosial seperti berikut:

a. Dia tidak respon apabila namanya dipanggil.

b. Dia tidak berminat untuk bermain, berkongsi, dan bercakap dengan orang lain.
(Playing, sharing, or talking with other people doesn’t interest him.)

c. Dia lebih memilih untuk bersendirian.
(He prefers to be alone.)

d. Dia mengelak atau tidak mahu disentuh (avoids/rejects physical contacts)

e. Apabila dia kecewa sebab tak dapat apa yang dia nak, dia tidak mahu dipujuk.
(When he’s upset, he doesn’t like to be comforted.)

f. Dia tidak memahami emosi sama ada dirinya sendiri ataupun orang lain.
(He doesn’t understand emotions — his own or others’.)

g. Tidak pandai berkawan atau tidak berkawan dalam masa yang lama.

h. Berada dalam dunianya sendiri
(off in own world)

2) KOMUNIKASI

40% kanak-kanak yang mengalami Spektrum Autisme tidak langsung mahu bercakap, dan antara 25% – 30% menunjukkan sedikit perkembangan dalam kemahiran berbahasa semasa zaman kanak-kanak. Akan tetapi ia hilang kemudiannya.

Kebanyakan individu Autisme mempunyai beberapa masalah dalam komunikasi, termasuklah yang berikut:

– Kelewatan dalam kemahiran bercakap & berbahasa. Kadang-kadang dia cakap bahasa ‘Jerman’ untuk suatu tempoh (normal nya perkataan pertama yang boleh difahami antara 12-18 bulan).

– Nada suara yang rata, robotik atau seperti lenggok menyanyi.

– Ekolalia ( Echolalia) ;mengulang-ulang frasa yang sama
Contohnya:
Bila si ibu kata pada adik: ‘Hanna jangan main suis lampu.’
Abangnya ikut ‘Hanna jangan main suis lampu’.
Copy paste je ayat.

– Tidak pernah atau jarang sekali menggunakan isyarat tangan seperti melambai, atau menunjuk dengan jari. (Not using or rarely using common gestures (pointing or waving), and not responding to them)
Contoh:
Hanna tarik tangan Abi gi dapur, dia kata, ‘Abi, nak #£&* tu.’ Abi blur, apa benda bahasa Jerman tu..Hanna tak tunjuk pun ke arah benda yang dia nak. Cuma Abi perasan mata Hanna duk toleh ke arah satu benda atas meja. Oh, nak kerepek rupanya.

– Masalah dalam penggunaan kata ganti nama. Misalnya, dia gunakan nama seseorang dalam ayat berikutnya tanpa guna ‘Dia’ atau ‘Awak’.
Contohnya: Adam ada kawan namanya Hafez. Setiap kali dia cerita kat umi nya, ayat kedua, ketiga, & seterusnya, Adam masih gunakan nama Hafez, tidak kata ganti nama.

– Susah untuk ‘stay’ dalam topik yang sama apabila bersembang.
(Inability to stay on topic when talking or answering questions)

– Tidak boleh membezakan antara lawak & sarkastik (sarcastic).
(Not recognizing sarcasm or joking)
Hal ini kalau tidak diajar, sampai besar dia tak tahu beza. Ya, sebab Autisme kan kecelaruan perkembangan otak.

* Bersambung di Siri 3 : Tanda2 Autisme dari Aspek Corak Tingkah Laku.
InSyaa-Allah.

P/S: Jika ada tanda-tanda di atas, berjumpalah doktor & segera lakukan terapi bersama OT atau ST.

Saya berkongsi sebagai seorang ‘Abi’ kepada anak saya yang Autisme.

Semoga berjumpa di artikel berikutnya.
Doakan Tuhan permudahkan urusan kita menjaga permata Syurga ini.

Salam,

Izzat Abd Razak

Rujukan:
1. Parent’s Guide for Children with Autism, Adelle Jameson Tilton
2. Portal WebMD
3. Portal National Institute of Mental Health, USA.