Tips Mengajar Kemahiran Menggunting Kepada Ibu Bapa
Mempelajari cara penggunaan gunting dengan betul adalah amat penting
untuk mengembangkan kemahiran motor halus kanak-kanak yang diperlukan
oleh mereka untuk persediaan memegang pensel dan krayon.
Memiliki kemahiran motor halus yang kukuh akan membantu kanak-kanak dalam
proses untuk menulis.
Melalui pernyataan diatas,ia amat mudah namun realitinya untuk mengajar kanak-kanak untuk menggunting menggunakan gunting adalah tugasan yang amat kompleks.
Pergerakan semasa menggunting seperti membuka dan merapatkan 2 permukaan besi gunting amat membantu kanak-kanak memngembangkan dan meningkatkan tisu-tisu tangan mereka yang dikenali sebagai kemahiran motor halus. Tisu ini lah yang digunakan untuk memegang pensel atau krayon dan memanipulasi objek.
Menggunting juga dapat mengembangkan koordinasi mata dan tangan kanak-kanak sepertiĀ contoh kanak-kanak memegang kertas menggunakan sebelah tangan dan menggunting tangan satu lagi dan dalam masa yang sama memerhatikan pergerakan gunting dengan menggunakanbmata mereka
Koordinasi bilateral merupakan kemahiran yang dapat dihasilkan melalui kemahiran
menggunting. Koordinasi bilateral melibatkan kedua-dua belah badan dalam masa yang sama setiap tangan berfungsi dengan tugasan yang berbeza.Sebagai contoh, menggunting bentuk segi empat sama,dimana kanak-kanak perlu memegang kertas menggunakan sebelah tangan dalam masa yang sama tangan sebelah lagi bukan setakat membuka dan menutup gunting tetapi juga menggerakkan gunting tersebut disepanjang garisan.Bukan sesuatu yang mudah!