Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysia

Tahukah anda pada hari ini merupakan sejarah bagi SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahpura kerana hari ini dengan secara rasminya Hotel VIP dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pendidikan Johor Tn Hj Shaharudin Bin Sharif .

SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahpura merupakan sekolah pendidikan khas yang 32 ditubuhkan di Malaysia. SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahpura menggabungkan 3 kategori murid berkeperluan khas di dalam sebuah premis yang pertama di Malaysia dan di dunia. Murid-murid yang diterima terdiri daripada murid berkeperluan khas lepasan PMR.

SMPK Vokasional Indahpura untuk meningkatkan dan membuka peluang kepada murid berkeperluan khas mendapatkan pendidikan dan latihan khusus dalam bidang vokasional dan kemahiran.

Tiga kumpulan kategori murid di SMPK Vokasional Indahpura

  • Murid Bermasalah Pendengaran
  • Murid Bermasalah Penglihatan
  • Murid Bermasalah Pembelajaran

Pada hari ini merupakan sejarah bagi SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahpura kerana mereka telah membuktikan bahawa institusi pendidikan khas sentiasa bergerak ke hadapan dan sentiasa peka terhadap kemahiran-kemahiran pengkhususan bagi pelajar-pelajar mereka.

Hotel VIP merupakan hotel pertama di Malaysia dibawah kelolaan Unit Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Seharusnya individu yang berada di alam pendidikan khas seharusnya bangga dengan kemunculan Hotel VIP.

booking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysia

booking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysia

booking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysia

booking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysia

booking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysia

booking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysiabooking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysiabooking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysiabooking-hotel-vip-kulai Tempahan Hotel VIP Hotel Pendidikan Khas Pertama Di Malaysia

Begitu cantik dan terdapat nilai eksklusif pada Hotel VIP SMK Pendidikan Khas Vokasional Indahpura Kulai. Hasil seni pelajar-pelajar yang begitu teliti dan kemas.

Bagaimana mahu tempah ?

Pada saat ini belum diputuskan lagi harga bagi bilik Hotel VIP. Doakan terbaik buat anak-anak pendidikan khas kita dalam menerajui dunia perhotelan. Kami akan sentiasa kemaskini dari semasa ke semasa tempahan Hotel VIP. InsyaAllah.

Sumber gambar : Page FB Pendidikan Khas Johor

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.