Tanda-Tanda Disleksia Awal Kanak-Kanak
Terdapat banyak tanda-tanda disleksia awal kanak-kanak yang perlu diberikan perhatian oleh ibu bapa,guru prasekolah,guru aliran perdana guru pendidikan khas. Disleksia bukan suatu penyakit tetapi ia merupakan masalah pembelajaran yang selalu dialami oleh kanak-kanak. Seseorang kanak-kanak yang mengalami disleksia akan menghadapi kesukaran dalam membaca,menulis dan mengeja meskipun kanak-kanak tersebut mempunyai pemikiran yang normal
1. Mengalami masalah dalam konsep masa
2. Tidak dapat mengikut 2-3 arahan sekali gus
3. Kelewatan bercakap berbanding rakan sebaya mereka
4. Kesukaran pembelajaran menamakan bentuk dan warna
5. Kesukaran pembelajaran menamakan huruf dan bunyinya
6. Sebutan terbalik didalam perkataan
7. Gagap
8. Tidak boleh menyusun konsep hari dalam seminggu,bulan dalam tahun dan nombor
9. Masalah menentukan huruf dalam perkataan atau bahkan nama mereka
sendiri
10. Kelewatan dalam kemahiran motor halus seperti mengikat tali kasut
,mewarna dan menulis
Disleksia dalam kalangan kanak-kanak prasekolah adalah sukar
untuk didiagnoskan kerana terdapat banyak gejala-gejala yang
adalah perkembangan umum bagi semua kanak-kanak prasekolah.
Semakin banyak simptom yang ada,maka kemungkinan besar, anak anda
memerlukan bantuan.
Tanda-Tanda Disleksia Murid Sekolah Rendah
1. Tidak seronok membaca tetapi lebih suka membaca perlahan-lahan
2 Bacaan tidak tepat dimana ayat yang tertera tidak sama dibunyikan
oleh murid tersebut
3. Tidak membaca huruf yang pendek seperti di dan ke
4. Bacaan yang lemah
4. Mempunyai masalah dalam menyatakan masa
5. Kesukaran untuk menyatakan soal hati(perasaan)
6. Lambat menulis
7. Perkataan dan nombor ditulis terbalik
8. Kesukaran mengingat fakta matematik
9. Ucapan yang mengelirukan: kesukaran menggunakan ayat yang betul
untuk menyatakan tentang diri
10. Keadaan bilik tidur yang bersepah
11. Takut untuk ke sekolah
Tanda -Tanda Disleksia Dalam Kalangan Remaja Dan Dewasa
1. Kesukaran memproses maklumat yang didengar
2. Seringkali hilang harta benda iaitu merujuk kepada pengurusan
yang lemah
3. Bacaan yang lemah dan tahap pemahaman yang rendah.
4. Kesukaran mengingati nama dan tempat
5. Kesukaran untuk melontarkan idea atau buah fikiran ke atas kertas
6. Tidak dapat untuk menguasai bahasa asing
7. Ketidakupayaan untuk menentukan nombor dalam urutan yang betul
8. Tahap keyakinan diri yang lemah disebabkan kegagalan pada masa lalu
9. Kemungkinan besar akan berhenti sekolah
Oleh itu,latihan intervensi awal diperlukan oleh kanak-kanak disleksia seperti latihan lembaran kerja,latihan psikomotor halus dan bagi lagi dapat disediakan bagi memastikan kanak-kanak disleksia dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.