Tip Matematik Tahun 1 | Kaedah Membilang Menggunakan Jari Sendiri
Hari ini kitpramenulis dot com ingin kongsikan tips matematik tahun 1 membilang menggunakan jari sendiri. Tips matematik tahun 1 ini telah dikongsikan oleh Cikgu Hakim . Jom kita ikuti pendedahan daripada Cikgu Hakim.
Kali ini aku nak kongsikan beberapa tips dan aktiviti yang aku buat untuk anak murid aku. Apa salahnya sekali sekala kita sembang mengenai Tahun 1 kan?
Kalau korang ada anak yang berada di Tahun 1 atau akan memasuki Tahun 1, korang boleh follow beberapa langkah ni.
1. Mengenal Nombor.
Yang asasnya mestilah mengenal nombor. Untuk Tahun 1, anak kita mesti kenal dari nombor 0 hingga 100. Dapat kenal lebih dari itu lagi cantik.
Setiap hari kita mesti ulang step ini sebab banyak kes murid yang terkeliru dan tertukar nombor. Lagi-lagi apabila melibatkan nombor belas. Contohnya antara nombor 81 dan 18. Memang selalu tertukar.
2. Gunakan Jari Sebagai Pembilang.
Pembilang yang paling dekat dengan anak kita sudah tentulah jari mereka sendiri. Lakukan aktiviti santai dengan meminta mereka menunjukkan perwakilan nombor-nombor yang dia tahu.
Tunjukkan 1!
Tunjukkan 5!
Tunjukkan 9!
Senang bukan? Haha
Kerapkan juga aktiviti membilang dengan jari. Ingat ya, murid yang yakin semasa membilang akan dapat menambah dan menolak dengan sangat baik. Lama dah aku peratikan. Yang sangkut-sangkut tu lepas 1,2,3 boleh pulak dia patah balik ke nombor 2. Bila agaknya nak habis tu?
3. Sebelum dan Selepas
Selepas anak kita dapat mengenal nombor dengan baik, korang boleh main permainan nombor sebelum dan selepas. Boleh dikatakan ini adalah antara game favourite aku untuk murid Tahun 1.
Game ni akan melatih diorang untuk kenal nombor sebelum dan selepas bagi sesuatu nombor.
Contohnya bila aku sebut, sebelum 5, murid akan sebut 4.
Bila aku sebut selepas 7, mereka akan kata 8.
4. Penambahan 1 dan Pengurangan 1.
Secara tak langsung, langkah ke-3 tadi dah melatih anak kita untuk menambah dan menolak. Korang perasan tak?
5 tambah 1 = Selepas 5 atau lompat ke depan satu kali, 6 lah jawapannya.
7 tolak 1 = Sebelum 7, 6.
5. Penambahan dan Penolakan Melibatkan Dua Nombor.
Ini adalah langkah yang ke-5. Jangan gopoh. Anak kita bukan komputer yang boleh serap masuk semua perkara dalam masa yang singkat. Biar mereka tambah dan tolak nombor yang mudah-mudah terlebih dahulu.
Yang penting anak kita nampak akan perbezaan konsep antara dua operasi ini.
Tambah akan semakin banyak, tolak pula akan semakin berkurang.
6. Penambahan Tiga Nombor Secara Serentak.
Apabila anak kita dah mahir menambah dua nombor, kita latih pula mereka untuk tambah 3 nombor secara serentak. Video di bawah adalah contoh aktiviti yang aku buat untuk anak murid aku. Tak susah.
Aku gunakan 1 di depan atau ditengah disebabkan apabila penambahan yang melibatkan pengumpulan semula, akan ada 3 nombor yang perlu ditambah secara serentak. Dalam bentuk lazim.
Perasan tak ni?
Contoh:
1
25
+26
——
51
——
Bagi bentuk lazim ni, langkah ke-4 tadi sangatlah membantu anak kita. Mereka tak perlu lagi nak kira dengan jari untuk tambah 1 dan 2.
Mereka dah boleh nampak selepas 2 adalah 3, dan mereka terus tambahkan dengan 2 yang dibawahnya tu. Hasilnya adalah 5.
Budak pandai memang dia boleh pergi laju. Budak yang perlahan memang akan makan masa sedikit. Lama-lama laju lah juga tu.
Murid dalam video ni boleh dikategorikan sebagai murid yang perlahan. Dia dapat buat dengan baik pun dah satu kelegaan. Sengaja aku tak tunjuk murid yang laju, nanti korang kata aku tipu.
Kah.
Sekian sahaja dari aku. Semoga sedikit sebanyak ada yang membantu.
Good luck!
***
Sengaja aku buat-buat garang dalam video ni.
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=5QNxF_y0KQE[/embedyt]